Aura Warna

Saya perasan ada satu grup kakak kakak office saya ni selalu pakai baju sama warna setiap hari.
Memula tu saya ingat macam kebetulan je.
Sampai la ada sehari tu saya sebut ‘ramainya pakai baju warna purple hari ni’
Dan dan tu Kak Aida kata, kitorang ada aura warna, Mya.

Aura warna?
Terus dia suruh saya google.
Saya pun google lah.
Oh betullah ada aura warna.

Kak Aida kata dia tau lama dah dari makcik dia berurut.
Walhal makcik tu orang kampung, tapi tau je pasal aura warna ni.
Pastu pegi kursus pun ada penceramah yang bagitau.
Sejak dari tu yang dia amalkan aura warna ni ikut hari.
Kalau kata takde warna tu pun, janji pakai warna yang dominan lah. Gitu katanya.

image
: : nah kot kot korang pun ada yang baru tau pasal aura warna macam saya, sila lah practice kan dalam pemakaian sehari hari ::

masalah saya ni, saya banyak baju warna warna tanah.
hitam, coklat, kelabu.
warna oren dengan kuning lagi la, takdok dalam almari langsung pun kot.
mungkin boleh cari yang light light je warnanya kot lepas ni. hmmm…

2 thoughts on “Aura Warna

  1. good info dear..
    lyn kadang ikut gak.. tapi kadang ke laut jugak since takda warna yg byk untuk satu2 baju tuh.. cam oren pink kuning.. mmg jarang sgt ada.. klu biru melambak.. hahaha

Comments are closed.