Cuti Sia Sia Yang Tak Berapa Sia Sia

18 mei, jumaat saya cuti.
both saya dengan encik z cuti.
ada saya tulis kat entry NI.
kan saya kata saya nak buat visa kan.
tapi malangnya, ada keterjadian yang membuatkan kitorang tak dapat nak buat visa tu.
tu nanti saya story kat entry lain.

20140418_083338 : : kecewa tak dapat buat visa di hari kejadian, terus pi breakfast kat mcdonalds #takdekenamengenasebenarnya : :

20140418_092024 : : lepas tu terus balik panjat lrt putra : :

20140418_093204 : : pukul 10 pagi of coz la lengang je dalam putra. walhal masa datang punyalah sesak derr : :

20140418_093720 : : turun kat stesen sri rampai. nampak promotion kereta picanto ni ha. alahai comelnya. tapi propa sangat yang monthly RM288 tu. pfftt : :

dah alang alang cuti tu, saya ajak encik z pi dentist.
tampalan kat gigi geraham saya dah pecah.
patutlah ngilu je rasa. memula tu saya ingatkan tergigit batu dalam nasi.
ye la kan kadang kadang ada batu dalam nasi kan.
sekali tengok haaa.. dah berderai derai tampalan tu.
call sana sini nak cari dentist yang link dengan pm care.
dapat la satu kat area danau kota.

20140418_112553 : : klinik pergigian azlina. sebelah je dengan medan idaman business park. siapa biasa area danau kota sure tau : :

20140418_112511

20140418_112438

doktor nya perempuan muda. baik sweet je.
suara lembut je ha bila bercakap explain gitu gini.
kekira saya puas hati ahh.
orang kata kita ni tak boleh tukar tukar dentist, saya ni ha semedang jap pi tang sana, jap pi tang sini. tak penah nya tetap.
so rasa lepas ni boleh la tetap kat sini kot.

doktor baik, perempuan pulak tu. klinik pun dekat dengan rumah saya.
yang penting link dengan pm care. itu yang kita cari.

encik z kata dia nak masuk office petang, nak jimat cuti.
sokayy. saya kemalasan. dah set dalam kepala cuti kan, koser lah haihh nak pi office. tapi ujung ujung encik z pun tak pi. besarnya kuasa pujukan isteri. miahahhaa.
pi tapau nasi dan lauk pauk dulu so nanti tak payah runsing runsing pikir nak makan apa.

20140418_115254 : : tapau kat restoran said ali. sebelah tat nasi ayam yang saya telah blacklist. heh : :

20140418_115007 : : banyak sungguh pilihan lauk pauk : :

20140418_115015 : : semua pun menggoda nyummehhh : :

20140418_115031 : : ada pilihan sambal sambal jua : :

restoran said ali ni dekat rampai business park yer.
dekat dekat dengan papparich.
kot la korang yang baca blog saya yang duduk area sini, boleh la pi try nasi campur depa.

20140418_122011 : : sayur bayam, sup ikan merah, masak lemak ikan masin nanas & kari ayam. semua RM17. encik z kata saya tamak. dulikkkk hehehe : :

Screenshot_2014-05-02-11-48-59
: : esoknya dapat sms dari klinik pergigian azlina tu. wahh customer service sangat kan. ok lah confirm lepas ni saya pegi sini je *yes* : :

10 thoughts on “Cuti Sia Sia Yang Tak Berapa Sia Sia

  1. Eh sia2 ke tuh…x kot..ada jer aktiviti…along ni x pergi pun dentist lagi tahun ni…rasa mcm perlu pergi plak la…tp seram…macam mana tu?

    • tu la sib baik dapat gak buat aktiviti jumpa dentist.
      seram2 pun kena jumpa gak along, tak leh elak kan huhu

  2. Klinik Azlina tu memang cam tu ok
    nanti setiap 6 bulan dia akan ingatkan tuk periksa gigi..heheh…dan saya…setiap kali dia ingat..pasti macam buat-buat lupa..

    tak salah ila ada satu lagi klinik azlina ni..kat mrr2 tu….dekat restoran upin ipin petronas mrr2 tu…

Comments are closed.