Blog Maya Dot Com

Ke Sana Sini di hari Sabtu

sabtu hari tu cuaca redup je kan.
menjelang tengah hari hujan. sejuk je rasa.

pukul 10 pagi saya keluar pi breakfast kat ali maju.
dah janji nak jumpa dyana sebab nak pass kan sweater pada ia.
masy nak pinjam. depa nak pegi korea.
hari tu saya dah sound masy dah, sebab before ni dia janji nak pi korea dengan saya.
tup tup dia pi sendiri. sentap tau.

ala saya pegi seoul je kak ostajah.
nanti kita pegi la pulau jeju sesama.

ntah tahun bila nak pegi pun taktau la saya.
semua ini poyo. :-p

image

lepas breakfast aka brunch, terus pi selayang.
nak ambik parcel kat office skynet. ada la saya beli baju dari satu website online ni.
seminggu gak tunggu tak dipos pos, hari tu saya guna alamat taiping sebab memang nak balik taiping.
bila dah jadi gini, saya suruh la tukar alamat, pos kat jasmine.
tetiba tengok kat taiping pun sampai, kat jasmine pun sampai.
tapi yang kat jasmine ni baju lain. bukan yang saya beli. acaner tu?
ok abaikan. itu masalah saya. bukan masalah korang. hiks.

dari selayang pi chow kit pulak.
nak cari hadiah birthday maamar.
28 mei ni dah setahun dah ia. kejap je masa berlalu.
rasa baru lagi pegi melaka melawat ia masa ia baru lahir.

kenapa pi chow kit? sebab adil request mainan kuda.
eh ni birthday maamar ke birthday mahathir ni? hehe.
pegi 2 kedai je terus jumpa kuda. masa tu saya tak nampak pun kuda tu sebab nun kat atas syiling.
taukey kedai tu la tanya kat encik z, mau cari apa bang?
encik z terus jawab kuda.
haaa ada ada. mari mari. begitu kata taukey.

image
: : nama kedainya dunia cahaya mata. lokasi kat chow kit. nak bagitau exact location macam tak reti, tapi ia sebaris dengan cosmopoint, lajak ke depan sikit : :

image
: : macam macam toys ada. harga pun munasabah : :

image

: : whatsapp gambar ni kat grup Adik Beradik. pastu abang long hantar voice caca & cici cakap ‘cantiknyaaa kuda‘. alahai.. : :

dari chow kit ke jalan TAR pulak. masa ni hujan masih renyai renyai, tapi saya redah je.
nak complete kan misi yang tak kesampaian last week.
nak cari inner berdagu tu, tapi tetengok warna hitam dah sold out. alaaaaa.
kakak tu kata lagi 2 minggu baru sampai.
sudahnya saya beli gak la. warna biru tua, skin colour dengan putih.

pastu beli baju inner 2 helai. versi labuh punya. suka sangat lah.
beli saiz XL supaya selesa, tak melekap sangat di badan.
dan kendian beli skirt labuh. tak tau la orang panggil apa ke nama skirt ni.
hari tu saya dah beli kat pasar malam wangsa maju.
RM30 kenot kurang. tetiba jalan depan lagi orang jual RM25 pulak.
ni jumpa kat jalan TAR RM20 je. adoii la. terus up 4 helai sebab selesa, tak payah iron.
dan syariah compliance.

image

dari jalan TAR terus pulak ke LEP rumah kaklong.
tapi kaklong takde. dia fly ke shanghai sana.
ikutkan nak pi rumah kaklong hari ahad petang, tapi saya tetiba kena kerja pulak ahad petang tu yang cepatkan je pegi rumah kaklong.
ada a few barang yang mama kirim, kang bertangguh sampai ke sudah pulak tak pegi.
dah la minggu ni i’m out of KL. 4 hari 3 malam nak pi berkelana. kali ni suami terpaksa bangat ditinggalkan.
saya je la sedih. encik z tu happy je. dia selalu kata kalau saya takde, tu tempoh dia bertenang.
adakah kalau saya ada awak tak tenang wahai abang Z?? *nangis tepi saga flx

singgah mcd beli food sikit untuk anak anak saudaraku.
tapi caca kata depa dah makan nasi. kelas abang ipar ku terror masak ok?
sampai sampai terus layan nur aisya.

DSCN1243 : : kalau dengan mommy ni kerja lain takde, bergambarr je la manjang. ayah malas layan, kita selfie monopod k, aisy? : :

DSCN1244 : : kakak cici pun nak tumpang sekaki : :

DSCN1248 : : masa ni cici suruh aisy pandang kamera. aisya.. aisya.. pandang kamera mommy. comel je : :

DSCN1250 : : sampai terkehel kehel kepala aisy dibuatnya : :

DSCN1251: : tu makan jari mommy tu kenapa? lapau kah? : :

DSCN1253: : respek abang long boleh handle 3 ketul anak-anak ni ha. kalau saya pun secara jujurnya belum tentu sabar begini. saya siap nasihat caca & cici supaya dengar cakap babah, dah besar esok ingat jasa babah bla bla bla bla. angguk angguk dedua budak ni. esok tak dengar cakap, terpaksa tunjuk gambar gambar ni semua : :

DSCN1255 : : ayah layan depa draw. tu encik z draw gambar caca tu. ayah niii.. tu orang lidi lah! begitu kata caca : :

DSCN1257 : : yang ni plak caca draw gambar cici. olololo comeynya. siap ada puting tu ha : :

image : : sebelum balik, try test kuda maamar dulu. sorry maamar, kakak kakak sepupu awak rasmikan dulu : :

    4 thoughts on “Ke Sana Sini di hari Sabtu

    1. Masy

      ololo hehehe.. nantilah kot2 saye dilamar oleh Fahrin, bole le kite gi Pulau Jeju dgn Busan.. i is still want to go!

      tapi tulah. ntah tahun bile huhuhuh

      1. Mya Post author

        takpe kita berangan je lah dulu.
        ada rejeki, sampailah kita. awak baca blog kak kiah tak?
        macam macam drama..