Seorang Diri

Assalammualaikum..
Morning Monday!

Ramai ke ambik cuti tersepit hari ni?
Payiet & Kaktin cuti. Tinggal saya seorang diri huhu.
Saya tak cuti sebab takde keperluan apa pun, so kerja je lah kan.

Hari Sabtu saya pegi office. Overtime.
Tapi tak lama pun.
Pagi tu teman encik z servis kereta kat gombak dulu.
Pastu masuk office sampai pukul 11 pagi.

Encik z drop saya kat pertama sebab nak hantar baju untuk alter.
Encik z balik rumah sebab banyak kerja nak buat kat rumah.
Lalu saya pun pegi la merayap rayap kat Jalan TAR seorang diri.

Ada beberapa misi sebenarnya selain nak hantar baju untuk alter tu.
Nak cari tudung akel, kain untuk buat baju raya Yaya dan inner neck berdagu.

Walaupun masa tu baru pukul 11.30 pagi tapi boleh tahan ramai jugak orang yer.
Gerai gerai pun dah dibukak. Saya ingatkan malam baru bukak sebab malam kan ada pasar malam kat situ.

Tengah nak cross jalan nampak 2 blogger famous, Ceera & Kathy.
Tapi tak tegur depa pun sebab timing tak sesuai, tengok depa dari kejauhan je la.
Dan dan terus saya teringat my bestie Ernie Zuraida.
Saya dengan ernie pun rajin jugak keluar berdua ukur jalan kat Jalan TAR ni bila nak dekat dekat puasa.
Ni dia dah jauh nun di Mesir sana, saya bersendirianlah ukur jalan.

Tapi benarnya saya ok je jalan sensorang ni.
Nak berhenti ke, nak belek kain ke, nak lepak kejap je, buat je sesuka hati sebab sensorang kan.
Tapi bahayanya jalan sensorang ni sebab benda benda yang tak perlu pun sure thorrrbeli gak nanti.

Dari Pertama Complex saya menapak menyusuri jalan TAR sampai lah ke putra masjid jamek.
Nampak ada jualan clearance barangan jenama Savee.
RM1 untuk facial mask. Beli la 5 keping.
Lompat naik putra sampai wangsa maju.
Pastu menapak pepelan ke saloon yang biasa saya buat rawatan resdung.

Macam lama rasanya tak buat rawatan resdung, nak buat lah.
Tapi tetiba up buat facial terus. RM75 untuk both rawatan resdung & facial.
Rawatan resdung ni syok buat tapi waktu nak kena bernafas ikut mulut dan waktu kawasan mata pedih tu yang agak hazab sebenarnya.
Waktu facial pun, kena tekan whitehead blackhead kat hidung ni ha, duhhh.. tapi lepas tu best la sebab licin je rasa muka kan.

Hasil shoppingan baju inner 2 helai.
Sehelai inner neck berdagu warna hitam yang besttt lepas ni nak beli lagi.
Facial mask. Tudung akel.

Misi yang gagal. Kain ela untuk buat baju raya Yaya.
Kenapa gagal? Sebab kepala saya sakit berdenyut nyut nyut.
Nampak gaya kena repeat lagi lah pegi Jalan TAR ni.
Repeat seorang diri jugaklah nampak gayanya.
Kenapa Encik Z tak teman? tau lah orang lelaki kalau meneman orang perempuan ni cemana kan. so better la takyah.

image
: : tudung akel square bidang 60. sehelai RM25. Beli 10 dapat RM22 sehelai. obsesi terbaru saya ni ha. sooo in love dengan tudung ni. walaubagaimanapun syria tetap di hati : :

image
: : saya yang suka memanjakan kulit muka dengan cuba pelbagai jenis facial mask : :

ernie zuraida, daku merinduimu….

image

perbualan antara encik z & yaya :

apa ciri utama kawan yang baik?

ermmm…

kawan yang baik ialah kawan yang menjaga aib kawan. walaupun dah tak kawan, walaupun dah bergaduh, dia tak cerita aib kawan pada orang lain. dia simpan rahsia kawan dia.

oh…

kalau boleh jangan cerita apa pun rahsia kita pada kawan.
kita tak tahu hati orang. walau baik macam mana pun, jangan cerita.

ok ayah…

yasmin, jangan buat silap macam mommy waktu mommy muda muda dulu.
jadi kawan yang baik ya sayang…

Posted from WordPress for Android

10 thoughts on “Seorang Diri

  1. kin pun suka jenjalan sorang sebab nak kemana-mana pun senang. Kalo dgn kawan, kesian plak duk menunggu dgn suami plak suruh pilih kang buat sakit hati jer… hehehehe

    bukan senang maya nak cari kawan yang takkan buka aib kita time baik atau tidak, alang time baik pun dia jaja kisah kita inikan pula time tak baik. ermmmm

    • tu la jalan sorang boleh jalan laju ke pelan ke, ikut suka hati je.

      semoga kita jadi kawan yang baik lah kan..

  2. tak lama lagi nak puasa, lagi lah ramai org tiap2 minggu kat jalan TAR. bkn nak raya jer.. tiap2 minggu pun mmg ramai…
    kitorang pun nak ukur jln tar nnti..

    • kalau boleh puasa ni takmo la ukur jalan kat jalan tar nun. mcm tak sanggup je nak bersesak2 huhu

  3. along pun suka mngukur jalan sorang2…bukan apa…mudah nak buat pilihan…along pun nasihatkan yang sama untuk my yaya last week…hehehe

    • tu la kalau sorang2 tu rasa nak beli, beli je.. takyah nak tanya pendapat sesapa kan

Comments are closed.