Ocean Pearl Inn Yangon

Bila tengok takde wakil dari hotel tunggu, saya pun cam termangu mangu lah.
Masa tu Encik Z tengah tukar duit lagi. Masa ni pukul 8.55 pagi.
Tetiba ada sorang taxi driver approach saya.
Saya bagitau la kata dah buat arrangement. Dia tanya hotel mana.
Siap mintak nombor phone dia nak call kan.

Saya bukak la ipad. Sib baik boleh connect wifi.
Dia call katanya takde orang jawab. Ntah yer ntah tidak.
Takkan la takde orang jawab.
Saya saspek dia nak suruh naik taxi dia lettew. Sorry naik lori.

Saya terus email kat hotel, sib baik gak depa reply.
Taxi driver tu masih tunggu kat tepi gamak dengan harapan takde pick up la kot, so kitorang boleh naik taxi dia.
Saya memang extra careful sebab dah baca macam macam pasal con man.
Sebelum ni memang tak penah amik pot sangat. Pengalaman mendewasakan. Gitu.

Screenshot_2014-05-09-10-29-32
: : inform jadi infound. infound pun infound lahhh janji kau datang : :

Screenshot_2014-05-09-10-29-41
: : minute jadi minitue. pun bolehhh lahh : :

Selepas berbalas pantun dalam email, akhirnya baru la sampai.
Kelam kelibut dia ha. Saya rasa mungkin dia baru sampai kat airport lah.
Sokayy janji sampai sudah walaupun masa tu dah lewat dalam 20 minit kot.
Terus lompat masuk dalam van. Buruk je pun van dia. Apa kisah, janji free. hiks.

: : inilah vannya. buruk. takde aircond. sob sob : :

: : mekasih la kat sapa yang cipta monopod ni. senang kami laki bini nak bergambar : :

Dari airport ke hotel ambik masa 45 minit jugak la.
Bapak laju driver ni drive cilok sana sini.
Jalan boleh tahan sesak, gamak orang baru nak pi kerja la kot.
Jauh tu sokayy tapi dah van takde aircond, cuaca panas ya ampun.
Dah la mengantuk. Cer cer bayangkan.
Selepas hampir 1 jam tersengguk sengguk, akhirnya sampailah kami kat hotel.

Seperti tajuk entry ni, saya dan suami stay kat Ocean Pearl Inn.
Suka diingatkan yer korang, hotel kat Yangon ni mostly mahal mahal belaka.
Saya jumpa hotel ni hasil google dan terdampar kat a few blog Malaysian yang dah pi Yangon dan stay kat sini.
In fact Haron dan Tuty pun penah stay sini gak dulu.
So kekira memang pilihan terbaik lah kot. Kedudukannyaย  takde la tengah town sangat, tapi sokayy la kena jalan sikit.

Saya book thru website depa.
Pastu berbalas email gitu gini. confirmed.
Tak payah bayar deposit pun. Bayar masa check in je nanti.
Saya ambik double room. 1 malam USD30. 3 malam USD90.
Kalau convert lebih kurang RM270++ lah.

_MG_7606 : : kita check in dulu. basically ini lah dia reception nya : :

_MG_7608 : : saya dok beremail dengan mamat yang tengah menulis tu lah. mr zuya namanya : :

_MG_7607 : : lobi. agaknya anak tuan tanah kot tengah buat homework : :

_MG_7621 : : masa tengah check in staff depa hulur 2 botol air sejuk ni. memang lega la dapat glupp glupp : :

Saya dah request nak bilik yang ada tingkap.
Sebab ada saya baca kalau bilik yang takde tingkap tu macam berkuap.
Of coz la kan. teringat hotel kat singapore saya pegi dulu tu. Nangis bila ingat balik.
Sib baik ada bilik yang bertingkap available. yey.
Hotel ni 4 tingkat. Dan kitorang dapat tingkat 4.
Takde lif k. So memanjat tanggalah kita yer yeop.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : tangga 1 : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : tangga 2 : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : tangga 3 : :

Sebenarnya ada 4 tangga hehe.
Boleh tahan mencungap sebab tangganya jenis curam gitu.
Ok jom tengok bilik.

DSCN1217 : : bilik saya yang belah kanan pintu terbukak tu. yang bilik depan tu kosong je sepanjang 3 malam kitorang stay kat situ. yang tu ada 2 katil queen. sesuai kalau korang pegi berempat : :

DSCN1216 : : bilik 401 : :

_MG_7609 : : tadaaa.. inilah biliknya. view dari pintu masuk : :

_MG_7610 : : ni view dari belah dalam : :

_MG_7611 : : sliding window : :

_MG_7612 : : view belah kanan : :

_MG_7613 : : view depan : :

_MG_7614 : : view belah kiri : :

_MG_7616 : : kat simpang jalan tu belok belah kanan ada masjid tau : :

_MG_7618 : : toilet ia pun besar dan bersih : :

DSCN1214 : : jangan feel feel duduk hotel 4, 5 star pulak yer. ni mesti ada kes orang letak towel kat lantai sebab nak suruh tukar towel baru. selalu kan kat hotel camtu kan. kat sini jangan la yer. kalau nak suruh tukar towel bagitau je kat staff hotel ni ha : :

Eh tak tunjuk gambar hotel dari depan kan?
Haa sila tengok. dari depan memang simple je.
Ada sliding door sebagai pintu.
So keluar masuk tarik je tutup sliding door tu.

Overall 3 malam stay sini rasanya ok je kot.ย  Wifi laju berdesup.
Cuma cuma cuma.
Hotel ni macam ia tak beli/sewa habis sampai tingkat atas sekali.
Atas tu ada rumah orang.
So dengar kuat gak la tapak kaki orang dok jalan berlari bagai.
Saya memula tu ingat kot momok. hee dasar penakut.
Pastu bila keluar siang tu tengok atas hek eleh ada rumah orang rupanya, siap ada yang tengah sidai kain.
Baru tau ooo ada rumah kat atas. Penat je i takut takut.

: : yang 3 paling atas berbalkoni tu, tu la rumah orang : :

: : sebelah kanan ocean pearl inn ada gak motel lain. pilihan di tangan anda : :

: : sebelah kiri pulak ada Orchid Hotel. saya google gak hotel ni, tapi harganya mahal dari ocean pearl inn. korang kalau nak selesa mungkin boleh la stay kat Orchid Hotel ni : :

korang yang berminat nak ke yangon, boleh check it out website OCEAN PEARL INN k?

11 thoughts on “Ocean Pearl Inn Yangon

    • kalau kau dari arah Botahtaung Pagoda tu, botahtaung sebelah kiri.. kau jalan je terus dalam 800 meter gak ar menapak..

    • mekasihh kerana masih setia.
      entry semua dah siap ditaip, tunggu masa nak keluar je.
      bertabah lah yer ๐Ÿ™‚

    • haah kebanyakannya memang kaler putih.. ada gak kaler lain tapi memang banyak kaler putih.
      aku pun tak tau napa

  1. Cepat cepat x sabar nk bc lagi ni…myb leh msk list nnt yangon ni ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

Comments are closed.