Blog Maya Dot Com

Aktiviti Cuti Sekolah

Selain dari ke Kuala Selangor, ni aktiviti yang saya dengan anak anak buat masa cuti sekolah bulan 6 hari tu.
Ok entry Kuala Selangor belum up lagi yer.
Gambar dah upload, nak mengarang cerita tu yang takde masa lagi ha.
Sabau yer..

Ni masa balik dari Kuala Selangor.
Singgah rumah Kaklong sebab nak drop Mama, Yaya & Caca.
Mama & Yaya stay kat rumah Kaklong dulu sebelum gi rumah saya.

Semua kena paksa pakai tshirt Yangon.
Dah muka sensorang macam anak Myanmar dah ha.
Maamar pun ada selai tshirt ni warna hitam kuning.
Gambar first tu si Nur Aisya ok lagi duduk diam.
Tengok gambar second tu, dah meraung ha dia.
Cici paling comel senyum.

20140603_171056

20140603_171105
: : sabau lah aisya. dapat mummy blogger, memang gini lah romannya : :

20140603_171203
: : budak takmo pakai seluar : :

Petang tu cuaca molek, so bebudak main kat depan.
Kayuh beskel, bak kata Masya Ceria Popstar.

20140603_181550

20140603_181728

20140603_181810

20140603_181822

20140603_181937
: : tengah syok naik beskel, tertomoih plak dak hahhh. yang bestnya saya cakap kejap cici kejappp mommy nak amik gambar. terus dia pose ha. ada 10 saat kot dia pose. bagus bagus, cici semakin memahami kerjaya mommy sebagai seorang blogger picisan. hiks : :

Aktiviti lain adalah menonton 6D Motion Adventure kat Wangsa Walk.
Suka diingatkan bahawa 6D Adventure ni dah berpindah dari belah luar, sebelah TGIF tu ke tingkat atas, sebelah TGV.

Biasa kita dengar 3D je kan?
Haa ni 6D of coz la lagi up up away dari 3D.
Tak silap saya ada lebih 10 cerita yang boleh dipilih.
Oleh sebab dengan budak budak, so kitorang sebulat suara setuju ambik cerita apa ke tajuknya. Lupa dah saya.

Tapi ada coaster coaster la tajuknya.
Cecara macam kitorang semua tengah naik roller coaster lah.
Tayangannya dalam 15 minit je pun, tapi sebab adventure sesungguh, rasa macam lama benau dalam tu.
Seronok la boleh rasa angin, rasa air, rasa lipas lalu bawah kerusi. Hiks.
Korang bawak la anak-anak pegi, mesti depa suka.

20140607_131549

20140607_131746

20140607_130643
: : boleh masuk 8 orang je dalam satu satu masa : :

Jangan nak buat pelik pelik sebab orang kat luar boleh nampak kita tau.
Harga macam kat bawah tu ha.
Dewasa RM15. Kanak kanak RM12.

20140607_131620

Ni masa kat Jasmine.
Kaklong, Mama, Yaya, Caca & Cici pegi pasar malam.
Saya dengan Encik Z balik office tengok depa tengah lepak kat playground, pastu nak pegi pasar malam.
Takkan nak merengkeh bawak Aisya, so saya bawak naik la.

Pastu saya nak siang udang, suh Encik Z pegang ia kejap.
Asal letak melalak, asal letak melalak.
Terpaksa la Encik Z dukung bawak keluar kejap.
Tetengok dah lentuk dah haa..
Sedap yer tidur atas ayah yer, Aisya?

20140612_190745

20140612_191727
: : kaki tu… dah macam ayam KFC kenapaaa : :

Aktiviti lain ialah ke Kenanga Wholesale City.
Mau cari baju raya Yaya. Beli yang siap sudah.
Satu jubah dah beli kat Carrefour.
Tinggal nak cari lagi satu je.
Haa pastu nak cari beg sekolah ia jugak.
Beg sekolah Yaya yang sedia ada dah hazab.

FB_IMG_1402147279617
: : hantar kat abang long gambar ni. saya beli jugak selai untuk Caca sebab 2 helai RM100. cici kat sebelah tu pegang wrapping paper pasrah ke cemana tu : :

Last kopek aktiviti cuti sekolah sebelum Caca balik ke pangkuan ayahbondanya ialah pegi karaoke.
Kitorang pegi kat Superstar Wangsa Walk.
Ambik pakej Standard untuk 1 jam. RM46.
Termasuk light snack.
Coca cola, chicken nuggets, new york potato chips, bbq potato chips dan pop corn.

??????????

??????????

??????????

Yaya & Caca dok ulang lagu Let It Go ni 5,6 kali.
Ah sesah je la anak anak. Janji korang happy.
Sepanjang depa kat rumah saya pun, lapanploh kali dok ulang tengok cerita Frozen tu.
Tapi memang best pun kan cerita ni?
Saya sendiri pun every time depa pasang, saya pun melayan sama.
Saya tengok yang versi Bahasa Melayu.
Comel nau suara Liyana Jasmay tu.
Like like sangat 😀

??????????

??????????

Yaya macam biasa nyanyi lagu favouritenya Give Me A Reason by Pink

Caca tu tak paham saya, muka macam takde perasaan.
Kadang tu buat perangai jugak dia ni. Masa nonton 6D tu dia bantai tutup mata.
Geram pun ada saya. Bayar memahal tapi tutup mata paddiaaa kann..

20140613_183646
: : shopping barangan yaya kat aeon wangsa maju : :

Hari yang sama nak balik Taiping, singgah Jalan TAR kejap.
Saja la nak bagi Mama cuci cuci mata.
Kot berkenan nak shopping ke kan.

20140614_114227
: : shawl jadi shol. pun bolehhh : :

20140614_114236
: : yaya tolong carikan tudung warna matching dengan jubah yang mama beli. bagusnya. cucu sapa la ni : :

20140614_122041
: : tetiba nampak ada shooting gerak khas : :

Malam tu dinner kat luar, aterrr baru sampai Taiping kan.
Takde benda pun kat rumah nak masak.
Pekena sotong kangkung kat belakang bomba.

20140614_191048
: : aaaa sedappppppppp : :

20140614_191252
: : mama kurus lah. nampak macam Tok sangat dalam gambar ni : :

OK tu jer.
Jumpa lagi cuti sekolah bulan 12 nanti.
Begitu kata Yaya ^__^

    4 thoughts on “Aktiviti Cuti Sekolah