Hujung Hujung di Yangon

Sampai kat hotel kitorang tak terus masuk bilik.
Plan mau cari food dulu untuk dinner.
Memula jalan ke depan, pastu jalan ke belakang.
Terjumpa dengan pasangan suami isteri tapi bukan orang Myanmar.
Macam orang Pakistan gitu la, tapi memang depa dah tinggal kat Myanmar lama.

Depa suruh try makan kat Hotel Orchid tu.
Situ halal. Tapi aterr dah nama makanan hotel, haruslah harga pun standard hotel kan.
Remember saya dengan Encik Z duit dah sipi sipi dah ni.
Kitorang jalan lagi ke arah masjid yang dekat hotel tu.
Haaa dari masjid ni la kitorang dengar azan subuh.
Memang tak terasa kat Myanmar pun, rasa macam kat Malaysia je pun.

Tapi tapi tapi.
Mengikut pembacaan saya di blog blog, masjid kat Yangon ni terbahagi kepada Masjid Islamiah & Syiah.
Tapi masjid Syiah letaknya dekat area Sule Pagoda sana.
Ada yang tanya saya, depa tak bergaduh pulak dua puak ni eh?
Sebabnya, kalau gaduh, kerajaan Yangon tutup terus semua masjid.
Tu yang macam haa kau buat hal kau, aku buat hal aku. Gitulah kekiranya.

Orang kat area sini tak pandai cakap bahasa Inggeris.
Sib baik tetiba muncul sorang mamat ni, dia penah keje kat Malaysia.
Boleh tahan pandai jugak cakap melayu, so saya tanya dia lah nak makan kat mana.
Dia tunjuk kedai makan kat belah belakang.
Kecik je kedainya, more to serve sedara mara dengan kawan kawan rapat kot.
Tapi depa baik je nak tolong masakkan food.

: : laluan ke kedai makan halal itu : :

: : inilah kedai makannya : :

: : tapi lepas tu baru terperasan ada satu lagi kedai halal bebetul berdepan masjid. kat sini simbol halal jua ditulis sebagai 786. kalau nampak 786 tu makna insya Allah halal la tu : :

Lepas tapau food beli air tebu pulak.
Tak cukup 1 bungkus, up 2 bungkus terus.
Balik hotel letak dalam fridge, tunggu bebetul sejuk, pastu glupp glupp.
Nikmatttt…

923603_1473196192913355_874661375_n : : cuaca kat Yangon masa ni 37 – 40 darjah celcius : :

: : kari ayam. tak berapa sedap ditekak. tapi kutelan jua jebat : :

Malam tu dok layan tv je. Boleh pulak ada cerita tamil kat sini.
Layan la sampai habis. Elok habis kan, tetiba channel bertukar sendiri.
Seram tak????
Esok tu cerita dengan Encik Z, katanya memang automatik tukar ah.
Depa control dari lobi.
Ye ke? Boleh caya ke? Kepala otak saya tak lain tak bukan fikir hantuuu je haha.

Malam tu gak tengok Masy tweet seperti dibawah.
Yangon catat tahap kepanasan melampau.
Sampai ada yang meninggal tau.
Seriously masa saya pegi ni memang panas angat angat angat.
So korang kalau nak ke Yangon sila lah elakkan bulan April ya..

Screenshot_2014-06-18-10-55-22-1
: : tak sangka concern gak dak masy dengan kakak ostajah dia ni. terharu iolls huhu : :

Screenshot_2014-06-18-10-55-33-1

Malam terakhir di Yangon.
Saya puas. Dan gembira.
Walaupun ada 2,3 tempat yang tak sempat nak pegi.
Tapi tak ralat pun. Ok ok aje 🙂

5 thoughts on “Hujung Hujung di Yangon

  1. harap2 kawan along nak pi august nanti x mengalami cuaca yang panas..5 hari dia kat sana tu…hebat Mya, tahan panas kat sana kan…along pi chiangmai dulu pun tgh panas terik…memang sgt2 x tahan…

    • tu la saya pun dgr kata chiangmai panas yer.
      saya insyaAllah nak pegi bulan 1 tahun depan

  2. bulan April ke atas belah sana memang panas.. kalo dulu kat Bangkok pun cecah 40 darjah celsius.. kalo nak sejuk ujung-ujung tahun..

Comments are closed.