Destinasi ke 5 adalah Nga Htat Gyi Pagoda.
Suka diingatkan Yangon ni kaya dengan Pagoda yer.
So memang tak dapat tidak, visit Pagoda je lah kerja kitorang ni hehe.
Tapi yer la, dah kita pegi sesatu negara tu, haruslah nak tengok apa istimewa dan uniknya tempat tu. Tak gitu?
Kalau tadi Buddha berbaring, yang ni Buddha duduk ala bersila tak bersila dengan tangan di depan.
Wujud sejak tahun 1900an.
: : dah nampak jelas bedak thanakha saya tu. hiks : :
: : konon nak tiru pose, tapi tu dah gaya cover (.)(.) paddiaa : :
: : ada tanzin explain gambar ni, tapi lupa dah saya : :
: : cermin ni simbolik kepercayaan depa. macam kalau apa apa jadi kena muhasabah diri. gitu lah lebih kurang : :
: : loceng gergasi : :
Tanzin bagitau yang Buddha ni asalnya adalah seorang manusia.
Dia memperhambakan diri untuk bagi khidmat nasihat kepada orang ramai.
Kemudian bila dia mati, orang buat patung Buddha dan sembah.
Begitulah asal usulnya.
: : digambarkan beginilah asalnya rupa paras buddha : :
: : buddha sedang memberi talk kepada orang ramai : :
3 gambar ni ada terpampang kat dinding.
Agak menarik sebenarnya.
Digambarkan kalau kau buat dosa kat dunia sekian sekian, nanti kau akan dapat hukuman sekian sekian.
Contoh lah kita perempuan tak menutup aurat, balasannya 70,000 tahun dalam neraka.
Menarik sebab kita manusia semua percaya pada balasan selepas mati.
Apa yang kita buat kat dunia, itulah balasan yang akan kita terima.
Makanya, tak kira apa bangsa dan agama, kita pilihlah untuk jadi orang yang baik k?
Dari sini kami terus gerak ke destinasi seterusnya.
Dan stop kat sini. Destinasi ke 6.
Tanzin kata ni residence of Aung San Suu Kyi.
ASSK ni ialah seorang ahli politik Myanmar dan bekas Setiausaha Agung Liga Demokrasi Negara.
Beliau menentang sistem tentera diktator yang diamalkan di Myanmar, dan dapat sokongan rakyat Myanmar.
Malangnya, kemenangan beliau dapat pilihanraya telah dinafikan oleh pihak tentera.
Beliau ditahan kat residence ni lah.
Cuma sorang maid je yang diprovide untuk jaga beliau.
Beliau ditawarkan kebebasan kalau meninggalkan Myanmar, tapi beliau berkeras, maka terkurunglah beliau dalam rumah besar ni.
Sedih kan?
Myanmar memang dikuasai sepenuhnya oleh tentera.
Mungkin sebab tu ramai orang tak berani nak pegi sana kot?
Aterr sesilap langkah kena tembak berkecai kepala. Huhu..
Sayangnya ASSK ni pada rakyat Myanmar, beliau terus berusaha nak beri kebebasan tapi itulah dia kan….
Ok takmo sesedih. Jom kita pi lunch.
Kami lunch kat Restoran Kyaing Tone, Chinese-Muslim Restaurant.
: : restoran : :
: : menu : :
: : tengah pikir nak order apa. tu tanzin makan kat hujung sana tu. dalam restoran boleh tahan meramai orang : :
: : setiap table ada tong sampah mini : :
: : sudu garpu terlindung disebalik plastik. sungguh hygiene : :
: : dedua order chinese tea : :
: : nasi goreng ayam. yang belah kiri tu rasa macam jeruk jeruk sikit. order sepinggan je. share berdua sebab portion agak banyak : :
: : up dengan telur dadar udang : :
: : sup fishball ni dapat free. sedap : :
: : ni pun dapat free jua. overall makanan ia sedap jugaklah, boleh lalu kat tekak : :
: : tanzin yang makan kemain lahap. saya nampak dia bedal nasi & kueyteow : :
Alamat Restoran Kyaing Tone
No. 2, Thumingalar Street, Thingangyun Township, Yangon, Myanmar.
Total makan 6700 kyat.
Mahal? Yer makanan kat sini memang mahal mahal.
Tskk..
ok byk2 ni aku lebih suka gambar nasi goreng ko tu
demmm lapar terus
demmmm :-p
erk…kenapa gambar nasi goreng tu yang telebih menarik erk????
bukan gambar saja menarik, rasa pun sodapp..
pegi mana2 ni kena yakin bila nak makan..
klu boleh terima senang skit nak makan kan..
aah, dan kena tawakal jua..