Blog Maya Dot Com

Kak Kiah & Supermeng

bebaru ni naik tweet kat timehop saya, bebetul setahun yang lepas, dari saya start baca blog kak kiah & blog supermeng.

blog kak kiah saya tau dari masy. sebab dia tweet kata pasal stress nya kalau travel dapat travelmate yang macam macam cekadak.
start dari situ la saya baca blog kak kiah. masa tu dia pi Jeju, Korea.

ni saya tengah baca lagi sekali kak kiah repeat pi Jeju sebab masa dia pegi tahun lepas tu, dapat travelmate yang fussy so tak dapat nak cover banyak tempat.
jangan kata kak kiah, saya yang baca pun urut dada kot nengok peel travelmate nya itu.

tapi apa la nasib kak kiah, pegi kali ni pun macam macam drama swasta jugak yang terjadi.
tapi kak kiah selamba je tulis kat blog. tapi bagus jugak, untuk pengajaran semua.

saya ni travel pun bukan tak penah dapat travel mate yang macam macam peel, tapi selalu pun saya telan je. ye la, dah la pegi jalan jejauh, tetiba nak bermasam muka, rugi la haihh rasa.

blog supermeng plak saya start baca masa tu saya google info pasal Manila kot tak silap. terdampar kat blog ia.
rasa cam bestnya mamat ni menulis. details. pastu lawak bakhang.
saya selalu kalau baca mesti tergelak sorang sorang.

supermeng ni tak penah tunjuk rupa paras ia kat blog. tapi saya bayangkan dia gemuk. hiks.
dia selalu travel sorang sorang. eh kak kiah pun suka travel sorang sorang katanya. selalu pun orang yang tetiba nak ikut. ujung ujung macam macam masalah huhu.

saya belum ada kekuatan lagi nak travel sorang sorang.
insya Allah one fine day. Amin.

betul tau, kawan kat office/kawan sekolah/kawan lama, tak akan sama  bila kita bermusafir bersama. percayalah.

Rasulullahi saw di dalam hadis baginda yang bermaksud:
“Jika ingin diketahui siapa sebenarnya kawan, maka bermusafirlah dengannya. au kama Qal-“

“Kenalilah mereka yang berkawan denganmu, bermusafirlah bersamanya, makanlah bersamanya, dan tinggallah bersamanya, saat itu kalian akan mengenali dirinya.”

Jadi tujuan untuk bermusafir ini adalah untuk menguji seseorang sahabat kita baik dalam kesenangan mahupun kesusahan. Ingatlah dalam sesuatu perjalan seseorang itu akan menunjukkan ciri dan sifatnya yang tersembunyi sebelum ini. Bermusafir itu adalah salah satu ujian untuk mendalami seseorang sahabat sama ada dia betul-betul seseorang yang boleh diberi amanah atau tidak.

BLOG KAK KIAH

BLOG SUPERMENG

 

    12 thoughts on “Kak Kiah & Supermeng

    1. suriaamanda

      sanagt2 betul..masa along travel pi chiangmai memang sangat2 mmenguji kesabaran..kawan yg pergi tu banyak citer plak..sgt2 x happy…

      1. Mya Post author

        moral : nak pegi travel kena pilih kawan yang bebetul kita dah biasa, boleh bawak ke depan ke belakang..

    2. kakkiah

      makkkkk.. tanjat gegirl baca tajuk entry ni! patut la trefik naik tetibe. huhu TQ promo blog merepek tu. kalau ada yang tak kena, anggaplah ia royanan kosong yang tak terluah semasa travel *mohon jangan tarbiah daku*

      1. Mya Post author

        eh eh kak kiah komen kat blog kita la. sukaaa hehe.

        ampun promote tak mintak izin.
        saya suka je baca. untuk panduan bersama gitu.

        nanti ada rezeki satu hari nanti nak travel sesama dengan kak kiah ek..

    3. Meng

      KAU KATA AKU GEMOK?????

      * tengok tubuh badan sendiri yang tak hot

      diam diam dah la..