Selamat Tinggal Padang!

flight balik pukul 2.25 petang.
pukul 9 pagi pak zul dah sampai dah.
asalnya pak zul nak bawak kitorang ronda ronda padang ni.
tapi lina plak request nak pi kedai christine hakim pulak.
pak zul kata ramai yang datang padang ni cam dok ingat kedai christine hakim pelakon tu.

bukan yer kawan-kawan.
ini adalah christine hakim seorang nyonya cina tua.
nama je sama. kelas nyonya cina nama christine hakim ok.
kedai ni jual souvenirs dan kerepek kerepek.
lina nak cari tshirt. ok la lets.

_MG_7567

_MG_7564

_MG_7563

_MG_7568

_MG_7569 : : ginilah dalam kedainya : :

dalam kedai ni panas tau.
lina siap sound panasnya, tak pasang aircond ke.
depa cam buat taktau je.
tapi bila ‘christine hakim’ sampai, haa kelam kabut pekerja dia on kan aircond.
oooooooooo.. #tetibaoooo

saya beli selai tshirt kat sini.
bagi kat payietmanjola. yiet, ok ke idok tshirt tu?
muat ke idok?

pastu masa pun cam dah terhad.
sudahnya pak zul bawak kitorang pusing pusing dari dalam van je la.
pak zul tunjuk la itu bla bla bla..
yang ini bla bla bla..
yang sinun la la la la..
yang sinin lu lu lu lu..
kitorang pun cam oooooo beramai ramai.

lalu kat Jambatan Siti Nurbaya. tapi encik z tak sempat nak snap gambar.
nah ni saya google.

Jembatan Siti Nurbaya_7
: : credit h4nk.blogspot.com : :

korang tau tak kisah Siti Nurbaya ni?
ada novel la tajuknya Siti Nurbaya.
taktau la ia adalah kisah benar atau dongeng semata.
kisah percintaan yang terhalang antara Siti Nurbaya dan kekasihnya Shamsul Bahri.
kenapakah terhalang? kerana keadaan dan budaya ketika itu.

Siti Nurbaya terpaksa berkahwin dengan Datuk Meringgih sebab ayah Siti Nurbaya iaitu Baginda Sulaiman sudah berhutang dengan Datuk Meringgih.
Eh ceritanya panjang lagi, takde kerja plak saya nak naip pepanjang hehe.
Tapi best la Pak Zul bercerita, syok je dengar.
Ah saya baik hati tolong google untuk korang. Boleh baca kisah kisah Siti nurbaya kat SINI.

kisah siti nurbaya ni kisah yang terkenal kat padang tau.
oleh sebab itu lah didedikasikan nama sebuah jambatan sebagai Jambatan Siti Nurbaya.

otw ke airport, stop dulu untuk makan lite lite.
pak zul suruh cuba makan soto. lalu kami pun ke restoran soto angkasa. actually bukanlah restoran sangat.
tapi bukan gak gerai. kira kedai makan sedang sedang saja.

_MG_7571

20140226_112337 : : saya makan soto daging. oiiii sedappppp. suka suka suka : :

20140226_112244 : : kicap manis macam botol shampoo sunsilk hehe. kitorang mintak nak beli tapi akak kedai tu kata ini ala ala limited edition. takde jual dah. huhuhu : :

kedai makan soto angkasa ni dah dekat dah dengan airport.
so terus aje ke airport atau bandara kata orang indonesia.
bandara = bandar udara. kat udara pun ada bandar ok.
pak zul tak boleh hantar sampai dalam, so kami berpisah lah di muka pintu.
bye bye pak zul. thank you for everything!

oleh sebab beg dah beranak pinak dan tiada daya kami nak tolak sendiri, so hire porter untuk tolong angkat tolak bawak beg.
porter tau. bukan harry porter #lawakhambar
tak silap saya satu beg dalam RM3.
kitorang kumpul kumpul duit rupiah yang tinggal, bagi je semua kat porter tu.
masa ni kaunter check in tak bukak lagi, so menunggu jugak la dalam setengah jam gitu.

20140226_121900

instaweather_20140226_122410

20140226_125754 : : airport tax RP100,000. ketepikan sesiap tau. takut sat g rancak berbelanja, haaa tak de duit dah tinggal nak bayar airport tax. porter tu uruskan semua bayaran airport tax. tq porter! : :

selesai drop luggage, check in, bayar airport tax, so tunggu nak boarding je la.
sempat lagi kakwan & lina shopping apa tah kat airport ni.
sabau je la mak hencek.

20140226_130209

IMG-20140315-WA0005

pukul 2.30 petang, kami pun meninggalkan bandar udara internasional minangkabau.
alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan yang Esa.
terima kasih Allah di atas kesempatan dan peluang ini.
kami tinggalkan 1001 kenangan di Padang.

P2260827

sama macam datang jugak, perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit.
sampai LCCT ambik kereta, hantar lina balik kampung baru.
saya dengan encik z makan kat nasi bubur kampung baru, pastu terus balik.
lepas maghrib saya pengsan sepengsannya.

ada satu lagi entry yer.
saya letak video & keek yang saya sempat rakam.
dan barang yang saya shopping kan 🙂

thank you for reading korang.
kalau ada apa apa soalan atau kemushkilan boleh je tinggalkan kat kotak komen k.
tata!

6 thoughts on “Selamat Tinggal Padang!

  1. soalan saya berapa juta yg telah akak abiskan disana?
    sila jawab dengan jujur kekeke

Comments are closed.