Dari TBS ke LCCT

Oh ramai rupanya yang dok nunggu nunggu cerita cuti cuti saya ke Yangon eh? Baiklah, jom ikut pengembaraan saya ke bumi Yangon.
Sebelum tu, korang tau ke idok Yangon tu kat Myanmar?
Sebab bila saya cakap dengan orang nak pi Yangon, ramai yang macam Yangon? Kat mana tu?
Kecik hati ayam.

Yangon tu kat Myanmar yer.
Kenapa nak pi Myanmar? Best ke? Hebat ke? Meletup ke?
Untuk ke seratus lima puluh juta saya bagitau.
Saya nak complete kan pengembaraan ke 10 negara ASEAN.
Dan itulah dia Myanmar termasuk dalam salah satunya.
Saya dah pernah ke SINGAPORE, Bangkok & Hat Yai THAILAND, Medan, Jakarta, Bandung, Bali, PadangBukitTinggi, Pekanbaru INDONESIA, CAMBODIA, BRUNEI, Hanoi & Ho Chi Minh VIETNAM, LAOS.
Myanmar negara ke 9. Tinggal lagi Filipina satu je. Oh, saya pernah ke Taipei TAIWAN juga. Itu kena big big thank you pada Ayu. Kalau tak sebab Ayu, rasanya tak sampai saya kat sana. Oh Ho Chi Minh jugak, kena big thank you pada Intan ^__^ sebab saya tumpang tidur rumah ia.
Tapi Filipina tu rasanya bukan dalam masa terdekat kot sebab saya ada perancangan pengembaraan lebih besar tahun depan, insya Allah.

Saya beli tiket bulan april 2013.
Masa tu yang Air Asia ada free seats tu lah.
Tapi takde la dapat free seat sangat pun lepas campur tolak bagai.
Dapat RM122 per person. darab 2 orang RM244.
Campur luggage 20kg pegi balik RM88.
Total RM332. still murah la kot untuk 2 orang kan?
Tapi macam saya cerita kat ENTRY NI.
Visa RM140 sorang. Makanya harga visa lagi mahal dari harga tiket.

Masa beli hari tu tak fikir apa pun pasal visa. Main beli je.
So pasrah je la bayar.

FLIGHT TIKET – RM332
VISA – RM280

Total flight ticket dan visa RM612.00

Percutian 4 hari 3 malam.
Dari 25 – 28 april 2014.

Saya tak ambik pakej.
Sebab hasil pembacaan ada je orang malaysia yang pergi sendiri sendiri dan tak susah pun nak bergerak.
Lagipun kalau tengok pakej fuuuu sorang je dah RM1000++.
So takyah.
Kekira ni sama macam saya pegi Laos hari tu lah. Kan tak ambik pakej jugak kan.

Selalu kitorang laki bini akan ambik cab ke kl sentral.
Dan pastu naik bas ke lcct kan?
Tak pun drive direct dari rumah ke LCCT.
Tapi kali ni ada perubahan.
Naik kereta, park kat terminal bersepadu selatan (TBS).
Pastu baru naik bas dari TBS ke LCCT.
Tambang bas RM8 sorang one way. Parking cuma RM12 untuk 4 hari. Murah kan?
Insya Allah dijamin keselamatannya.

20140425_034638
: : tiket boleh dibeli menggunakan mesin ini : :

20140425_034837
: : boleh juga dibeli di kaunter : :

20140425_035132
: : tiket jam 4 pagi. cer tengok nama saya tu ha. Nur Mayang katanya. Nur Mayang pun bolehhh : :

Kekerapan bas setiap 1 jam ya.
Sekarang Air Asia dah pindah ke KLIA 2 kan? jangan risau, ada perkhidmatan bas dari TBS ke KLIA 2.
Korang boleh refer jadual kat website TBSBTS.

20140425_035530
: : pukul 3.45 pagi menunggu bas : :

20140425_035607
: : lengang tak ada ramai orang pun : :

Dari TBS ke LCCT dalam 1 jam.
Flight saya pukul 6.55 pagi.
Memang sedang elok je lah sampai LCCT pukul 5 pagi.
Drop luggage, lepak kejap, pastu pi solat.

20140425_050247
: : last kopek di lcct. terima kasih lcct. kamu akan saya rindui! lepas ni no more dah la lcct kan. lepas ni klia2 pula! : :

20140425_052523
: : beli air je pun kat sini. sebab nak makan kat mcd dengan marrybrown tak bukak lagi lah pulak. ke memang dah tutup sebab LCCT dah nak tutup? huhu : :

20140425_060400
: : siapa yang tak check in luggage boleh terus pegi kat document check counter ni ya : :

20140425_060558
: : boarding pass : :

Boarding time 6.15 pagi.
Pukul 6.10 pagi encik z tak keluar keluar dari toilet.
Saya dah menggelupur kat situ dah.
Memang ngam ngam 6.15 pagi la kitorang masuk boarding gate tu.
Encik z kata sweater nya jatuh ke lantai, tu yang dia lambat tu dok tenyeh bersihkan. huhu.

20140425_063135

Yangon, tunggu saya!

4 thoughts on “Dari TBS ke LCCT

    • insya Allah ada rezeki tu nanti. saya ni pun memula encik z mcm malas, tapi lama2 dia layankan aje saya ni hehe..

Comments are closed.