Puncak Mutiara Cafe

seperti yang diup kat ENTRY NI, cuti sekolah seminggu bulan 3 hari tu saya pegi cuti cuti malaysia ke pulau pinang.
3 hari 2 malam. stay kat resort office saya ni ha.
alhamdulillah kebetulan ballot nama encik z naik.
syukur syukur.

bertolak dari taiping hari sabtu, 22 mac 2014 dalam pukul 12 tengah hari camtu lah.
tak terus masuk pulau tapi singgah dulu kat Puncak Mutiara Cafe yang letaknya di Kampung Pelet, Bukit Mertajam.
on waze, lepas 2 jam sampailah di tempat kejadian.
ada la berbelit belit jugak sebab jalan masuk tu cam tricky sikit tapi sampai dengan selamatnya 😀

20140322_154712 : : entrance puncak mutiara cafe : :

20140322_154752 : : dimiliki oleh mutiara kristal corporation sdn bhd : :

kawasan puncak mutiara cafe ni luassss sangat.
tempat duduk memang banyak.
seat nya bertaburan. nak duduk kerusi boleh, nak duduk bersila pun boleh.
memang suasana kampung habis ah.

20140322_142750 : : kitorang ambik yang duduk bersila : :

20140322_142408 : : buku menu : :

20140322_142414 : : dibuka dari jam 10 pagi sampai 2 pagi. cater untuk events, wedding, conference etc : :

20140322_153634 : : ada kolam ikan yang dipenuhi ikan lawa lawa rupa parasnya : :

20140322_141434 : : ada juga satu sudut memperingati MH370 : :

sementara nak tunggu makanan sampai, anak anak request nak tulis jugak something untuk MH370.
aah sila lah nak.

20140322_141518

20140322_141628

20140322_142543

20140322_142605

20140322_142625

20140322_142709 : : Kami doakan.. Jika Dilangit Kau Turunkanlah . Jika Dilaut Kau Timbulkanlah Dan Jika Di Darat Kau Tunjukkanlah : :

ok food dah sampai.
jom makan dan review.
ceh review lah sangat :-p :-p

20140322_143405 : : drinks. air suam RM0.20. jus tembikai & jus orange RM4.20, air laici RM2.80, air kelapa with susu kambing RM7.80, air limau kasturi asam boi RM2.20 : :

saya yang minum air kelapa with susu kambing tu.
rasa ia macam coconut shake.
tapi memang boleh taste la dia punya susu kambing tu.

20140322_143501 : : encik z makan roti benggali sup paha kambing RM21.30 : :

20140322_143709 : : yaya & caca share lamb chop RM20.80 : :

20140322_143907 : : mama makan mee goreng hailam RM4 : :

20140322_143947 : : saya makan nasi putih RM1.30, ostrich masak pedas RM25.80, kangkung goreng belacan RM4.80 : :

hah nangis tak nangis sepinggan kecik tu je ostrich RM25.80. saja la nak try dah alang alang ada kan.
rasa dia biasa je kot. macam daging biasa je lah.

kat sini kan, ada hidangan kuda jugak tau.
tapi takde dalam menu. kena request kat waiter.
encik z nyaris nak order.
i was like, daging kuda? haisyoo.. cam ketakotan je huhu.
akhirnya encik z tak jadi order.
kang tetiba mengganas macam kuda cemana?

20140322_150723 : : pencuci mulut banana split RM9.80 : :

kat sini takde jual kek so beli banana split je lah pengganti kek.
20 mac 2014 hari tu hari jadi mama yang ke 59 tahun.
selamat hari jadi mama.
kakngah sayang mama. (L)

20140322_150803

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : percutian 5 beranak. caca tu kaklong pos dengan saya masa hari jumaat malam : :

kawasan puncak mutiara cafe ni besar sangat tau.
lepas tu siap ada kandang kambing, ostrich, ayam, arnab.
so kami ronda ronda lah dulu.
ronda punya ronda cuma jumpa kandang ostrich dengan kambing je.
staff situ kata yang arnab tu dah pindah ke belah lain.
makanya kami dapat melawat ostrich dengan kambing je lah.

20140322_153930 : : kandang ostrich. nampak ke idok ostrich belah kiri tu? : :

20140322_154216 : : kandang kambing di tempat tinggi : :

20140322_154241 : : kambing yang putih gebu. pengguna aurawhite barangkali #takkelakar : :

20140322_154431 : : tangga khas untuk kambing turun. lalu bila manusia nak turun agak mencuak : :

jom teruskan perjalanan ke pulau pinang, pulau mutiara!
korang kalau nak tau lebih lanjut tentang puncak mutiara cafe, boleh klik website depa kat SINI