Pagoda Botataung & Yangon River

Selamat pagi Yangon! Begitu ucapan bergema kepada seluruh warga yangon. hiks.
Ok jom follow cerita saya di hari ke 2.
Hari yang panjanggggg dan meletihkan. Tapi adalah enjoy.

Kat Ocean Pearl Inn ni disediakan breakfast, tapi breakfast ringan je lah.
Ok je pun kot, janji ada betul tak? Boleh gak la alas perut.
Tapi waktu breakfast start lambat, pukul 7 pagi bersamaan 8.30 pagi waktu Malaysia.
Lambat la kan? Selalu kat Malaysia kita pukul 7 pagi dah ada breakfast kot.

_MG_7666 : : roti bakar. pisang. betik. nescafe : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : juga telur mata yang tak berapa nak bermata : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : pepper & teh juga ada : :

FSCN0019 : : tempat breakfast yang simple sebelah lobi je : :

_MG_7665 : : information board. nak tengok apa-apa info boleh refer kat sini : :

Pukul 8 pagi tanzin (eja gini je la senang ek) dah tersengih sengih terpacak depan lobi.
Makanya, marilah kita memulakan tour melawat Yangon.

Saya suruh encik z beli air mineral untuk bekalan, tapi tah cemana Tanzin tu macam paham je walhal saya cakap melayu kot.
Katanya tak payah beli air mineral sebab dia dah belikan sorang satu untuk kitorang.
Yang besau dan sejuk punya.
Mungkin dia faham perkataan mineral tu la kot.

: : sekali tengok haa bukan setakat air sejuk, tapi ais sekali seketul kat dalam botol ni ha. adoi laaaa. betul betul sejuk dingin f & n sarsi nih. katanya biar sampai end tour, air tetap sejuk. kelas bang zin : :

Destinasi Pertama adalah ke Pagoda Botataung.

Pagoda Botataung juga dieja Botahtaung adalah pagoda terkenal yang terletak di pusat bandar Yangon, Myanmar, berdekatan dengan sungai Yangon. Pagoda ini dibina oleh Mon pada sekitar masa yang sama Pagoda Shwedagon dibina. Menurut kepercayaan tempatan, ia dibina lebih 2500 tahun yang lalu dan dikenali sebagai Kyaik-de-att dalam bahasa Mon. Pagoda ini berlubang di dalam, dan dipercayai menempatkan rambut suci Gautama Buddha.
Pagoda Botataung telah musnah semasa Perang Dunia II, dan telah dibina semula selepas perang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : entrance Pagoda Botataung : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : oh rupanya sedang dalam construction : :

Tanzin kata tak payah masuk sebab Botataung ni bukanlah antara pagoda yang famous kat Yangon.
Katanya nanti pegi kat Shwedagon je sebab situ yang besar dan sesuai untuk tourist.
Lagipun katanya sebab tengah construction kan, habu debuk segala.
Oleh sebab Tanzin lebih mengetahui selok belok di Yangon ni, saya dengan Encik Z pun bersetuju saja lah.

_MG_7667

Pagoda Botataung ni sebelah dengan Yangon River.
Memang Tanzin park kereta kat situ.
Bersungguh dia nak tunjuk kapal kapal cruise.
Layankan aje walaupun macam tak penting je pun.

Destinasi Kedua Yangon River

Sungai Yangon (juga dikenali sebagai Sungai Rangoon atau Hlaing River) dibentuk oleh pertemuan Pegu dan sungai Myitmaka. Ia merupakan muara laut yang mengalir dari Yangon (juga dikenali sebagai Rangoon) menghubungkan ke Teluk Martaban Laut Andaman. Kelakar la pulak sebut Teluk Martaban hehe. Sebab dah google translate kannn. Ok benarnya Gulf of Martaban. Kiranya Yangon River ni asal aliran airnya dari laut lah.

: : say hello to mr tanzin kawan-kawan. dia punya terkagum kagum tengok monopod saya tu. hiks. kat yangon takde orang pakai pun katanya : :

_MG_7669 : : sapa nak naik cruise menyusuri yangon river ni boleh. tapi harga saya tak pasti sebab takdok tulis : :

_MG_7671 : : mr tanzin kata jambatan ni fleksibel tau, kekdahnya area sini air selalu naik, jadi bila air naik, jambatan ni pun automatik akan naik jugak. hebat hebat : :

_MG_7676

_MG_7673 : : mr tanzin ni sesuka hati je redah masuk cruise orang tau : :

_MG_7675 : : ruangan dalam kapal yang dibahagi meja mengikut nama negara ASEAN : :

_MG_7674 : : Malaysia boleh! : :

3 thoughts on “Pagoda Botataung & Yangon River

  1. Menarik… macam nak pergi juga. Tapi kena tunggu anak yang kecil itu besar dahulu..

    • tunggu anak yang kecil itu besar dahulu tu sebab nak bawak ke atau sebab senang nak tinggal kak?
      sebab kalau nak bawak tu macam kurang sesuai je huhu..

Comments are closed.