Macam Macam di Yangon

Destinasi ke 11 ialah pusing pusing sekitar bandar Yangon.
Memula fikir nak naik kapal pusing pusing tengok pemandangan kat sungai Yangon.
Tapi bila tengok harga macam mahallll je.
Fikir punya fikir terus kensel.
Tak silap saya sorang dalam USD5 kot.
Macam tak logik je, pusing pun setakat setengah jam gitu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : harga tiket local & foreigner berbeza tau. memang depa tekan habis harga untuk tourist huhu : :

_MG_7827 : : jeti : :

_MG_7832 : : bila tengok punya la ramai umat manusia begini, terus rasa memang patut pun kensel naik : :

Seberang sana ada perkampungan.
Depa menyeberang naik kapal ni untuk ke tanah besar ambik air bersih.
Kat seberang sinun takde sumber air bersih.

_MG_7833

_MG_7835 : : tempat menunggu : :

Oleh sebab dah tak jadi naik kapal, terus aje ke tengah bandar.
Elok Tanzin park kereta, terus kena serbu dek bebudak yang menjual ni ha.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : Encik Z macam biasa, malas nak layan : :

: : orang nak bergambar sibuk dia nak menjual jugak : :

: : belakang tu Sule Pagoda : :

_MG_7815 : : Sule Pagoda antara pagoda yang terkenal di Yangon ni. Terletak di tengah tengah kotaraya. amboii kotaraya kata kau : :

: : belakang tu Independence Monument : :

_MG_7819 : : Independence Monument letaknya di Maha Bandula Park St : :

_MG_7816 : : Emmanuel Baptist Church : :

_MG_7817 : : Yangon High Court : :

_MG_7820 : : Yangon City Hall : :

Tak habis habis budak ni pujuk.
Tapi yang bagusnya ia pandai cakap bahasa Inggeris.
Saya tanya dia sekolah ke tak? Dia kata tak sekolah.
Tapi pandai cakap bahasa Inggeris ok la kan.
Dia tanya saya dari mana, saya cakap Malaysia.
Dia macam oh I know Malaysia. U very pretty.
Tetiba saya pretty kan. Hiks.

Kesian nengoknya, saya beli gak la poskad 4 keping.
Yang saya ingat nama budak ni Nadimu.
Lagu Sabhi Sadhi tu tajuknya Nadiku kan?
Sesuai la tu dengan budak ni. Macam ke dia paham lol.

_MG_7822

_MG_7823

_MG_7824

Tanzin tanya nak urut tak?
Saya laju je nak. Encik Z taknak.
Dia islamic compliance kan.
Saya je asyik tersasar tak comply comply jugak.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : ketakutan tengok tempat urut ni. tanzin kata sini dulu adalah restoran, kendian dijadikan tempat berurut. kalau sendiri nak pegi memang tak ah kan : :

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Urut sejam je. USD5 je. Tak ke murah itu?
Budak perempuan yang urut saya tu tak boleh cakap bahasa Inggeris.
Macam ayam itik la kitorang dok bercommunicate.
Boleh tahan kuat tangan nya dok urut. Siap pakai kaki segala.
Tapi best la. Experience berurut ala Myanmar. Gitu.

Habis urut terus ke Shwedagon Pagoda.
Banyak sangat gambar kat situ. Kena pecah 2 entry.
So saya up entry asing k?

Dari Shwedagon Pagoda terus pegi makan.
Eh sebelum tu mintak tolong Tanzin carikan money changer sebab duit kat tangan saya tinggal USD je.
Nak tukar sikit kyat sebab nak beli food.
Tanzin bawak pegi kat money changer area Embassy.

Lepas tukar duit bagitau Tanzin nak tapau je dinner.
Sebab sumpah masa ni badan rasa letih, ikut hati nak tidur je dalam taxi Tanzin tu. Melampau sungguh tu. Hee.
Tapi memang letih.
Tanzin bawak pegi satu area yang banyak kedai makan halal.

: : Mandalay Restaurant namanya : :

: : dinner time memang ramai orang : :

: : buku menu : :

: : tengoklah harganya. boleh tahan mahal kan : :

: : kami tapau ni je ha. nak selamat, senang dan murah, nasi goreng ayam je. harga 3300 kyat termasuk setin air coke. air oren tu beli kat kedai bawah hotel. food sedap. air oren tu lagiiii sedap : :

Balik hotel mandi apa semua.
Makan dinner. Nonton tv cerita Myanmar pastu terus zzzz.
Selamat malam Yangon.
End of day 2.

2 thoughts on “Macam Macam di Yangon

  1. berurut USD 5 memang murah..Mya tahan eh kena urut..along jenis x tahan…sure menjerit2..asal balik kampung pi urut memang mcm tu sampai tukang urut pun fedup

    • tu la tu.. tak sampai RM20 pun untuk 2 jam.
      so far so good la, tahan je walapun sakit. saya memang suka berurut 😀

Comments are closed.