Pink Elephant & Inya Lake

Destinasi ke 7 ialah Myanmar White Elephant.
Kalau pegi sendiri ni, rasanya tak sampai kot kat sini sebab macam jauh sikit dari town.
Dah pegi dengan orang Yangon, zass jelah kan.

Memula tu macam Tanzin tanya, nak tak tengok gajah pink?
Begitu Tanzin berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, hiks.
Pink elephant katanya. Tapi bila saya google, bukanlah pink elephant, tapi white elephant. Walaupun idok ler putih pun kulitnya. Cam pink pink gitu lah.

Lokasi Myanmar White Elephant ni letaknya di Hsin Hpyu Daw Park, Insein.
Mengikut kepercayaan orang Myanmar, gajah putih ni membawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Gajah putih ini dibawa ke Hsin Hpyu Daw Park, Insein dengan tujuan menjaga dan melindungi mereka, selain dapat dikunjungi oleh orang ramai.

 

_MG_7786 : : hai gajah! kak ostajah datang melawat awak : :

_MG_7788 : : kemain depa menari nari goyang inul. saya lupa rakam video! rugi! huhu : :

: : memula tu saya kesian tengok depa kena rantai gini, tapi kendian dapat info kata lepas pukul 5 petang, gajah ni semua akan dilepaskan dalam hutan kat belakang nun, so ok la kan. bukanlah dirantai sepanjang masa : :

Masa kat sini kebetulan tersama dengan group tourists dari Jepun.
Tetiba sorang perempuan tu tegur saya, katanya nak snap gambar saya.
Haruslah cam eh I bukan gajah, kenapa nak snap gambar I?
Rupanya sebab saya pakai bedak thanakha tu. Unik la kot? Hiks.
Bertebaranlah gambar iolls kat Jepun nanti lol.

_MG_7789

_MG_7794

_MG_7791 : : ada gak gajah biasa, tapi tu la, asyik tayang punggung je kerjanya : :

Sekejapan je kitorang kat sini, terus gerak ke Destinasi ke 8, Inya Lake.
Inya Lake merupakan tasik yang terbesar di Yangon.
Selain terbesar, ia juga yang paling terkenal untuk orang berasmara dana.
Kekira macam Taman Tasik Titiwangsa kita lah.

_MG_7780

_MG_7770 : : Tanzin kata banyak kes bunuh diri kat sini. Huhu : :

Yang penting, walaupun tengah tengah hari buta, dengan panas menyucuk matahari tegak atas kepala, tetap tak melunturkan perasaan pasangan kekasih untuk berkasih sayang.
Tak caya cer tengok yang belakang tu ha.
Matiklah skodeng orang berasmara dengan berpura pura selfie.

Setiap satu tempat duduk ni semua pun penuh dengan couple.
Takde ruang langsung untuk saya dengan Encik Z nak mencelah duduk untuk berkasih sayang.

_MG_7768

_MG_7772

_MG_7773 : : nun kat bawah sana pun ramai jugak orang tengah bertenet : :

_MG_7776 : : celah celah pokok ni pun ada tau. adoiyaii korang tak panas ke eh? ke kerana cinta cuaca panas sanggup ku redah jua? : :

 

20140426_113946 

20140426_114020 : : abang bangla ni keseorangan. sian ia. mengenang nasib barangkali : :

_MG_7785

_MG_7781 : : saya dengan Encik Z jalan dari hujung ke hujung. tanzin tunggu nun di hujung sana : :

MG_7783 : : ostajah naik sheh dan beburungan : :

7 thoughts on “Pink Elephant & Inya Lake

  1. “saya bukan gajah, tapi saya ostagajah” kkikiki

    Eh nyah, ntah ntah lam tong sampah tu pun ada orang gak, tgh tenet katanya. 🙂 *kiss*

Comments are closed.