Ignorance

kadang kadang saya rasa saya bukan seorang kawan dan insan yang baik.
saya rasa saya seorang yang ‘ignorance’
bukan saya sengaja, tapi saya kira ini saya yang sebenarnya.

saya tak pandai ambil hati orang.
saya tak pandai menzahirkan simpati saya pada orang.

bahasa kasarnya, saya kurang peduli pada apa yang terjadi di sekeliling saya.
kawan yang baru melangsungkan perkahwinan, saya tak ucap selamat.
kawan yang baru bersalin, saya tak ucap tahniah.
kawan yang sakit, saya tak ucap semoga sembuh.
kawan yang kehilangan, saya tak ucap takziah.

message diwhatsapp juga ada kala saya abaikan begitu saja.
ah normaya!

saya memang teruk. maafkan saya untuk itu.
tapi bukan bermakna saya membenci.
saya mohon. maafkan saya.

akhir akhir ini ada perkara yang telah berlaku.
yang sedikit mencalar hati.
yang mungkin lebih kuat lagi untuk saya pergi membawa diri.

tapi siapalah saya untuk berkecil hati?
bukankah segala yang berlaku di muka bumi ini susunan Illahi?
saya tak marah. saya tak berjauh hati.
cuma saya sedih.

sedih bila perkara yang boleh selesai dibicara 4 mata terbawa bawa dek kerana prasangka dan salah sangka yang nyata sia sia.
saya yang baru. saya berundur diri.
saya tak mahu meninggalkan jejak jejak luka.
hanya jejak gembira yang pernah kita nikmati bersama.

sekali lagi. maafkan saya.