Kedutaan Malaysia di Yangon

Hari ke 3 di Yangon.
Pagi ni plan nak naik Circular Train.
Breakfast dulu.

: : saya cuba Royal Myanmar Teamix. macam teh tarik kita tapi lagi lite : :

: : roti bakar & pineapple jam : :

: : ruang makan : :

: : sebelah tangga : :

Lepas breakfast terus tahan taxi ke Yangon Railway Station.
Oleh sebab gambar kat Circular Train agak banyak, saya akan pecahkan jugak ke 2 entry yer.
So saya skip dulu k? Hee..

Tamat program Circular Train, terus tahan taxi mau lunch.
Lapau. Sebelum lompat naik masuk dalam taxi memang saya akan tanya dulu ‘Do u speak English?’
Kalau gamak terbangang bangang je, memang saya tak naik.
Susah nanti kot nak tanya apa apa.

Dapat sorang budak muda lagi dah bawak taxi.
Dia kata ada satu kawasan memang halal food, so dia bawak pegi situ.
Cherry Mann Restaurant yang beralamat di 88, Latha St (Mahar Bandula St), Yangon.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : menu : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : suasana dalam restoran : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : kami order ni. masih berkongsi he he. nasi beriani kambing 6700 kyat. portion banyak dan sedap! harga plus air coke 3 tin. asyik minum coke je kat sini. sebab panas hangat sangat oh : :

Kenyang perut, sekali lagi tahan taxi.
Taxi kat sini rata rata tambang dari satu destinasi ke satu destinasi dalam 2000 kyat. Lebih kurang RM7.
Tahan taxi ke National Museum Yangon.
Yer la pegi satu satu tempat tu kena lah pegi muziumnya, baru lah tau sejarah tempat tu. Tak gitu?

Tapi tapi tapi.
Waktu nak masuk tu kira punya kira duit macam eh eh..
Macam dah susut duit kita ni bang.
Ye ke? Habis camno?
Macam tak boleh je nak masuk muzium ni.
Malam ni nak makan lagi, esok duit taxi lagi.

Makanya… terpaksalah melepaskan hasrat untuk masuk Muzium Yangon ni. Sob sob sob.
Bergambau je lah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : taktau dah nak posing cemana. terposing macam samseng kampung dusun : :

Menapak ke depan sikit, nak tengok Kedutaan Malaysia.
Memang saya dah kaji dalam google map, kedutaan Malaysia dedekat sini je.
Cross jalan, pastu nampak lah.
Tapi tapi tapi tapi….
Ada pak guard kat depan kedutaan tu.
Dia pandanggggg je kitorang. Tak bagi kitorang bergambar lettewww..

Saya dengan Encik Z buat buat jalan ke depan.
Bila agak agak pak guard tu tak nampak, Encik Z pun snap lah.
Tetiba…..
Berdepan dengan Kedutaan Malaysia tu ialah Kedutaan Thailand.
Elok ada 2 orang pak guard pandang kitorang.
Kitorang pun pandang depa gak. Maka sessi pandang pandang jeling jeling pun bermula.

Tapi pastu diorang paling muka bebuat tak nampak. Hiks.
Mekasih abang guard!
Yer lah, katanya depan kedutaan memang tak boleh bergambar eh?
Melainkan ada orang kedutaan, macam masa saya pegi Phnom Penh dulu.
Ada Ieyna. Dan dan security tu bagi bergambar.
Sebelum tu masa saya dengan Fin je, kemain no no no no photo.
Pffttt…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : memang kawasan ni kawasan kedutaan : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : laluan menuju ke Kedutaan Malaysia : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tahan taxi terus balik hotel.
Dapat taxi driver yang ha badan kusssss semangat.
Terkeluar keluar lemak dari seat hiks.
Tapi dia ramah tamah bersembang walapun boleh tahan pelat bahasa Inggerisnya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Where are u from?
Malaysia. Kuala Lumpur.
I work there 5 years ago.
Where?
Banding.
Banding????
Ya. Banding Banding.

Ada ke tempat kat KL nama Banding?
Tasik Banding saya tau lah. Apa kes dia kerja kat Tasik Banding pulak.

Banding u know. Banding.
Errr errr..
Kelang Kelang.
Oooooo Banting.
Ya ya we know.

Dah kenapa Banting jadi Banding.
Tu la banyak sangat makan sirih. LOL.

2 thoughts on “Kedutaan Malaysia di Yangon

Comments are closed.