Circular Train Part II

: : breakfast di tepian rel konsepnya : :

: : begitu ucapan tertera di dinding train. rasa amat dialu alukan : :

: : memula duduk depan mat salleh ni dengan awek dia. tapi tak lama tu depa hilang, orang pun makin lama makin meramai turun naik : :

: : bermonopod dulu sementara orang tak ramai lagi ni ha : :

Kitorang pun bertukar tukar tempat duduk sebenarnya.
Ada sekali tu saya duduk sebelah sorang laki ni.
Dia kunyah sirih, pastu boleh dibantai ludah ke luar waktu train tengah laju.
Melekat lekat kat tempat sandar tu ok.
Euww euwww sangat. pengotoq. kok yer pon kan.
Sib baik tak kena tudung putih suci murni saya tu.
Kalau tak… Kalau tak apa normaya?
Kalau tak saya sumpah dia dalam hati je laaaa hahaha.

: : encik z berdiri menghayati pemandangan di luar : :

20140427_093109 : : cer korang tengok minah sebelah saya tu. dia tengah tidur tu tau : :

20140427_093021.jpg
: : bila train gerak kan, dia macam terapung apung. punggung dia tu macam tak cecah kat kerusi. tanjat saya tau. boleh dia tidur lena dengan tahap kepanasan melampau. tabik sungguh : :

: : masa ni train dah kosong sebab dah cukup satu pusingan. semua pun dah turun : :

: : termenung sebentar bila melihat cara hidup mereka. bersyukurnya saya dilahirkan di bumi bertuah Malaysia : :

Ok dah watamat pusingan lengkap, yang mengambil masa 3 jam.
Apakah perasaanya? Next entry k?

: : tersenyum sebab misi menaiki Circular Train tercapai : :

Terima kasih Circular Train kerana telah membuka mata dan minda saya.
Terima kasih di atas pengalaman indah yang tidak akan saya dapat di tempat lain.
Terima kasih kerana telah memberikan sedikit harapan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan….

4 thoughts on “Circular Train Part II

  1. Nampak usang sgt train dorang kan…
    bersyukurlah kita rakyat M’sia nih…
    Sekurang2nya walaupun komuter adakalanya
    menghampehkan perasaan para pengguna…tp
    kalau nak compare dgn train yg Mya naik ni…
    lagilah tak selesa kan…
    diperbuat dari kayu-kayan gitu…eh…

    • aah. dengan takde aircond nya. memang hazab la.
      betul tu, jauhhhh selesa komuter kita ni ha.
      gamak kalau komuter ada kat sana, depa sujud syukur kot.

      yup kat dalam tu semua buat dari kayu.

  2. Walaupun train nampak usang..mcm kat negara india dan pakistan..tp pengalaman Mya tu yg mahal kan….macam2 ragam sempat dirakamkan..

Comments are closed.