Tebu & Tour Guide

Selain bedak thanakha, kat Yangon ni meriah orang jual air tebu.
Sebagai peminat tegar air tebu harus lah nak nak nak nak try.
Aaa tengok berapa banyak nak tu.
Walaupun hygiene nya diragui tapi saya tawakal je lah supaya tak sakit perut.
Kalau nak sakit perut pun biarlah dah pulang ke tanah air.
Boleh doa macam tu?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : air tebu yang campur dengan limau nipis. macam saya minum kat ho chi minh dulu. dapp dappp. harga segelas 500 kyat : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : masjid berdepan dengan Bogyoke Aung San Market : :

_MG_7644 : : Chulia Muslim Dargah Mosque nama diberi : :

Nak makan tapi perut cam kenyang lagi, tapi mikirkan nak keluar balik malam cari food haruslah dah tak larat.
Yer masa ni penat gila kot, jalan pun kaki terseret seret.
So cakap dengan Encik Z jom tapau je lah.
Lalu belah belakang masjid ada a few restaurants.

_MG_7645 : : ini salah satunya. chinese muslim noodle shop : :

_MG_7646 : : kitorang tapau kat Penang Restaurant. mengapakah nama penang? adakah laksa penang dan cendol di sini? begitu getus hati kecil ku. walaupun hakikatnya nan ado : :

_MG_7647

_MG_7648 : : berselirat wayar hah. kebanyakan negara asean yang saya pegi memang begini seliratnya. kecuali malaysia tanah air ku : :

Balik tu tahan cab je balik hotel sebab memang tak larat sangat sangat dah.
Cuaca kat yangon panas gila plisss.
Yangon takde la 4 season tu tapi 3 musim iaitu

1. panas dan kering (Mac – May. April adalah bulan terpanas. aaaaaaa???)
2. hujan (May – Oktober)
3. monsoon dan sejuk (November – February)

Masa saya pegi bulan april adalah musim panas & kering.
Waktu beli tiket kapalterbang tu idok ler saya kaji cuaca bagai ni.
Ingat kot macam malaysia je cuacanya.
Tunggu next next entry saya akan share lagi tahap kepanasan melampau di Yangon yer.

Sampai kat depan hotel tetiba kami disapa (amboiii disapa) oleh sorang mamat Myanmar.
Katanya dia taxi driver yang kawan dia cakap petang tadi tu. oooo..
Pong pang pong begitu begini, dapatlah kawtim USD60. kurang lebih RM180 untuk satu hari.
Kiranya sewa cab, dia jadi guide, dari pagi sampai ke malam.

_MG_7656 : : sebelum saya terlupa, nah saya letak sesiap contact number mamat yang bernama thant zin (sebut tanzin) ini. nanti saya bagitau thant zin ni ok ke idok kat hujung hujung entry k : :

_MG_7655 : : siap dia bagi buku ni untuk saya baca. katanya panduan untuk jalan jalan esoknya. saya selak gitu gitu je. koserr nak baca kot. tidur lagi baik : :

_MG_7653 : : ini yang kami tapau. nasi goreng. sedap.  harga 2400 kyat : :

Selamat malam Yangon!
End of day 1.

5 thoughts on “Tebu & Tour Guide

  1. Mak ai…sama macam kat Chiangmai ke kat mana ntah Mya…wayar memang berselirat..kalau filure x tau la macam mana diorang nak settle problem kan…

Comments are closed.