Istano Basa Pagaruyung

lepas makan siang kami meneruskan perjalanan pulang ke padang. tapi akan stop kat a few places.
tempat pertama adalah Istano Baso Pagaruyung yang letaknya di Batu Sangkar.

_MG_7455 : : ni kat entrance. gambar gelap lah pulok. saya malas nak edit. yang kakwan tu dah terenterframe la pulok. masa ni jerebu teruk sesangat : :

_MG_7459 : : sapa nak pi sini sila pakai baju warna terang macam merah ke kuning ke oren ke, baru cantik dalam gambar. saya ni pakai warna gelap, so gambar pun suramgani la jadinya : :

_MG_7462 : : view dari belah dalam : :

teruja sangat saya tengok istana pagaruyung ni sebab besarrrrr sangat.
selalu kan cam tengok kecik kecik je yang bentuk key chain, hiasan rumah tu.
ni ha ambik besar segadang gadang nya depan mata.

_MG_7464

_MG_7467 : : kat sini pun boleh pakai baju pengantin dan bergambar. nampak belah kanan saya tu depa tengah posing : :

_MG_7471 : : ni belah dalam tingkat 1. besarrr : :

konsep dan ceritanya sama macam yang dekat Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau hari tu.
istana ni akan diduduki sefamily besar.
ada 7 bilik.
sapa yang kahwin akan duduk bilik depan, nanti ada yang lain kahwin depa kena pindah bilik belakang dan begitulah seterusnya sampailah kena pindah keluar.

_MG_7472

_MG_7476

ni plak kat tingkat 3.
tingkat 2 pun luas. katanya situ tempat anak anak dara berkumpul berehat bergurau senda.
tingkat 3 ni tempat raja berehat.
saya ni nak story mory lelebih kang takut salah info plak.
korang pepandailah google k.

_MG_7484

_MG_7496

_MG_7498

_MG_7499 : : :tangga turun ke bawah. ukiran dalam dan luar istana ni memang cantik dan unik i tell u : :

waktu kitorang tengah dok tengok sekeliling, nampak la ada sorang mamat ni, cam pekerja sini lah sebab pakai kad pekerja bagai.
saya tanya satu soalan je, pastu dia cam ramah tamah mesra story gitu gini.
encik z la bersungguh dok dengar pasal susur galur salasilah sejarah adat perpatih temenggong bagai.

kekiranya kan, orang kat pagaruyung ni memang ada pertalian dengan orang kita yang kat negeri sembilan nun.
cara diorang cakap pun memang kurang lebih sama je.

_MG_7500

_MG_7501 : : kalau ikut pangkat dan darjat, mamat ni setaraf dengan pangkat raja melewar. orang raja raja gitulah : :

_MG_7502 : : ni kat belah belakang. dapur istana : :

_MG_7503 : : rumah padi. rumah padi ni untuk simpan padi lah. letak jauh sikit dari istana supaya kalau kata apa apa jadi kat rumah contohnya kebakaran, so padi semua selamat lah. ha sebut pasal kebakaran, istana ni penah terbakar beberapa kali. ada yang dibakar dan ada yang terbakar. macam saya kata tadi la, google untuk info lanjut k : :

yang bertambah uniknya lagi ada tiang tergantung yang tak cecah bumi.
ada belah kiri kanan istana. unik kan?

_MG_7505

_MG_7507

6 thoughts on “Istano Basa Pagaruyung

  1. betul tu Mya, memang asal usul masyarakat minangkabau kat NS semua dari Pagar Ruyung…termasuk salasilah keturunan my mom…tp dah generasi ke bape plak kan…entah2 masih ada lagi sedara mara kat sana yang kitorang x pernah tau…hehehe….

    • mesti ada punya sedara mara kat padang tu. cer korek korek mesti ada punya lah. wah tetiba saya yang terlebih confident ni hehe

  2. Terujanya june tgk istana tu kak maya!!tingin nak pegi..
    *rasa meremang pon ada bila tgk lama2..hikss..

    • sila pegi yer jika berkesempatan. nama pun istana kan. memang ada sikit remang la u huhuuu

    • aah. depa sangat pentingkan adat.
      boleh tu pegi dengan family u. mesti depa pun suka

Comments are closed.