Maaf

masa mula mula blogging dulu, ikut suka hati je nak tulis apa.
nak marah ke, emosi ke, meroyan ke, carut ke.
tulis je sebab tak terfikir dan tak rasa ramai orang baca pun.
tapi sekarang ni tak boleh sewenang wenang nak tulis sebab memang tak tau dah sapa sapa yang baca.

nak snap gambar letak kat blog pun saya dah mula bertimbang tara.
yer lah sebenar benarnya bukan semua orang suka gambar depa keluar kat blog orang.
tambah lagi yang letak tanpa izin betul tak?

saya ni selalu pun tulis ikut suka je.
tapi tu lah dia, orang kata ikut hati mati. ikut rasa binasa.
rasa saya tulis benda tu cara gurau gurau.
tapi ada orang ambik serius. terasa dalam hati.

dulu dulu pun selalu jugak guna pendekatan nak terasa lantak lah kau sana, ada aku kisah.
tapi dah meniti usia senja ni, biadab benar rasa nak tulis gitu.
so di kesempatan ni saya nak mintak maaf sangat sangat 8 ratus juta kali pada sesiapa yang ada tersentap or terasa hati dengan penulisan saya kat blog ni.
tak kisah lah yang dari dulu atau pun yang baru baru.

saya ni manusia biasa yang tak lepas dari kekhilafan.
tapi itu bukan alasan untuk saya mengulang kesilapan yang sama betul tak.
setiap hari proses pembelajaran untuk saya. untuk kita semua.
saya tak nak dah jadi saya yang dulu.
saya taknak konflik. saya taknak isu. saya taknak dah marah dendam sakit hati apa semua.

kalau ada saya tersakitkan hati sesiapa, saya susun sepuluh jari, ampunkan saya.
jika ada yang nak bersua muka meluahkan pun saya terima. contact je saya.
kita boleh duduk berbicara hati ke hati dengan rasional nya.
dunia ni kejap je, esok lusa tak tentu lagi kita masih bernafas.
jadi jom lah kita berbaik sangka. buang yang keruh ambil yang jernih ya.

image

Aku sedari ku insafi
Tak ingin lagi ku ulangi
Hidup di buih
Yang terasa menyiksa diri

Berikanlah aku pintu maafmu
Atas segala kesalahanku
Berikanlah aku kunci hatimu
Hulurkanlah jabat tanganku

Jangan samakan aku
seperti dahulu
Kini aku telah berubah
Dalam hidupku

 

Posted from WordPress for Android