dari bukit bendera kami terus ke Rumah P. Ramlee yang letaknya di Jalan P. Ramlee.
Rumah P. Ramlee ni merupakan rumah di mana beliau dilahirkan.
rumah ni kecik comel je.
bilik pun cuma ada satu.
tak boleh snap gambar dalam rumah, makanya kita snap sipi sipi je la dari tepi rumah yer.
kan ada tulis al fatihah kat atas tu kan.
caca tanya saya, kena baca fatihah ke mommy?
saya kata yer.
terus dia angkat tangan doa. yaya pun sama.
heee comel je 🙂
oh yer, hari kitorang pegi ni 23hb mac. sehari lepas hari ulang tahun p. ramlee.
beliau lahir pada 22hb mac 1929.
kalau beliau masih hidup, tahun 2014 ni beliau dah berusia 85 tahun.
tapi saya ada baca somewhere pasal tarikh sebenar p ramlee dilahirkan macam ada kekeliruan. ada kata sekian sekian. ada kata sekian sekian.
sama jugak macam nama beliau.
ada yang kata asalnya memang ramlee bin puteh. ada yang kata Teuku Zakaria.
apa apa pun, al fatihah untuk beliau dan semoga beliau ditempatkan bersama sama orang yang beriman di sisiNya. amin.
: : ewah ewah kemain posing : :
: : khusyuk membaca : :
: : seronok kan rumah rumah lama ada pangkin camni. eh pangkin ke orang panggil? : :
: : bawah rumah ada perahu & basikal : :
: : belakang belah kanan tu ada pameran gambar gambar p ramlee. sebelah kiri pulak auditorium. ada event masa ni sempena hari kelahiran p ramlee tapi kitorang takde lah stay sebab ada hal lain lagi pastu : :
kat luar berdepan dengan rumah p ramlee ni ada kedai nasi campur.
so cakap ngan mama kita tapau kat sini je lah, pastu balik makan kat resort.
: : nama kedai ialah kuali kuali cafe : :
: : usha lauk dulu : :
: : wah macam macam lauk ada : :
: : pilih pilih ja lah : :
: : pilih pilih kemudian kasik bungkus sendiri : :
terus balik resort.
sebabnya, ini budak kecik sudah sampai!
gigih adil drive jugak mai penang sebab nak bagi maamar jumpa opahnya.
sekarang dah tak heran nak jumpa adil & yana.
nak jumpa maamar je! ehehe..
: : terus kakak kakak sepupu kerumun : :
: : hai budak comel! selamat datang ke pulau pinang 😀 : :
: : makanan yang ditapau. banyak kot. sayur 2 jenis, ayam goreng 2 ketul, ikan cencaru 3 ekor, kari kepala ikan sekor, air buah 2, nasi 7 bungkus, sambal belacan. RM39 je : :
lepas makan, lepak lepak je.
encik z tidur. saya pun asal nak tidur tapi tak tertidur pula.
: : opah bawak cucu cucu lepak tepi pantai. ni view dari dapur resort yang saya duduk : :
pi lah join depa sekejap.
cuaca pun molek. angin memuput lembut.
mampu guna perkataan memuput?
: : masam je muka. cer senyum sikit maamar : :
: : maamar dah boleh merangkak laju. duduk pun dah boleh. berdiri tak berapa boleh lagi. kena pegang gak la : :
: : melepak je la. sambil dengar perbualan opah dan cucu cucu : :
: : eh ayah dah bangun. jom siap siap nak keluar : :
: : sebelum gerak, family photo dulu : :
adil sekeluarga terus gerak balik KL.
adil kerja esoknya. takleh cuti.
kitorang yang lain pulak terus gerak ke destinasi seterusnya.
tbc… 🙂
cepatnya membesar maamar tu kan…geram jer along tgok..bulat badan dia…sedap peluk ni…
tu la.. bulan 5 ni dah setahun dah..