Tak Ingat Sabtu Bila

kejadian hari sabtu. tapi tak ingat dah sabtu bila.
kitorang laki bini selalu tak tentu tahap kerajinan pagi pagi nak keluar breakfast atau tak.
saya biasanya lepas subuh jarang tidur balik.
tapi tak tentu gak. kalau ngantuk sangat tidur gak.

kalau dah tidur balik tu memang breakfast dalam mimpi lah.
kalau tak tidur dan kerajinan, kitorang akan keluar breakfast.
so cam biasa hari tu, pi kampung baru.
breakfast lontong sedap.

20140420_083327

20140420_083645 : : letak bergedil dan sambal kerang nyam nyam : :

20140420_090410 : : orang sokmo ramai : :

habis breakfast dalam pukul 8.30 pagi.
saya ajak encik z pi carrefour wangsa maju.
sebab situ bukak awal kan. so pegi.
first time kot saya pi carrefour awal pagi ceni.
meriah eh? ramai orang.
dan harga barang barang jauh lagi murah dari waktu biasa.

20140420_093522 : : jagung RM0.99 je seketul. saya beli 2 ketul : :

20140420_094344 : : ikan kembung RM0.90 sekor. saya beli 3 ekor : :

20140420_102222 : : ketam RM3.90 sekor. tapi saya tak beli : :

20140420_094408 : : murah murah : :

masa saya dok belek belek ni, encik z dia p toilet.
saya tengah ambik sayur kacang buncis, pastu saya letak dalam troli.
saya tolak pi tempat ikan.
lepas pilih pilih ikan, saya letak la dalam troli.
tetiba rasa cam eh bila masa aku ambik sayur bayam dengan roti ni?

rupa-rupanya.. laaaa… saya tersorong troli orang lain!
terkulat kulat la saya kat situ, pi balik kat tempat sayur.
troli saya cantik tengah pose tepi sayur sayur tu.
apa lagi saya tolak troli saya terus cabut lari!
otw nak cabut lari tu saya buat pusingan, tengok ada laki bini cina tengah dok pot pet belek troli yang saya salah tolak tadi.
ahahhaha! ampun uncle auntie. i tak sengaja lorrr..

pastu terus saya cabut lari pi bahagian hujung.
kat tempat perabot perabot tu ha. takut kena maki punya pasal ekekkee.
ronda kat bahagian perabot nampak almari ni ada sale.
terus cam nakkkkk.

rumah saya ada satu almari je. tu pun kecik.
baju bajan encik z main sangkut sangkut ikut sempat je.
sapa penah pegi rumah saya masuk 3rd room tu memang tau la betapa hazabnya.
almari ni kalau tak harganya dalam 400++ gak.

cakap dengan encik z saya nakk nakk nakk jugak jugak.
dia pun malas nak layan, hah ye la beli laa.
dari asal nak beli sayur ikan tup tup terbeli almari plak. hikss.
esok petangnya baru orang carrefour hantar.
bila encik z dah siap pasang saya rasa macam masih tak cukup gak.
rasa rasa kena beli lagi ni hmm hmmm..

20140420_100020

20140420_101204 : : baru saya tau kat carrefour every 28haribulan setiap bulan ada 5% diskaun ek : :

20140420_145145 : : hasil masakan lauk pauk yang dibeli. kangkung, cencaru, jagung rebus : :

20140420_205922 :  : cencaru, sambal udang, kacang buncis : :

pasni saya nak ajak encik z p pasar tani kat shah alam tu pulak.
dengar kata meriah eh?

4 thoughts on “Tak Ingat Sabtu Bila

  1. pasar tani ahad tu mmg meriah
    mcm2 ada
    tp kena g awal la kot lambat2 sgt panas kemain

    • tu la akak pun baca katanya kena pi sesudah subuh.
      baiklah akan ku usahakan. chaiyokk

  2. Aduhhh…sedapnya tgk mknan tu kak mayaaa…gluppp gluppp.

    BTW, thanks kak for the felts and ang paw utk mikail. semoga rezeki akak melimpah ruah…xoxo

    • sama2 zie..
      terima kasih. semoga rezeki kita sama2 melimpah ruah. amin. 🙂

Comments are closed.