Save the best for last! Gitu kekdahnya.
OK entry ni baru bebetul saya share gambar Shwedagon Pagoda nya ya.
Eh lupa pulak nak share sikit tentang Shwedagon Pagoda ni.
Shwedagon Pagoda ni dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai Great Dagon Pagoda.
Stupanya berketinggian 99 meter.
Lawatan korang ke Yangon tak lengkap kalau tak berkunjung ke Shwedagon Pagoda ni.
Memang antara tempat yang wajib dilawati dan dikunjungi.
Shwedagon Pagoda telah wujud sejak 2600 tahun lamanya.
Lama gila kan? Memang yang besar dan yang paling famous di Yangon ni.
Korang boleh tengok bermacam aktiviti keagamaan, stupa, kuil dan ukiran berseni kat sini.
Dan yang paling istimewanya, ia bersalut emas!
Takde pun orang nak kikis ke hapa.
Kita duit surau pun boleh hilang #tetiba
Sepanjang berpusing sekitar tu, memang dok bergambar je lah kitorang.
Terutamanya saya lah he he he.
Tengok cantik tang situ, pose tang situ, tetiba eh tang sini pun lawa view nya, posing tang sini pula.
Dan begitulah seterusnya sehingga lebam.
: : bersalut emas. kalau pi gadai atau jual ni mau berjuta juta ringgit boleh dapat ni : :
Tengah dok ralit bergambar tetiba nampak ada 2 orang sami tengah berjalan kat tengah pagoda ni.
Fuhhh… berani mati sungguh.
Kalau kata terpeleot sikit, mau terus menjunam jatuh ke bawah.
Korang nampak tak objek warna merah tu?
Tu lah sami nya.
Lalu menginjak senja, bertukar malam.
Dan bila malam, lagi cantik ha memanco manco keemasannya.
Macam dalam poskad.
: : boleh teropong. nampak dekat je. memang cantik : :
: : nah gambar last : :
Korang kalau nak tau lebih lanjut sejarah Shwedagon Pagoda ni, boleh pegi baca kat WEBSITE NI.
Semestinya kalau ke Yangon, jangan lupa masukkan itinerary ke Shwedagon Pagoda ya.
Disclaimer : Tetapkan niat pegi Pagoda kuil ni semua hanya untuk melihat adat resam tempat orang. Meneroka budaya, mencari pengalaman. Selagi niat kita di paksi yang benar, insya Allah segalanya akan dipermudahkan. My 2cents thought 🙂
aku suka ayat ni
Lalu menginjak senja, bertukar malam.
nanti aku tiru. hahaha. aku pegi time petang jugak, tapi masa tu penat gila. terbang semua mood
sila lah tiru.. takde copyright controlled pun hehe.
aha aku pun penat jugak benau nya.
tapi ku gagahkan kaki melangkah huhu..
bila mlm cantik betul..
aah cantik.. bersinar2 cahaya pancaran dari pagoda tu
Cantiknya bila warna emas tu memancar!
mesti kawasan ni tarikan utama pelancongan dorang kan…
aah, tourists pegi yangon memang wajib visit sini