Circular Train Part III

Bersedia untuk tengok aktiviti di atas Circular Train ini?
Letsss…
Macam saya bagitau tadi kan, train ni ke arah rural area sana.
So memang akan lalu perkampungan lah.
Setengah jam pertama tu ok lagi, lepas tu berpusu pusu penduduk tempatan naik train ni.

Antaranya si penjual makanan.
Ada yang jual buah, air, sirih, bedak thanakha dan lain lain lagi ah.
Pendek kata memacam yang boleh dijual, semua pun depa jual.

: : penjualan sudah bermula : :

: : telur burung puyuh anyone? : :

: : yang ni dia jual air sejuk. sapa nak, dia cedok guna cawan besi tu ha : :

Cuaca masa ni memang i tell u..
Panas menyucuk melekit lekit.
Tapi takde la gamak saya nak minum air tu kot huhu.
Eh saya ada bawak air mineral sendiri ah.

Anak beranak pakai bedak thanakha.
Korang tengok tu macam lelaki ke perempuan?
Saya memula ingat lelaki tau. Ingat bapak baby tu lah.
Rupanya perempuan.
Cemana boleh tau?
Baby tu nangis, dia selak nak susukan anaknya.
Sib baik tak nampak apa-apa.
Kalau tak, senasib macam Meng laaa, nampak kopek free. *pengsan

Depa kat sini memang rata rata tepek bedak thanakha kat muka.
Kira bukan benda yang peliklah.
Tu sebab saya pun ok je pakai bedak thanakha jalan jalan tu.
Dan satu lagi kulit depa kat sini memang tulus mulus baik lelaki ataupun perempuan.
Gamak sebab dari kecik dah pakai bedak thanakha ni la kot no?

: : salah satu stesyen yang cantik : :

: : next station Aungsanmyo. nama macam kat Korea. hiks : :

: : ni tukang cek tiket. tiket korang tu jangan campak merata pulak. simpan memolek. nanti ada tukang cek ni datang. kang tiket hilang tak pasal kena turun pulak kang : :

: : semua pun dijunjung atas kepala. pastu depa bawak kerusi kecik : :

: : ni jual sirih : :

Ni yang paling world sekali.
Jual mangga potong. Dengan kuah kicap sekali.
Dijunjung atas kepala. Waktu dia lalu sebelah saya, saya macam merisau je.
Ye la dengan train bergoyang goyang inul, kot jatuh semua mangga atas kepala, tak ke naya.
Tapi dia steady je. Dengan bedak penuh di muka, bila ada orang nak beli, relax je dia letak kerusi, duduk, ambik mangga.
Saya ni nak berdiri pun dah terhuyung hayang, ini pulak junjung talam atas kepala. Memang menggagal tahap tertinggi kot.

: : I oso read paper ok. Don’t play play : :

: : tetiba sampai kat stesyen yang sibuk. saya rasa ini pasar : :

Masa kat sini fuuuu depa main cecampak je sayur sayuran masuk ikut tingkap.
Paling banyak sayur kangkung. Besar gemuk gemuk pulak tu.
Oh lupa nak bagitau, train ni berhenti cuma 10 saat je kat setiap stesyen tau.
Cer cer bayangkan cemana depa nak hangkut barang, bawak turun barang, dalam masa 10 saat tu.
Saya yang tengok ni pun ha rasa nak terjerit jerit. Tapi depa steady je.

: : ni buat kenduri cukup sangat ni : :

: : sayur sayur lain pun ada jugak : :

: : paling tak menahan depa siap siang sayur dalam train ni. mampu korang siang sayur dalam train? : :

: : bunga bungaan pun ada juga. penuh dah train masa ni. tu bebetul kat depan kaki saya tu ha : :

: : kerusi meja pun ada ok! tanjat saya tengok masa saya jengah kepala ke luar tingkap : :

Sepanjang 3 jam perjalanan memang tak terasa.
Walaupun panas membahang, peluh tik tik tik menitik dalam kain baju, tapi menghayati keunikan kehidupan mereka warga Yangon, saya terkesima.
Betapa mereka berkeringat dan bersungguh demi mencari rezeki, menyara keluarga.
Hidup dalam kemiskinan tetapi tetap gembira. Mereka tiada pilihan. Tapi kita punya. Bersyukurlah seadanya.

8 thoughts on “Circular Train Part III

  1. so far org tgk kesemua entry psl trip ni, org rasa bersyukur sangat dilahirkan sebagai rakyat Malaysia..

Comments are closed.