Hari Pekerja

cuti hari pekerja 1 mei hari tu korang pegi mana lah?
ke ramai yang ambik cuti 2 mei jumaat tu sebab cuti tersentil?
saya tak bercuti pun 2 mei tu sebab takde plan ke mana pun kan.

tapi 1 mei petang tu saya keluar.
kena keluar jugak jugak sebab nak cari hadiah birthday mama.
dah bertangguh tangguh rasanya. not good not good hmmm.

pi aeon au2. memang dah set nak beli microwave untuk mama.
kesian mama every time nak panaskan lauk nak kena hidupkan dapur gas.
dah bagitau mama pun benarnya nak beli microwave tu.
being mak mak biasalah mesti pun akan kata tak payah lah.
tapi tak dulikk nak beli gak hehe.

nak beli kat aeon bukan apa, sebab saya ada voucher RM200.
pegi tengok mahal mahal semua. saya ingat kot basic microwave boleh dapat less than RM200.
tengok semua pun RM200++.
cakap dengan encik z jom cari kat kedai elektrik biasa lah.
pegi courts mammoth genting klang, eh eh mahal gak.
pi kedai elektrik biasa kat wangsa maju, pun eh eh mahal nya.

pikir punya pikir saya kata dengan encik z dari beli kat kedai biasa nak kena keluar cash, baik la beli kat aeon, tambah duit sikit je la pun kan.
so ok lah pi aeon alpha angle. yang kitorang berkenan RM209 takde stok lah pula.
zass pulak ke aeon taman maluri.
jumpa satu jenama sharp. RM259. ok la kot, saya tambah RM59 je.
harap harap lepas ni ringan sikit la kerja mama nak panaskan lauk.
love u ma!

kat aeon au2 kami pi makan kat sushi king.
gara gara tengok the band hashtag kpop la ni.
eh kpop korea kan? apa kena mengena dengan sushi? hikss.
korang nengok ke idok the band?

20140501_172108
: : hot green tea RM0.50 : :

20140501_173147
: : encik z kata eh kat sushi ada jual air tebu ke? air tebu paddia. tu green tea kot. tapi campur ais. terus dia cam oooo. ingatkan air tebu. ishh : :

20140501_173434
: : saya makan yakiniku don RM15.90 : :

20140501_173521
: : encik z makan piri piri chicken set. dah ini je pun yang boleh lalu kat tekak dia. tapi chawanmushi macam biasalah saya yang ngap. RM16.90 : :

20140501_183815
: : pastu pi starbucks ada air say yes to yum. caramel ribbon crunch RM16.95 grande : :

20140501_184140
: : memang sedap. tak manis sangat : :

kat aeon taman maluri dah pukul 9.30 malam.
terus ajak encik z pi uptown cheras tu.
saya ingat nak berurut. lama tak tak berurut secara proper.
saya suka gak urut kat sini walaupun tak berapa selesa.
ye lah cuma kain je depa rentang buat cam bilik.
tapi akak akak yang urut kat sini best.

elok sampai pukul 9.50 malam camtu depa tengah set up.
so duduk jap pekena coconut shake.
pukul 10.15 camtu dah penuh dah orang berurut kaki.
sib baik sorang kakak ni available, so dia yang urut saya.
noni namanya.

20140501_214951

satu jam RM50. memang sedap ah dia urut.
walaupun sakit tapi best. lega je rasa.
masa dia urut bahu saya dia terperanjat.
katanya keras. banyak darah beku ni. ek???
tapi memang pun saya selalu sakit lenguh bahu.
badan pun selalu letih lemau semacam.
ke itu memang ciri ciri orang pemalas? hiks.
dah pemalas tu macam macam la alasan kan.

kak noni tu tanya nak bekam darah tak?
pikir punya pikir ok lah. ambik 3 mangkuk.
satu mangkuk RM15. so jadi RM45 lah.
buat dalam 25 minit.
boleh tahan sakit jugak masa kena cucuk dan darah kena sedut tu.
tapi lepas tiga hari memang dah lembut sikit kat bahu saya ni.
dan dah kurang keras nya.
ke itu psikologi semata mata?
apa apa pun semuanya dengan izin Allah SWT.

habis berminyak satu badan ha.
kakak tu kata balik jangan mandi, kalau mandi takut demam urat.
encik z lapar sebab masa tu dah pukul 1 pagi kot.
walaupun tak selesa tapi demi suami ku turutkan.
lepak ali maju pekena susu halia.
bagi keluar angin satu badan burpp burpp.

IMG_20140502_000825[1]

esoknya kat office bercerita la dengan emli & syafiq saya pi berurut ni.
depa plak kata patutnya balik tu saya mandi ais.
apa??? mandi ais?
ye ke korang? lepas berurut kena mandi ais?
mohon pencerahan cik sri siantan.

4 thoughts on “Hari Pekerja

  1. I mcm terigin nak buat bekam tuh..
    tapi takut sbb sakit. Tapi ari tuh tgk abg I buat cam best jer.. nak buat tak boleh sebab org laki gitu…

    • sakit sikit masa buat tu la. tapi lepas tu legaaa..
      bahu i pun dah kurang keras nya ni ha. kena buat secara konsisten la pasni

Comments are closed.