Blog Maya Dot Com

Lovely Saturday

ni cerita sabtu lepas.
pukul 9.30 pagi dah keluar dari rumah sebab nak buat beberapa aktiviti.
dah quite sometime jugak tau saya dengan encik z tak keluar berdua jalan jalan ceni.

terus ke midvalley.
sebab yang tbc hari tu lah, nak ke crocs.
baca kat instagram june & kaktin, depa kata ada clearance sales. up to 50%.
memang betul pun ada sale 50% tu, tapi sedihnya takde saiz saya. ataupun yaya.
kasut semua cantik cantik tapi saiz besau gadang.
saiz 10, 11, 12.
saya pakai saiz 8. sob sob.
apa lagi, harapan menjadi layu lah.
lalu meninggalkan crocs dengan perasaan kecewa.

20140405_102347 : : yang kosong kosong tu gamak dah habis orang rembat la kot no? : :

20140405_102358 : : warna semua cantikkk. design pun simple je : :

20140405_102335 : : saiz kasut yang sampai ke sudah saya tak paham : :

beli tiket wayang filem non stop.
memula tu ingat nak tengok sabotage, tapi bila tengok eh eh non stop ada lagi, so nonton non stop lah.

_1393199687
: : mengisahkan tentang kapal terbang yang dihijack. tapi dia tak straight forward. lain dari yang lain jugak la. terus teringat MH370. haihhh 🙁 . first time rasa saya tengok liam neeson ni sengih kat penghujung cerita. rasa kebanyakan cerita dia yang saya tonton jarang dia senyum atau sengih. why lah so muka ketat wahai liam neeson? : :

dari midvalley terus ke Rasta TTDI.
first time saya dengan encik z sampai sini.
saya sebelum ni ada gak la dok dengar kata rasta ni femes. tempat artis artis melepak katanya.
tapi saya pegi bukan nak lepak k.
saya pegi sebab nak bagi sokongan moral pada kawan blogger saya INA yang meniaga kat sini.
alah ina yang saya borong tudung koshiboparidah tu la 😀

20140405_141147 : : Glitz Bazaar at Rasta TTDI : :

banyak la booth jualan tudung, baju, jubah, skirts, palazzo segala.
tapi sebab dah set dalam kepala nak pi booth inachic je, so melulu je la ke sana.
sampai sampai achik, husband ina kata ina pi solat.
so saya pusing pusing dulu ah dalam tu. meriah la macam macam ada.

20140405_140208 : : rambang mata nak pilih yang mana. end up beli 3 helai blouse muslimah dan 2 helai tudung petak bidang 55. suka suka suka. tak sabar nak melaram : :

20140405_141711

20140405_141925

20140405_142330 : : setelah sekian lama asyik bersembang dalam dunia maya je, akhirnya berjumpa jugak : :

20140405_142516 : : tengok gambar ni ina macam gangster je kan haha. macam dia tengah cakap ‘lek luu brader. meh wa nak story ni’ dengan gaya dia peluk bahu saya tu hiks : :

tak sempat nak sembang lama sebab ina pun membusy meniaga kan.
insya Allah ada peluang nanti nak lepak santai sebab banyakkk benda nak sembang dan mintak pandangan dia dalam proses penghijrahan saya ni. haiihhh masih cacat cela here & there.

ingat nak makan kat food court rasta tu tapi tengok takde makanan yang berkenan, lagi pun cam tak reti je konsep kat sini.
order dulu kot. pastu bayar. pastu baru ambik food?
tak reti, so takyah la. pi cari makan tang lain.

20140405_142909

pegi publika. makan kat picknik.
ni 2nd time lah saya pegi. yang dulu pegi dengan hasin & naza.
ala yang saya dapat bergambar dengan nik tu :-p
encik z first time datang sini.

20140405_160611

20140405_160139 : : hot lemon tea RM10 : :

20140405_160200 : : fizzy mango RM12 : :

20140405_161414 : : beef burger RM30. sedap daging burgernya : :

20140405_160847 : : sphagetti carbonara beef RM25. pun sedap. carbonara tu lemak lemak je rasa ia : :

20140405_161121

dari publika terus pi aeon au2.
mau beli barang barang rumah sikit.
nampak aiskrim magnum gold. suka!
terus up 2 kotak. 1 kotak ada 3 ketul.
so total semua 6 ketul. heee mentamak!
oh dapat free cooler bag jugak.
kalau kat luar magnum gold ni seketul RM4.50.

20140405_210606

20140405_210807 : : sedap tapi kulit luar tu memang manis melecas. lepas makan kena minum air masak banyak banyak. sesekali makan ok la. seselalu memang not good for your health. gitu : :

malam tu nonton movie kat rumah.
nowhere to land. kisah plane yang dihijack.
haihhh. lagi teringat MH370 🙁

apa apa pun, terima kasih Allah di atas hari yang indah.
i’m blessed.