Why KLCC?

bebaru ni kak as ajak saya join dinner dengan delegates dari a few countries.
depa ada event kat kl ni ha.
memula saya segan, tapi kak as ajak jejugak. so pegi lah.
jaga registration kejap pastu masuk makan je katanya.
tempat kejadian di hotel hilton kl sentral sana.

yang organize ni adalah orang dari korea.
tau je la korea ni. semua pun on time.
tepat pukul 8 malam dah start gitu gini.
masa memula saya tengok susunan table, alamakk… kena duduk sebelah orang korea ha.
kak as dah sound jangan memandai tukar.
tu depa yang susun tu. huhu baiklah!!

20140409_182939
: : saya duduk sebelah mr Ji Hoon Kim dari bank of korea : :

20140409_183144
: : kak noni susun lanyard : :

20140410_172621
: : saya pun ada lanyard berprint nama ok : :

20140409_184138
: : sebelum makan berat, makan kudap kudapan dulu. kacang tu sedap! : :

20140409_191455
: : sushi salmon sedapppp : :

IMG-20140409-WA0006
: : kak as, boss saya. dan umi. executive kat department saya. jua merangkap geng pasar tani : :

lepas welcome speech, kita makan.
makan hidang. so bertabah la tunggu course by course.
ada 5,6 jugak tapi saya segan la kan nak snap gambar sesatu.

20140409_203358
: : main course. boleh pilih fish atau daging. ni daging. hoiii sedapnyaaa. terkenyang kenyang makan : :

20140409_205616
: : dessert. apa ke nama yang pink tu. serbet? serbat? manis tapi sokay la sedap : :

saya ni dah la 10 tahun sekali je fine dining.
tiap kali nak makan dok terjeling jeling tengok kak as ambik garpu mana, sudu mana ahahaha.
kak as kata maya ni kena pegi course fine dining ni.
hikss. ampun kak as.

sib baik ada kak noni.
kak noni plak jenis rajin menyembang.
saya ni macam biasa senyum senyum angguk angguk je la.
tapi mr ji hoon ni ada tanya saya kenapa orang panggil KLCC?
walhal tu petronas twin tower?
terus saya cam errr errr…

kak noni la tolong jawabkan.
shorten of petronas twin tower. it’s quite difficult to say petronas twin tower right? some more people don’t go to petronas twin tower pun.
KLCC, kuala lumpur city centre.
inside there suria klcc, shopping mall.

saya ni asyik nak tergelak bila kak noni kadang tak sengaja tersebut bahasa melayu.
contoh my friend ‘punya’ wedding.
i want to go there ‘la’.
heee comel je tersasul.

IMG-20140409-WA0013
: : kak noni. mr ji hoon. maya : :

20140409_203045
: : kak as & samuel. samuel ni ramah tamah sangat. dia kekira ketua admin untuk event ni la : :

encik z, bila kita nak pegi korea ni?
#tetibasangat

6 thoughts on “Why KLCC?

  1. wah…merasa dinner ngan orang korea..x dinafikan orang Korea ni suka explore tempat orang dan akan banyak tanya…by the way bend yang pink tu di gelar Sorbet…

Comments are closed.