Penang.. Kami Datang..

oleh sebab kitorang dari arah seberang perai, so takleh nak guna jambatan ke 2.
sebab jambatan ke 2 tu dekat dengan highway kalau dari selatan. so lalu jambatan pertama biasa tu lah.
jalan clear, takde sesak ke hapa.

20140322_162138
dalam 1 jam gitu sampailah kat kompleks peranginan B** batu feringhi.
masuk masuk bilik je budak berdua tu berlari la sana sini tengok sekeliling.
caca tetiba pekik ‘mommy.. tengok.. ada swimming pool laa’ saya pun pi la jengah.
rupanya swimming pool hard rock cafe.
sabar yer yaya.. caca.. mommy tak mampu lagi nak duduk hard rock cafe tu. tunggu mommy & ayah ada rezeki berlebih nanti kita pi duduk situ ya.
buat masa ni, sila lah mandi laut sajork huhu..

20140322_174753 : : bilik 1 : :

20140322_174810 : : bilik 2 : :

20140322_174911 : : ruang tamu : :

20140324_110651 : : swimming pool hard rock cafe. bebetul sebelah balkoni bilik je ha : :

masa nak masuk rumah ni tetiba ada orang menyapa saya.
‘maya! maya kan??’
saya cam errr yer saya maya. sapa ek?
arifah. vokay taiping. maya tak kenal kot.
puas la sel sel otak saya berhubung try nak recall. ada la ingat ingat lupa.
saya pun mintak maaf la kat arifah sebab tak berapa nak ingat. lepas beranak ni banyak urat putus.
ceh macam la anak 5,6 orang. walhal sorang je pun :-p

lepak borak kejap. arifah ni dulu course lain. PPU. sapa tau PPU tu hapa? penyejukan penyamanan udara.
kelas tak perempuan belajar baiki aircond. respek ooo. lagipun arifah ni dulu duduk hostel. saya tak dok hostel. tu yang tak berapa nak ingat.

IMG-20140331-WA0000

terpaksa mintak diri sebab anak anak nak pi mandi laut. tapi encik z yang bawak nya pun.
saya datang kejap snap gambar depa je pastu saya balik bilik.
so not me lah kot nak mandi manda di lautan ini.

20140322_182557

20140322_182625

20140322_182705

20140322_182808

 

20140322_182956 : : tak tukar selipar. habis pasir masuk dalam kasut. tsk. dah la nak jalan atas pasir ni punya lah seksa : :

malam tu tak keluar pun. mama bawak bekal makanan macam macam. ada sambal udang yang udangnya bapak besar hoihh. ada rendang ayam juga. dan taucu ikan masin. dap dap.

20140322_183641

20140322_193623 : : jalan jalan dengan mommy kena solat ya : :

layan cerita kat tv9. dia yang terpilih.
pelakon pelakon semuanya hebat.
puteri chichi, izreen azmnida, faezah elai, ku faridah & azhan rani.

kisah nur, anak luar nikah yang kena dera mental dan fizikal oleh makcik pakciknya. tapi disayangi nenek.
nonton dengan yaya & caca.
terkebil kebil mata dedua tengok. baguslah, pengajaran jugak untuk depa. untuk bersyukur sebab ada keluarga yang sayang depa.
pengajaran supaya tak pandang hina pada orang, walau siapa pun orang tu. semua ada hak untuk hidup di muka bumi Allah SWT ini.

jangan hina orang. jangan bongkak. jangan cakap besar. jangan sombong.
kita taktahu masa depan kita macam mana. nak hina orang anak luar nikah, tengok esok anak anak kita atau ahli keluarga kita dapat anak luar nikah jugak macam mana? Allah tu Maha Adil.

4 thoughts on “Penang.. Kami Datang..

Comments are closed.