Air

20140409_221904

dengar cerita kawan-kawan pasal masalah takde air ni macam kesiannya korang huhu.
saya so far so good la memang kat jasmine ada je air.
sampai lah satu hari nampak tertampal notis seperti di atas.

rumah apartment macam saya ni ha biasanya memang bergantung pada air tangki kan tu yang macam tak risau sangat.
tadah je la air buat keselamatan gitu.
2 tong besar untuk encik z letak dalam bilik air masterbedroom.
1 tong sederhana dan 2 baldi kecil letak kat bilik air luar, khas untuk saya sorang je.
aah kitorang memang bilik air sorang satu hehe.

walaupun dalam jadual tu tulis sekian sekian ada air sekian sekian takde air, so far memang ada je lah air.
sehinggalah di satu hari yang permai, saya mesin kain baju.
termasuk la telekung.
weekend masa tu.

pukul 11 pagi nak masak nasi.
saya pun basuh la beras.
tengok tengok eh eh awat air paip ni warna kuning?
biasanya kalau air warna kuning tu tanda-tanda air tangki dah semput ler tu.

otomatik saya tengok dalam washing machine.
sekali haaaaa ambik… telekung saya dah bersalut air kekuningan!
aaaaaaa… menggelupur la mak hencek kan.
cecepat sauk baldi, campak semua telekung dalam baldi.
lari masuk bilik air, curah semua air yang dalam baldi tu kat telekung. gosok gosok.
fuhhhh berpeluh.
sampai sakit pinggang dibuatnya.
3 pasang telekung kot! huhu.

sejak dari tu dah trauma dah nak basuh baju guna mesin selagi tak selesai isu air ni.
memang dok ulang alik pi hantar kain baju ke dobi je lah.
kecuali pakaian dalam la kan.
kang pengsan pulak pekerja dobi tu hiks.

nak try self service laundry tu.
pegi lah kat area PV12. sebab penah nampak ada self service laundry kat situ.

20140414_193239 : : nama kedai ialah Rainbow. bukan rambo ya : :

20140414_183954 : : mesin ada dari 9 sampai 25kg. patut saya guna yang 9kg je sebab pakaian dalam je pun, tapi boleh yang function cuma 25kg je. ceh : :

20140414_183721 : : guna yang 25kg jadi mahal la kan walaupun pakaiannya menciput saja. medium wash RM12 : :

20140414_183421 : : memula kena la beli sabun. kalau nak jimat sila bawak sabun sendiri : :

20140414_183430 : : tempat letak sabun tinggi ha. berjengket suami mak hencek : :

20140414_184616 : : boleh letak softener jua : :

20140414_183729 : : ni untuk pilih temperature. macam saya guna medium : :

20140414_183845 : : kita putar abang halim. tetiba teringat more jutaria. napa la dah takde ek : :

20140414_184627 : : sekali keluar bahasa perancis daaa.. sesuka je bahasa perancis. tah tah bahasa jerman. hikss : :

lepas basuh boleh terus keringkan.
ada yang kata tak elok guna dryer ni. nanti baju cepat rosak.
dah kata pakaian dalam, apa ku kisah. bukan jenama wacoal mahupun sorella.

20140414_185057

20140414_185103 : : boleh pilih gak nak low, medium atau high : :

20140414_185142 : : dryer semua pun function. so takyah runsing rebut rebut : :

20140414_185533 : : bakul kami selalu dicurikan. minta maaf sebagai kesulitan. hikss.. deyyy bakul pun mahu curi ka??? : :

20140414_185539 : : apa? no photo shooting? saya ni selamba je dok snap sana sini heee : :

20140414_190753 : : encik z yang paksarela teman isteri mendobi : :

total masa yang diambil untuk semua lebih kurang satu jam.
dan total yang saya bayar RM17. crazy betui.
kalau rendam berus sendiri, satu sen pun tak payah keluar.
air oh air.

10 thoughts on “Air

    • akak rasa best bisnes ni sebab tak de manpower pun.
      memang depa tinggal mesin camtu je.

  1. kesian kan…bila xde air..letih tau…kalau boleh biar la sentiasa ada air…rumah along pun sekarang memang dah ada catuan…letih…

    • tu la, saya yang berdua pun letih takde air.. ini plak yang family ramai2 ni kan

  2. so far kat rumah sentiasa ada air even
    ada notis keluar..
    rasanya basuh sendiri lagi puas hati kan…
    tapi klu dah gini seriau gak tetiba kuning jer air…

    • itu la kalau basuh sendiri lagi puas hati.
      tapi dah rumah apartment memang gitu la lyn.
      asal ujung2 air dalam tangki je mesti kuning kuning airnya huhu

Comments are closed.