20 Ramadhan.. 3 Tahun Yang Lalu

fb1

fb2

fb3

fb4

fb5

fb6

fb7

Conversation kat atas ni terjadi pada 21 Januari 2011. Dah lama kan?
Tapi inilah antara conversation paling terkesan yang pernah saya alami.
Saya namakan kawan saya ni A.
Saya kenal A masa saya umur 21 tahun.
Kitorang sebaya.
Umur 21 what do u expect kan. Remaja muda belia.
Memang banyak merepek dari warasnya.

As time goes by, masing masing dah berkeluarga, so jarang sangat dah dapat jumpa.
Tapi kadang kadang kitorang borak jugak dalam facebook.

A bertudung tak silap saya dalam tahun 2008 atau 2009.
Saya macam A jugak, awal awal bertudung still tak tau konsep menutup aurat yang sebenar benarnya.
Masih pakai pakaian ketat, lengan pendek dan singkat.
Itulah akibatnya bila tak belajar, tak cari ilmu.

Sampailah hujung tahun 2010 bila saya tengok gambar gambar A kat facebook, dia dah mula bertudung labuh, baju labuh dan longgar.
Saya suka tengok dan terpanggil sangat nak tanya apa sebabnya dia boleh berubah macam tu.

Dan itulah dia, perbualan kami di atas.
Allah… taktau macam mana nak menzahirkan perasaan saya masa tu.
Januari 2011 saya masih belum bertudung ya.
Rasa terharu, sedih, syahdu, sebak semua ada.
Lembut sungguh nada perkongsian dan nasihat dari A.

Saya ambil masa 7 bulan lepas perbualan dengan A ini untuk kuatkan semangat bertudung.
Tahun pertama memang banyak cacat celanya.
Tahun kedua saya mula berstokin tapi ya masih ada compang campingnya.
Tahun ini, kalau ikut kalendar Islam, 20 Ramadhan, genap tahun ke 3 saya bertudung.
Kalau ikut bulan biasa, 20 Ogos nanti baru genap 3 tahun.

Awal tahun 2014 saya berjinak jinak dengan handsocks.
Baju labuh dan longgar, tudung labuh dan longgar.
Dan paling terbaru, saya cuba menutup bawah dagu.
Tapi ya… masih juga ada kurang di sana sini, itu saya akui.

Korang mesti ada idola dalam certain certain perkara kan?
Macam blogger yang korang suka. Dan jadikan dia idola.
Atau artis yang korang suka.
Saya jua punya idola dalam proses berhijrah dan menutup aurat ni.
Mula mula sekali memang A.
Macam mana dari seorang yang freehair dan seksi, boleh berkerudung bertudung menutup aurat begini.

Idola kedua ialah Ina.
Seronok tengok dia share pakaian seharian dia kat instagram.
Sebab Ina jugak lah saya berani mix and match dan tak kisah dah gabungan warna.
Asal selesa dan menutup aurat, dah memadai.

Saya rasa gembira kalau ada kawan kawan yang bagitau diorang suka dengan pakaian saya.

“Suka tengok awak pakai tudung labuh macam ni, saya tak tau lah bila”

“Saya nak pakai macam awak tapi takde kekuatan lagi, takut tak istiqomah”

“Bila lah saya nak pakai macam awak ni”

Jangan salah faham ya.
Bukan rasa gembira yang riak takbur tu.
No no no no no.
Dia macam perasaan gembira sebab saya boleh influence muslimah lain berpakaian mengikut syariat.
Kalau diorang berubah sebab saya, kan saya dah dapat pahala?

Terima kasih Allah sebab telah menyuntik hidayah dalam diri saya.
Yang membuka ruang untuk saya terus beristiqomah.
Yang sentiasa memberi maaf dan memberi peluang walaupun berjuta kali saya tersasar.

Pada korang yang masih tercari cari kekuatan untuk menutup aurat dengan sepenuhnya, doa saya untuk korang ya. Korang pun doakan untuk saya juga tau! Muahss…

12 thoughts on “20 Ramadhan.. 3 Tahun Yang Lalu

  1. tahniah kat akak mampu berubah + istiqomah….

    kawan kt pon ada sorang….dia mmg seksi + x bertudung….elok kawen je, terus laki dia suruh WAJIB bertudung….xde try2 kak…mmg paksa…kawan kt stress…tp laki dia kata dia dah tua…benda tu wajib….nak tak nak dia pakai dgn terpksa….

    tapi skang…..

    tudung labuh…berjubah….stokin semua la…semua tu dia slow nak berubah jadi nampak lebih muslimah….

    kt pon banyk lg kene baiki ni….baju sokmo ketat…sluar pon 😀

    • tq emy. akak ni pun kadang2 terpeleot je.

      aha mmg benda2 gini awalnya rasa terpaksa, tapi bila kita letakkan redha Allah nombor 1, insya Allah lama2 akan jadi sukarela 🙂

      awal2 ni perkara pertama memang kena avoid pakai ketat2 ya.. 🙂

  2. nak istiqomah tu yg payah nak buat. sedang cuba utk perbaiki diri jugak. kadang2 malu dgn diri sendri. mmg dari kecik dah bertudung, sampai sekarang tapi masih di takuk lama. org yg dulunya tak bertudung, now menutup aurat dgn sempurna. malu kan? berdoa moga dapat jadi lebih baik di mataNya..

    • betul aziah. nak berubah tu mudah, nak istiqomah tu yang payah.
      tu sebab kena selalu doa Allah tetapkan hati kita.

      betul. setiap dari kita punya ruang untuk membuat perubahan.
      kita je yang boleh ubah diri kita, bukan orang lain 🙂

  3. tersentuh hati baca korang punya conversation.
    semoga kita sama2 berubah ke arah yg lebih baik. lyn lagi lah byk cacat cela nya. sedih mengenangkan kisah lampau tak bertudung.huhuhu

    • semua orang punya masa silam lyn. i ni pun sama je.
      tapi Allah tu kan Maha Pengampun, kita ubah sama2 🙂

  4. Terkesan membacanya..
    Bilakah hidayah itu akan smpi untuk saya???
    Terima Kasih kakak…
    Saya cuba pelan2 yer.. *sorry*

    • hidayah perlu digali dan dicari. dia takkan datang sendiri.
      kalau belum betul2 bersedia nak bertudung, elakkan dulu pakaian pendek, singkat dan ketat.

Comments are closed.