All About Yangon

Sampailah kita ke entry terakhir cuti cuti Yangon.
Saya nak buat rumusan semua kat sini.
Rumusan tak berapa nak rumusan tapi boleh lah dipanggil rumusan. Hiks.

_MG_7622
: : inilah matawang Myanmar. dipanggil kyat. Masa memula dulu saya sebut kiat. tapi sebenarnya chiak (itu yang si tanzin sebut lah). tapi si meng kata sebutannya chet. ntah lah saya pun keriru huhu : :

Dari KL saya tukar RM1000 ke USD.
Dapat USD304.
Sila ambil maklum, takde pertukaran kyat kat money changer Malaysia ni ya.
Sama macam Laos jugak la. Memang takdok.
Kena tukar ke USD, then sampai Yangon baru tukar ke kyat. Duit kyat tak laku di Malaysia.
Jangan lupa mintak duit USD  yang baru, tak berlipat lipat ke hapa.  Kalau tak money changer kat airport Myanmar tu takmo terima.

Sampai kat airport Yangon, tukar 100USD ke kyat.
Dapat 96,000 kyat.
Tapi memang tak cukup pun.
Tu sebab yang malam kedua tu kitorang pegi tukar lagi USD ke kyat. Cuma saya tak ingat dah berapa yang ditukar.

Tapi kalau tanya pendapat saya berapa nak bawak sebenarnya, memang dalam RM1000 tu untuk 2 orang insya Allah cukup lah.
Mungkin korang lebihkan sikit la kalau nak naik kapal dengan masuk Muzium. Jangan jadi macam saya hehe.

Hobi orang Myanmar ni makan sirih.
So jangan nak heran sangat kalau pandang kat lantai ke, kat dinding ke, ada bekas bekas kaler merah seperti dibawah.
Tu bekas ludah lah tu.
Pasrah je lah melangkah dengan berhati hati huhu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

_MG_7628 : : public toilet. bersih : :

_MG_7687 : : salah satu building cantik : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : jemuran begini adalah perkara biasa : :

_MG_7804 : : monyet gemuk comel. ni kat Myanma Gems Museum : :

_MG_7809 : : rumah orang tua. huhu : :

Sistem pemanduan kenderaan kat Yangon ni macam pelik tau.
Kereta right hand drive.
Tapi laluan jalan pun kat belah kanan.
Paham tak?
Macam kau pandu kereta tu belah kanan, dan kena drive kat belah kanan jalan.
Saya tengok pun cam hoiii apakah ini.
Susah kot kalau nak potong ke, nak belok ke.
Macam confuseee.
Tapi depa dah biasa kannn..
Jalan raya boleh tahan sesak hon sana sini.

_MG_7807

Apa yang saya shoppingkan?
Knowing me yang bukan kaki shopping, shopping bebenda yang saya rasa unik dan buat kenangan je lah.

_MG_7660 : : fridge magnet. saya beli 10 ketul. total 16,000 kyat. Meng, aku ada lebih seketul. Kau mau tak? Kalau mau aku bagi : :

_MG_7662 : : tshirt Yangon untuk anak anakku. 12,000 kyat : :

_MG_7663 : : bedak thanakha versi tradisional 3,000 kyat : :

Haa.. ni yang saya janji hari tu nak bagitau harga bedak thanakha ni kan?
Yang macam Nora Danish tu rebranding/repacking.
Masa memula orang tu cakap harganya saya macam aaa betul ke? murahnyaa..
Satu bekas tu cuma USD1. Kira kalau convert dalam RM3.50.
Murah la kan???
Masa memula jual kat Malaysia dulu, tak silaps saya cecah RM30 kot satu bekas tu.
Gegila punya mark up/untung oooo.
Tapi bebaru ni saya tengok ada orang jual RM10 je.
Gamak makin lama dah ramai orang jual jadi makin murah la kan?

