Blog Maya Dot Com

Monopod @ William

2 minggu lepas kot saya berjanji setia dengan amy nak jumpa kat william danau kota.
tujuan utama perjumpaan adalah sebab saya nak ambik monopod yang saya kirim beli dengan amy.
nampak ia update kat blog, saya pun tanya lah sebab saya memang tengah nak cari monopod.
ingat nak pi lowyatt tapi tak terpegi pegi.

amy whatsapp bagitau gitu gini haa saya pun setujulah terus mintak tolong amy belikan.
bukan amy yang jual yer, amy pun tolong saya belikan je.
sementara tunggu amy, saya dengan encik z makan dulu.

20140411_182041
: : berdua share nasi goreng papprika with roasted chicken half RM16. tak berapa kena kat tekak saya huhu : :

20140411_182057
: : mango blended with lychee RM5 : :

tak lama amy pun sampai. actually saya beli 3 set sekalian.
monopod, android shutter & clip lens.
excited la saya belek gitu gini. menjakun pun ia jugak. hiks.

IMG_1443
: : ha tu dia try test skill tengok : :

IMG_1444
: : runsing jugak nak handle pemegang yang panjang tu : :

IMG_1446
: : punyalah encik z melauk saya dengan gambar ni. tsk : :

IMG_1447
: : percubaan menggunakan shutter android : :

20140411_185031
: : ni guna clip fish eye : :

20140411_185132
: : kesian zaim kena tolak muka dengan omaknya sebab nak suruh pandang kamera. hehe : :

20140411_185140
: : lepas tu apa tah kitorang tergelak : :

20140411_185625
: : tak nampak pun batang monopod tu? ishh kau ni, orang lagi taknak nampak batang tu, kau lagi nak nampak. aah eh. yes tak yes jugak hehe : :

20140411_185830
: : tak nampak batang tu lagi natural tak gitu? : :

20140411_201220
: : nilah set nya. RM95 sajork. murah la compare dengan kat instagram yang banyak jual tu. monopod saja pun dah RM55 orang jual : :

tq amy sebab tolong belikan!
haa lepas ni korang jangan muntah darah pulak kalau saya banyak bergambo selfie dengan monopod.
he he he. kalau tak suka, sila tutup mata. tiada paksaan dalam ini gambar.