Makan makan mahal

ini adalah entry mouthwatering.
sapa yang tengah puasa ganti ke puasa sunat ke puasa nazar ke sila teguhkan keimanan anda. :-p

bebaru ni pi buffet lunch kat melting pot concorde hotel.
ada pihak yang belanja tanda terima kasih saya bertungkus lumus dalam satu event.
walaupun takde la tungkus berlumus mana pun.
tapi dah orang nak belanja kan, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
so letslah pi makan.

makan buffet ni tak leh amik nasi.
nanti cepat kenyang.
rugi la. itu kan amanah Allah <– tetiba jadi ustazah fatimah syarha

image
: : plate 1. roti dimakan dengan cauliflower soup. kerabu seasfood. sedapnya kerabu seafood tu. nyam nyam : :

image
: : plate 2. sushi keras. hirisan ayam. salmon. soup bunga teratai dan ginseng. dappppp : :

image
: : plate 3. ntah hapa punya fesyen makan gini. mee. kambing. daging. udang masak lemak. nak rasa rasa je pun kan. udang tu sedap : :

wpid-20140402_1331341
: : pencuci mulut. aiskrim vanilla letak caramel dan kismis. ohhh lazat nya : :

image : : oleh sebab saya bukan pencinta kek dan kuih muih, lalu cuma kuis kuis kengkawan punya je. ni namanya aiskrim berpayudara cherry lol : :

image
: : saya tak keseorangan ke majlis ini. ditemani suami tercinta yang juga terlibat dengan event ini. gaya encik z dah macam bos bos je kan. macam setiausaha bergambar dengan bos. tapi apa kes setiausaha pegang bahu bos? scandalicious sangat ok : :

image
: : juga ditemani 2 orang rakan sebaya #sebayake : :

mekasih pada pihak yang belanja.
tapi rasanya tahun depan macam tak terlibat dah la kot.
cukup la 2 tahun berturut turut timba pengalaman.
bagi peluang pada orang lain pula.

masih hari yang sama.
ke midvalley. sebab dengar katanya crocs ada sale.
tapi…… to be continue

lepas tu pi makan kat belanga.
tak lapar sangat tapi macam nak kunyah kunyah.

image
: : roti bakar RM6.90 dan air bandrek RM7.90 encik z punya. air bandrek tu sesuai untuk keluarkan angin. saya penah minum kat medan dulu. campuran halia, kulit kayu manis dan bunga cengkeh. rasa boleh tahan pahit payau tapi bagus untuk kesihatan : :

image
: : coconut shake RM12.90. baru kot? dulu takde pon. rasa ok ok je. still takleh lawan coconut shake klebang. mahal gila kan? : :

image
: : pulut kuning rendang daging RM9.90 . rendang daging ia sedap : :

image
: : kot korang sesat kat midvalley pepagi alam, boleh try set breakfast ni ha : :

moral entry ni, semua makanan pun mahal mahal ah sekarang.
2 orang makan kat belanga ni RM40.
crazy kan? tsk.

Posted from WordPress for Android

6 thoughts on “Makan makan mahal

  1. amboiii entry makan sesado turut2.
    pastu komplen gemok. pastu detox. pastu makan. pastu gemok. pastu detox etcetcetc
    😛

Comments are closed.