Haisyoo sebut pasal bedak thanakha ni baru teringat saya janji dengan Ain nak pos kat dia barang sebekas dua.
Ain, sabaq nooo.. kak ostajah tak sempat nak pi post office lagi ni ha.
Bedak tu ada ja elok pose kat rumah kak ostajah huhu.

20140427_131741 : : ni kedai runcit bawah hotel Ocean Pearl Inn. kitorang dok beli air kat sini je la : :

: : balance USD10 yang ada tu saya beli royal myanmar teamix ni USD5 : :

: : dan dan dan. balance USD5 beli gelang jade ni ha, dan bedak thanakha yang puan dijual USD1 walaupun di airport. sebab ingatkan kat airport lagi mahal kan, takdok. sama je harganya : :

Thant Zin, si taxi driver?
Dia pernah keje kat Singapore. Tu pasal dia macam paham dan boleh cakap Melayu sesikit.
Keje bawak trailer katanya. Oooo ic..
Dia ok la, cumanya jenis pot pet pot pet. Memang la bagus kan nak explain gitu gini, tapi ada masa rengsa tau nggak?
Kitorang nak bergambau pun terpaksa dengar dia pot pet. Pffftt..

So….
Best ke pegi Yangon ni?
Gitu soalan korang akan tanya bukan?
Sebenarnya soalan begini jawapannya adalah sangat subjektif.

Tapi awal awal saya bagitau.
Yangon tak sesuai untuk korang yang tak tahan panas.
Tak sesuai untuk korang yang kaki bershopping.
Sightseeing pun nothing much sebenarnya.
Yangon ni lebih kepada melihat budaya dan cara hidup rakyat mereka.

Sesuai untuk orang yang sanggup berjalan kaki jauh berkilo kilo meter dalam cuaca panas terik dan berdebu.
Yang tak cerewet pasal makan (janji halal la kan).
Terima kasih Yangon di atas kenangannya. Yang membuka mata dan minda saya tentang kehidupan dan kemiskinan.

Ok saya tutup entry cuti cuti Yangon ni dengan beberapa video keek yang saya sempat rakam.
Dan kompilasi video sepanjang saya berada di Yangon.
Abaikan audio dan video yang kurang memuaskan.
Aterrr pakai kamera kompak je pun. Jadilah buat kenangan saya di hari muka.
Abaikan sebutan dan kegedikan saya yer. Macam tak biasa ehehhehehe…
TQ korang yang follow entry Yangon ni dari awal.
Saya appreciate sangat sangat.

Jun 16, 2014 | Reclining Buddha Yangon by normaya11 on Keek.com

Jun 16, 2014 | Inya Lake Yangon by normaya11 on Keek.com

Jun 16, 2014 | Pink Elephant Yangon by normaya11 on Keek.com

Insya Allah pengembaraan saya yang seterusnya bulan 12 nanti.
Year end gateaway katanya.
Semoga dipermudahkan Yang Esa 🙂

14 thoughts on “All About Yangon

  1. kau seru seru nama aku ek…

    sebutan kyat tu aku rasa lebih kurang je kot. aku pun sebut based on apa yang aku dengar. chet ke chiak ke.. janji.. ongkos… hiks

    FM tu aku nak bagi org.. so tak pe la. aku nak kirim je kalau ada org ke sana. utk diri sendiri tak moh dah. tq anyway

    • background lagu ku seru pontianak harum sundal malam. hiks.

      aah la. tapi yang pasti bukan kiat la kan.
      ciak, chiat, chiet.. kurang lebih sama la tu.

      oo ye ke. ok, kot kalau tetiba nak roger2 je la. ada elok aku letak kat office ni ha fm tu.

      bertabah la aku tunggu kau update pulak ek..

  2. along baru nak mulakan semula travel tp mulakan dalam Malaysia…dah ada kawan dah yang minat yg sama ngan along…travel dengan dia nanti…insyaallah lepas raya…nak ke Langkawi..

Comments are closed.