Circular Train Part I

Ok jom saya nak share experience saya naik Circular Train di Yangon.
Ada yang panggil Circular Train. Ada panggil Circle Train.
Naik cab dari hotel ke Yangon Railway Station. Dekat je pun, dalam 10 minit gitu.

Circular Train ni adalah rangkaian rel komuter tempatan.
Kekira macam komuter kita lah kan. Cuma cuma cuma.
Train depa ni sangat unik dengan kepelbagaiaan penumpang.
Tu kena tunggu tengok gambar gambar nanti.

Laluan Circular Train ni adalah sepanjang 45.9 kilometer, menghubungkan bandar ke rural area.
Mengambil masa 3 jam untuk melengkapkan satu pusingan, dengan berhenti di setiap 39 stesen.
Mostly penumpang Circular Train ni adalah rakyat yang berpendapatan rendah dan orang orang kampung yang meniaga.

Jadual perjalanan Circular Train ni pukul 6.10 pagi, 8.20 pagi, 8.35 pagi, 10.10 pagi, 10.45 pagi, 11.30 pagi, 11.50 pagi, 1.05 tengah hari, 1.40 tengah hari & 2.25 petang.
Saya naik yang pukul 8.20 pagi punya. Disarankan ambik yang awal pagi sebab kalau dah tengah hari, bersedia je lah dengan kepanasan melampau. Huhu..

Untuk tourists tambang Circular Train ni tak silap saya 500 kyat.
Masa saya buat kajian kat blog orang, dulu tambangnya USD1.
Tapi sejak 1 April 2014 dah bertukar ke kyat.
Makna sekarang dah jadi makin murah lah sebab bayar dalam kyat kan.
Maaf sesangat sebab saya memang tak ingat berapa tambang sebenar benarnya sebab buku nota tu saya tu kan hilang. Sob sob..

Tiket kena beli kat Platform 6.
Tanya je orang kat mana nak beli tiket Circular Train ni, kebanyakan memang boleh converse in English. So no problem di situ.

Entry Circular Train ni pun saya terpaksa pecahkan ke 3 entry ya.
Sebab banyak gambar nak share dengan korang.
Harap korang tak membosan ah.
Semua pun publish hari ni.
Entry pertama ni saya letak gambar saya pose pose kat stesen keretapi dulu ek ek ek..

: : kaunter pembelian tiket : :

: : ha tu announcement penjualan tiket dalam kyat : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : tiket : :

: : naik kat platform 7 : :

: : train dah sampai. moh la kita : :

Ni waktu dah balik ni.
Saya sekalikan je la kat entry ni.
Nanti 2 entry lagi baru letak gambar-gambar dalam train.

_MG_7898 : : kemain sedap mamat tu garu perut ek? : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yangon Circle Line : : ni map laluan Circular Train. gambar kredit blog RARA : :

8 thoughts on “Circular Train Part I

  1. Assalamualaikum,

    Mya, saya saja nak drop nie. nak mintak tlg. saya akan ke Myanmar 11/10/2014 – 16/10/14 and sekarang tgh getting info ke sana. Plan saya ke Yangon & Bagan. but, need your help lah utk tahu lebih lanjut. ping me back yeahh. thks, dear!

Comments are closed.