Lobang Jepang

destinasi pertama untuk hari terakhir di bukit tinggi adalah Lobang Jepang atau lubang jepun.
tau kan korang orang indonesia sebut jepun sebagai jepang.
macam masa saya pi bali hari tu. buat tocang jepang. hiks.

lokasi lobang jepang ni boleh dikatakan dekat gak dengan the hills.
sebab masa naik kereta kuda semalamnya, memang ada lalu dah depan lobang jepang ni. cuma saya tak sure kalau jalan kaki jauh ke tidak.

Lobang Jepang ni salah satu tarikan pelancong yang bersejarah kat Bukit Tinggi ni. Ianya merupakan bekas terowong perlindungan yang dibina oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Bukit Tinggi sekitar tahun 1942.

_MG_7361 : : entrance : :

_MG_7362 : : jerebu bertambah teruk, tengok belakang tu putih je : :

_MG_7363 :: tapi angin sejuk. tudung saya berterbangan buktinya : :

_MG_7368 : : pandai jugak si tour guide lobang jepang ni snap gambar. cantik takde gegar pun : :

20140225_101656

_MG_7373

entrance untuk masuk dalam lobang jepang ni saya tak tau sebab dah masuk sekali dengan pakej.
tapi kalau  nak masuk dalam tunnel ni bayar lain. bayar pada tour guide.
lebih kepada tips camtu lah. gamak gaji depa pun tak seberapa kot.

memula dia mintak sorang RM10. haisyoo mahal kot.
kakwan & lina taknak masuk sebab depa takut.
tapi saya paksa paksa gak dan akhirnya mereka mengalah.
nego punya  nego harga, sorang RM5. tapi saya bayar gak la extra lagi RM5.
sebelum masuk dia explain la gitu gini.

IMG-20140226-WA0064

IMG-20140226-WA0073

_MG_7374

_MG_7375

_MG_7376 : : kena turun nun jauh ke bawah. suram je huhu : :

tapi tunnel ni tidaklah sescary yang macam saya pi kat tunnel chuchi ho chi minh dengan yang kat hat yai tu. situ lagi gelap kot.
yang kat ho chi minh tu kena mencangkung lagi nak jalan huhu.

IMG-20140226-WA0059

_MG_7378

_MG_7379

_MG_7380

ada la pak tour guide ni cerita asal usul dan sejarah lobang jepang ni, tapi saya pun macam ingat ingat lupa je.
yang pasti memang kat sini lah dulu tentera jepun beroperasi dan memerhati aktiviti penduduk setempat.

_MG_7385

_MG_7387

_MG_7391

masuk jalan lain, keluar kat laluan lain.
kira takyah dah la nak panjat tangga tu.
kurang lebih setengah jam gak la dalam ni.

_MG_7392 : : tengah tong tong duit : :

pak zul dah sesiap tunggu kat laluan keluar ni ha.
bila pandang atas nampak tunnel ni macam dalam bukit yang dikorek.

_MG_7393

_MG_7394

kalau korang ambik pakej padang bukit tinggi, biasanya memang akan ada aturcara ke lobang jepang ni.
walaupun mungkin ada yang tak berminat, tapi dah sampai tu, masuk pi ja lah.
dapat jugak menginsafkan diri macam mana perasaan orang dulu yang pernah dijajah oleh jepun.

6 thoughts on “Lobang Jepang

  1. seb baik boss jepun saya x mcm jepun zaman dulu2
    kalau x memangla..banzaiiiii!!!
    kekeke tetiba

    • aah memang scary pun. saya sempat dalam 5 saat je pastu tak berani. terus patah balik

Comments are closed.