Panjat Bukit Bendera

besoknya bangun pepagi sebab mau panjat bukit bendera.
ok tipu bukanlah panjat. naik ketapi la kan.
pelik benar sebut ketapi.
kereta api aka train.

first train pukul 6.30 pagi. hah bapak awal.
tapi idok ler kitorang pi seawal minit pertama tu.
kitorang gerak dalam 7.45 pagi lepas breakfast.
boleh pulak tersesat barat.
set waze, dia bawak pegi bukit bendera yang tempat orang mendaki tu.
apa ke hey nya yeop saya nak mendaki?

sib baik ada kakak dbkl (ok bukan dbkl, taktau penang panggil apa) tolong tunjukkan jalan sebenar.
rupanya kalau nak naik train tu kena ke arah ayer hitam sana.
set waze lagi sekali, haa alhamdulillah jumpa.

20140323_082902

orang tak meramai lagi. encik z pi parking.
saya pun q lah nak beli tiket.
tengah nak beli tiket tu tetiba ada sorang pakcik renjer sound kata suh tunjukkan IC.
sebab kalau takde IC harga lain.

saya cakap la anak-anak saya takde la saya bawak IC.
encik z plak tengah parking kan.
pastu renjer tu cam kata no no no. no IC different price.
dengan kekwat eksyennya.
ooo hang eksyen na. takpa takpa. sat g hang pi taiping, aku lenyek hang jadi rempeyek.

ada sorang kakak kat situ pun q nak beli tiket, sama gak dia pun kena sound dengan pakcik renjer tu suh keluarkan IC.
kakak tu pun takde la bawak IC anak anaknya.
saya tak dulik, saya q je.
elok je mamat india kat kaunter tu layan saya.

saya cakap la anak anak takde IC.
husband plak pi parking.
dia just mintak nombor IC encik z, hah pastu ok je boleh beli.
kau kenapa pakcik renjer nak kekwat kekwat gitu.
tak paham lahhh.

lepas saya beli tiket tu terus saya bagi jelingan.
dia cam cina tua. rujuk gambar kat kaunter di atas.
taktau la ke sebab dia nyanyuk ke hapa.
tak paham tak paham tak paham.

20140323_082849 : : RM22 harga tiket keseluruhan untuk 3 dewasa dan 2 kanak kanak : :

20140323_082816 : : we are here at bukit bendera! : :

20140323_082738 : : berhitam hitam lah kita anak beranak. saja pakai baju hitam lengan panjang ingatkan bukit bendera sejuk. walhal….. : :

yaya caca mama baru tahun lepas naik bukit bendera ni.
masa tu depa dengan kaklong sekeluarga pi bercuti sini.
saya plak last naik masa form 2 ke form 3 tah.
rombongan sekolah menengah.
encik z lagi best. tak penah naik! ahahaha. sian.

20140323_082938 : : welcome to penang hill : :

20140323_083040 : : dulu dulu ini lah yang depa guna nak naik bukit bendera. berani korang nak naik ni kalau ada lagi sekarang? : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : q nak lompat naik dalam train : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : dapat seat. yeay! : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : tetiba kepenuhan sampai tak nampak dah encik z kat seat depan : :

20140323_084511 : : dalam train menuju puncak : :

rasa perjalanan dalam 6-7 minit gitu je kot.
tapi memang mencanak naiklah kan.
dan akhirnya, sampai ke puncak. yey..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : kaki macam kudung : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

20140323_085214 : : you’ve never been to Penang unless you’ve been to Penang Hill. gitu tagline nya : :

terus pi sewa jip. eh jip ke panggilnya?
hantam ja la.
jip ni akan bawak pusing kawasan sekitar bukit bendera dalam 30 minit gitu.
satu jip RM30.

20140323_090003 : : saya & yaya duduk mengadap belakang : :

20140323_090014 : : encik z beramah mesra dengan driver bernama raja : :

20140323_090243 : : post box zaman dulu kala : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : sila lah baca : :

20140323_091837 : : driver bernama raja. bagus dia ni. very positif punya orang : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : waktu balik caca plak nak duduk mengadap belakang. aah yerlah nak : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : view tak nampak sangat sebab jerebu kan : :

4 thoughts on “Panjat Bukit Bendera

  1. zaman kekecik sekolah rendah jer naik bukit bendera..
    masa tu mmg tinggal sana..
    lepas tu mmg tak pernah pegi lagi even balik penang..
    ermm iyer lyn org penang & selangor. nenek Lyn belah abah mmg originally penang & anak mami 🙂

    • kisahnya. taktau u asal penang.
      ingatkan memang asal original dari klang.
      nanti u kena buat trip pi penang lah dengan family.
      mengimbau kenangan gitu 🙂

Comments are closed.