Salam Ramadhan 2014

Assalammualaikum korang..

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah jumpa balik kita dengan Ramadhan kan? Cepatnya rasa masa berlalu.
Dan. Sedar tak sedar jugak, dah setengah tahun berlalu dah.

Satu kejayaan buat saya sebab sepanjang setengah tahun ni saya belum pernah ambik MC. Dan belum pernah ambik EL. Uhuu! Satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Saya kan Dayang Senandung. Kena la maintain. Hiks.

Satu lagi kejayaan bila saya berjaya ganti puasa dari tahun lepas lagi.
Dalam bulan Syawal tu jugak saya kasi ganti. Dah tau perangai kalau tangguh tangguh memang la nanti akan memalas.

Ok just nak wish korang Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ni bertambah baik dari Ramadhan sebelumnya.
Jom lipatgandakan amal ibadah jom.

Saya pun nak mohon maaf dari korang semua kalau ada tersilap bicara, tersalah kata, baik di blog atau pun kat luar, kot ada yang buat korang tersinggung terkecil hati, maafkanlah saya ya.

Sayang korang! Love….

6 thoughts on “Salam Ramadhan 2014

Comments are closed.