Bogyoke Aung San Market

Sampai kat bilik hotel tu terus on air cond maksimum.
Nasib baik la aircond dia memang thorrbaik.
Memang sejuk.
Encik Z sekejapan dah terlena. Takpela, dia pun letih.
Kasi can la.
Saya tak tidur, bukak tv. Walaupun siarannya cam semput semput.
Ada 2 siaran je pun yang clear.

Pukul 2 petang camtu perut melapar.
Bukak la bekalan yang dibawak.
Memang nasib baik jugak la bawak bekalan ni, kalau tak mesti kebulur nak keluar cari makan lagi.

_MG_7617 : : hidangan biasa. nasi putih. ikan masin, telur dadar, kicap. nyam nyam : :

Bila nak habis waktu Asar, kena la kejut Encik Z.
Tunggu dia wash up, makan, solat apa semua, jommm kita explore apa ke yang best pasal Yangon ni. Yokk..

_MG_7623

Hasil pembacaan kat blog Rara, katanya kat depan Orchid Hotel tu macam ada booth travel agency yang offer day tour, tapi tetengok takde ponnnn.
Apa lagi termangu mangu lah saya dengan Encik Z, pikir cemana lah kita nak berjalan esok ni.

Sedang termangu mangu tu, tetiba kami diapproach oleh seseorang kat depan Orchid Hotel tu.
Ingat kot staff depa tapi bukan.
Dia tanya ‘Can I help u?’
Saya memula tu macam malas nak layan tapi sebenarnya dia memang baik pun, takde niat tersembunyi ke hapa.

Saya pun cerita la gitu gini nak day tour.
Dia kata dia ada kawan taxi driver yang boleh bawak jenjalan day tour ni.
Katanya nanti dia contact, dia suh kawan ia tu datang kat hotel petang karang.
Saya angguk angguk je la.

Berpandukan map di tangan, saya dengan Encik Z pun berjalanlah pepelan.
Arah yang ingin dituju ialah Bogyoke Aung San Market, juga dikenali sebagai Scott Market.
Jalan punya jalan, fuuuu jauhnya.
Mana tak jauh. 2.1km kauuu. lebih 30 minit kot kitorang jalan.

_MG_7624 : : cuaca panas i tell u : :

_MG_7625 : : gerai dan kerusi kecik di bahu bahu jalan. takyah nak bahu sangat la normaya : :

_MG_7626 : : laju jugak saya jalan tinggalkan encik z : :

_MG_7627 : : ni lalu jalan besar, tu sebab dah takde orang meniaga kiri kanan : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : MAS! bangga bangga : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : parkson : :

Selalu orang shopping last day kan?
Saya baru sampai dah shopping? hikss.
Sebab fikir esoknya tu nak day tour jalan sana sini, hari ketiga plak dah atur itinerary gitu gini, so hari ni yang free, moh je la shopping sesiap.
Takyah nak pikir pikir dah pastu.

_MG_7630 : : ginilah suasana dalam Bogyoke Aung San Market : :

_MG_7631

_MG_7632

Tengah jalan tetiba ada 2 orang mamat ni approach.
Kemain fasihnya cakap melayu.
Bagi salam apa semua. Katanya dia Muslim gak.
Sorang tu namanya Mohd Hashim.
Tapi ada nama Myanmar gak. Lupa dah saya apa namanya.

Macam saya bagitau la, saya memang extra careful, tapi baik rupanya depa ni.
Siap tunjuk kedai mana nak beli souvenir, tshirt apa semua.
Memang la depa dapat komisen tapi sokayyy la, takde la terpusing pusing tercangak cangak nak mencari kan.

_MG_7633 : : yang baju belang tu mohd hashim : :

_MG_7636 : : MYA store jewellery. tapi bukan jewellery pun saya ni. beli fridge magnet : :

Tengah membeli tu datang sorang brader, orang indonesia, tapi fasih cakap myanmar.
Agaknya kawin dengan orang Myanmar kot?
Atau ia memang pandai berbahasa Myanmar? Eh negara Myanmar. Bahasa apa ek? Err errr…

_MG_7637 : : pak harry namanya. siap tolong bargain kan harga fridge magnet untuk saya. tq pak! : :

Selesai beli fridge magnet, cari tshirt untuk anak anak pula.
Suruh encik z beli dia takmo.
Ok lah, settle 5 helai tshirt untuk anak anak ku.
Hah kan senang dah beli fridge magnet dengan tshirt, so takyah nak runsing runsing dah pasni.
Ada la si mohd hashim tu pujuk pujuk suh tengok zamrud permata bagai, haruslah a big no no no dari saya.
Memang tak berminat pun nak beli walaupun tau Myanmar ni kaya dengan zamrud jade permata murah murah.

_MG_7638

_MG_7639

_MG_7640 :  : pintu masuk Bogyoke Aung San Market : :

_MG_7641 : : kalau datang Yangon memang wajib lah datang sini untuk shopping ole ole : :

_MG_7642 : : thanakha & souvenir shop. tapi saya tak masuk pun. nampak eksklusif nau. takot mahal : :

_MG_7643 : : tapi saya beli gak. beli yang jual kat tepi jalan je ni haaa hehe : :

Bogyoke Aung San Market
Pabedan 11143
Yangon Myanmar

7 thoughts on “Bogyoke Aung San Market

  1. maksudnya…depa2 yg dok approach2 ni kita kena bayar tip kat dia ke kak? ke ikhlas lillahita’ala?

    • takde pulak depa mintak tips ke hapa.
      so akak assume memang depa jenis ramah tamah suka tolong orang la gamaknya.

  2. Smangat betol acik yang jual thanaka tu bergambo ngan ko nyah, siap pegang bahu, bff baru lerrr tuewwww

    Kalau pi sini kene bawak berkodi duit kut, baru boleh beli emas emas itu.

    • apa ni pegang pegang?? rimas tau tak. hiks.
      me ok je. bff tak kenal bangsa kekdahnya.

      kalau betul nk beli emas mmg kena bawak duit banyak. cuma aku taktau la mmg betul murah ke atau propa semata.

Comments are closed.