HTWE OO Puppet Show

Masa kat KL saya dah set dah nak pegi nonton puppet show.
Tapi boleh pulak saya terlupa nak buat booking.
So sampai je kat Yangon terus email, dapat reply pun pantas.
Maka set nak nonton puppet show jam 4.30 petang.

~9757561

Screenshot_2014-06-10-12-03-52

Tahan taxi, tambang mahal sikit sebab katanya jauh.
Tak silap saya dalam 3000 kyatt.
Apa yang membuatkan saya nak pegi nonton puppet show ni?
Sebab dalam tripadvisor, puppet show ni di ranking ke 2 things to do in Yangon.

Aha satu tips saya nak share bagi sesiapa yang tak tau.
Korang kalau nak travel ke mana mana, nak tau tempat menarik kat satu satu negara, korang search je kat tripadvisor.
Google Things to do in Yangon tripadvisor.
Nanti akan keluar la list tempat tempatnya. Boleh la korang pilih dari situ.

HTWE OO ni jauh sikit dari town.
Kawasan penempatan rumah rumah flat.
Memula sampai tu memang agak scary.
Sib baik taxi driver tu ok je tolong cari kan walaupun cam sesat sikit la.

DSCN1190 : : Yama street : :

DSCN1192 : : ini pasar : :

DSCN1191 : : laluan masuk : :

: : ha kena masuk ikut sini. tak ke scary? : :

: : kena naik tangga ni : :

: : ok kami berada di laluan yang benar. terus ketuk pintu : :

Dan pintu dibuka oleh seorang lelaki pertengahan usia.
Dia yang berbalas email dengan saya.
Namanya Mr Khin.
Dia welcome dan senyum kat saya dengan Encik Z.
Pastu jemput kitorang masuk dan duduk.
Masa ni takde orang lain lagi sampai.

: : antara puppets yang ada : :

: : keratan akhbar berkenaan puppet show di HTWE OO : :

: : tak lama pastu ramai la lagi orang lain yang sampai. tempatnya kecik je. boleh muat dalam 12 orang gitu je pun : :

Inilah dia Mr Khin Maung Htwe.
Dia lah owner HTWE OO ni. Merangkap Director.
Dia jugaklah yang mengreply email saya. Very multitasking.

Dia bercerita yang dulu depa ada tempat khas kat town Yangon.
Kira depa run puppet show ni kat tempat ala auditorium lah.
Tapi malangnya tak mendapat sambutan.
Depa hampir bangkrap, tapi Mr Khin ni semangatnya kuat.
Dia kata kalau dia tutup terus bisnes ni, nanti pemain pemain puppet takde kerja.
Diorang tak tau buat kerja lain. Memang dari turun temurun jadi pemain puppet.

So Mr Khin buat satu ruang dalam apartment beliau, untuk run balik puppet show ni.
Dan satu satunya keputusan dia yang membuatkan puppet show ni kembali mendapat sambutan especially dari tourists, ialah dengan mengiklankan dalam tripadvisor.
Dia kata memang lepas HTWE OO ni keluar kat tripadvsior, memang sambutan sangat menggalakkan.
Memang kena contohi sikap Mr Khin yang sangat bermotivasi ini.

: : Mr Khin tengah explain tentang puppets : :

Masa memula tengok puppet ni kan, sungguh saya macam terkejut dan ketakutan sikit.
Tambahan bila pemain puppet ni gerakkan tangan kaki kepala puppet.
Macam hidup je. Macam orang betul je. Takuittt.
Korang bayangkan dalam gelap tu tetiba nampak patung patung ni bergerak.
Sila bayangkan cerita cerita hantu yang kita selalu tengok huhu..

Saya penah nonton water puppet show masa pegi Hanoi Vietnam dulu.
Tapi yang tu lain sebab ada orang dalam air.
Dan tak nampak orang tu tengah mainkan puppet. Tapi besttt!

_MG_7912 : : takuttttt huhuhu : :

Saya cuba buat buat berani jugak la dengan puppet puppet ni segala.
Aterrr orang kata kalau kita takut, nanti hantu lagi nak kacau kita kan?
Lagipun tanam niat, sekadar nak tengok adat budaya orang saja.
Takde lebih dari tu.
So kita enjoyyyy je lah.

Show ambik masa dalam 2 jam. Bertukar tukar karakter, kisah dan lagu.
Setiap dari satu tu ada jalan penceritaan tersendiri.
Ada saya rakam video, macam biasa sabau yer. Ujung ujung dah nak watamat kisah Yangon ni, nanti saya up kan ok?

DSCN1173 : : kalau depa pakai baju lengan panjang, dan ada tirai tutup muka lagi best kot. sebab ni bila nampak muka, kita tend to nak tengok muka pemain puppet ni je pulak : :

DSCN1178 : : dah habis show, boleh bergambar : :

DSCN1179 : : bukan setakat bergambar, boleh cuba mainkan puppet ni jugak! depa siap ajar cemana nak goyang, tali mana nak tarik turun ke naik ke. heee best. auntie mat salleh yang duduk sebelah saya tu siap puji saya, kata ‘u very good!‘. walaupun sesedap tekak je saya tarik tali tu he he : :

DSCN1181 : : kiri, kanan, kiri kanan, ewahhhh : :

DSCN1182 : : bila dah terror terus naik sheh hiks : :

DSCN1185 : : mat salleh ini pun mencuba jugak, tapi depa tak terror sangat, saya lagi terror hehe : :

DSCN1186 : : depa pun tak terror. aterr omputih kan. mana ada tarian tarian gini kat tempat depa : :

DSCN1188 : : wife Mr Khin yang bernama Miss Oo, yang selalu memberi semangat kepada suaminya : :

Nak balik tu sekali lagi merasa scary.
Tapi sebenarnya takde apa yang nak ditakutkan pun.
Cuma mungkin sebab cuaca dah nak gelap. Kawasan ala ala setinggan pula.
Kitorang cross jalan, terus tahan taxi.
Ada 3,4 taxi gak la sebabnya nak try dapat harga tambang paling murah.

: : jalan besar yang perlu dicross : :

Korang kalau ke Yangon pegi la nonton puppet show ni k.
Satu pengalaman baru yang takkan dapat di tempat lain.
Untuk info lanjut, korang boleh ke website HTWE OO

Untuk puppet show ini, ostajah Normaayah bagi 4 bintang!

4 thoughts on “HTWE OO Puppet Show

Comments are closed.