Tanglin

Semalam Umi belanja Kak Wan dengan saya, lunch dekat Ikan Bakar Tanglin.
Katanya dia lagi suka Ikan Bakar Tanglin dari yang dekat Bellamy tu.
Saya ni mana mana sokayy je.
Tapi tau lah makan ikan bakar ni, kalau tak berasap berbau satu badan tak sah kan.

Ambik sotong 2 ekor, kembung 2 ekor, cencaru 2 ekor.
Air sirap limau. Nasi putih 3. Sayur sikit.
RM49. Umi kata murah. Saya tak pasti murah ke idok.

Tapi ikan bakar Tanglin ni kuah dia curah semua atas lauk kan?
Kalau kat Bellamy tu kuah asing.
Boleh pilih sendiri. Lagi best la kot no?

20140527_131206

Dah balik baru perasan eh eh tetiga pakai ala ala sedondon.
Pink maroon. Kalau Umi pakai tudung warna maroon lagi sedondon.
Anyway, tq Umi sebab belanja.
Semoga rezeki awak bertambah tambah. Amin.
^__^

20140527_140550

9 thoughts on “Tanglin

  1. boleh mintak kuah asing kann..
    aritu ila mintak cam tu..sbb alieyah tak boleh makan pedas..so dia makan yang ikan bakar nya saja

  2. xsilap june kwn kak maya yg umi ni anak dia 1 kelas dgn Firas..slalu nampak kt Tunas 🙂

Comments are closed.