Sacred Tooth Relic Pagoda & Gems Museum

Destinasi ke 9 ialah Sacred Tooth Relic Pagoda.
Juga salah satu di antara Pagoda yang terkenal di Yangon ini.
Kenapa terkenal?
Sebab kat sini letaknya gigi Buddha.
Yang tulen ok katanya. Kan saya ada bagitau kat entry sebelum ni yang buddha tu asalnya seorang manusia? Haa ni lah gamak gigi asal nya.
Beria si Tanzin suruh kitorang tengok.
Walaupun takde la nampak sangat dah sebab letak dalam bekas kaca, jauh pulak tu. Tapi nampak gak la sesikit.

: : kena jalan lelaju sebab panas baqhanggg : :

: : eh tapi kena la selfie dulu. hiks : :

: : tak dikenakan bayaran masuk. tapi derma dialu alukan. pastilah kitorang tak derma. hiks : :

: : tapi kena bayar duit kamera 300 kyat. muka saya dah berkilat kilat macam hapa tah : :

: : buddha bersalut emas : :

: : belakang tu lah tempat letaknya 2 ketul gigi buddha tu : :

: : bukan boleh tengok dekat dekat pun. benda tu berpusing so nampak la dari kejauhan gigi tu bersinar sinar : :

: : nah last shot : :

Dari Sacred Tooth Relic Pagoda ni kami terus gerak ke destinasi ke 10 iaitu Gems Museum.
Muzium lah sangat.
Sebenarnya tempat ni ada 4 tingkat.
3 tingkat terbawah sebenarnya tempat orang menjual zamrud jade batu permata bagai, tingkat atas sekali baru la muzium.
Nak masuk muzium tu kena bayar.
Tapi Tanzin tak galakkan masuk kalau tak berminat.
Sebab katanya sama je pun jade batu permata bagai dengan orang yang menjual kat tingkat bawah ni.
So cuci cuci mata je lah.

_MG_7797 : : Myanma Gems Museum : :

: : depan ni ada batu jade terbesar katanya : :

Memang besar la ruangan jualan ni.
3 tingkat kan. Pilih je lah mana yang berkenan di hati.
Saya ada gak buat buat tanya harga.
Ada satu brooch tu, cantik warna warni.
Saya pun tanya la.

Korang tau berapa? 500 USD ok????
500 USD darab RM berapa? RM1500 kot! Derrrr..
Kau dah kenapa kan.
Tak tau la dia membongak ke hapa.
Sebab masa nak jawab harga tu macam teragak agak.

Kau gila aku nak beli brooch biasa tu sampai RM1500?
Kau ingat aku ni Rosmah Mansor ke hapa? #tetiba
Tu dia amukan rasukan ablasa bila dengar harga brooch RM1500.
Tapi depan dia saya menten je la..
Cam ooo 500 USD sambil angguk angguk.

_MG_7798

_MG_7799

_MG_7801

_MG_7803 : : memeluk jade. original tau bang : :

_MG_7806 : : hmmm brooch RM1500? *masih menghantui : :

Saya tak beli apa pun kat sini. Koserrr..
Tapi waktu nak balik tetiba Tanzin hulurkan saya gelang jade ni.
‘This is for you’
Tetiba sangat kan kau Tanzin.
Ada niat tersembunyi ke cemana ni??

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : tapi orang dah bagi tu ku terima je la dengan hati terbuka. mekasih la Tanzin. susah susah jer : :

8 thoughts on “Sacred Tooth Relic Pagoda & Gems Museum

  1. pitam kak brooch 1500….baik simpan beli tiket kapal terbang g aussie hehehe

    byk gak tempat leh g kat myanmar….tak sabar nak p 😀

    • haa emy suh pi aussie. kau suruh pi seoul. dari beli brooch tu, apa pun tak boleh!

    • tau takpeeee.. tak masuk akal. tapi taktau la kot memang batu permata jade zamrud tu memang mahal. tapi koserrr ah kann..

Comments are closed.