Tragedi Ke Singapura

ok jom ikut pengembaraan saya dan family ke singapore.
pengembaraan la sangat. walhal singapore je. je.
k whatever. kami ke singapore dari 2 – 5 disember 2013.

flight pukul 12.40 tengah hari.
macam biasa 2 jam sebelum saya mesti nak sampai airport dah.
pukul 9.30 pagi kitorang dah siap siap nak gerak dari jasmine.
pagi tu hujan turun boleh tahan melebat jua.

IMG_2046 : : nampak macam kakak kakak sangat pakai kemeja ceni : :

IMG_2047 : : suami ku yang hebat mempacking baju : :

kitorang tak naik bas kali ni.
tapi drive straight pegi lcct.
saya ada la buat pembacaan di sana sini, yang cam boleh je park tinggal kereta kat lcct ni.
selamat je.
tapi parking tu takde la bebetul sebelah airport. kena menapak jugak la sikit.
of coz la encik z yang kena menapak he he he.

lagi 15 minit nak sampai lcct, haaaa di sinilah bermulanya tragedi air mata itu.
tak tak tak. bukan kitorang salah date atau passport dah mati ke hapa.
tapi tapi tapi.
saya tertinggal duit yang dah tukar RM ke SGD tu.
matiklaaa.
duit tu dalam envelope, dalam beg lain.
tapi pegi singapore ni saya bawak beg lain.
duhhh..

apa susah nya? draw je la duit dalam akaun bank.
debit card bawak kan? iya iya la memang bawak.
tapi masalahnya duit satu sen pun takde dalam akaun bank tu, baik saya mahupun encik z.
semua pun dah keluar habis licin tukar SGD.

so cemana ni? tanya saya pada encik z.
walhal diri sendiri yang punya salah kan.
encik z kata nak patah balik ambik.
uishhh risiko habis tu, kot tak sempat sampai lcct balik on time tak ke naya.
pikir punya pikir, haaaa pinjam je la duit kat orang.
tapi nak pinjam kat sapa ni?
satu persatu wajah teman teman berlegar di dalam minda saya ini.

dan terpling lah wajah 2 orang insan yang paling sesuai untuk saya pinjami duit mereka.
dan akhirnya dapatlah pinjam separuh kat si A, separuh kat si B.
mekasih sesangatlah kat depa yang tak banyak soal pun terus je bank in.
mekasih korang. Allah SWT saja la yang dapat balas jasa baik korang.

sampai lcct, encik z pegi parking kereta.
saya draw duit, pastu tunggu encik z sampai pi tukar kat money changer.
haruslah rate tak best sangat kan. nama pun tukar kat airport.
tapi ku redho.

IMG_2049 : : sib baiklah encik z takde marah ke hapa. laki sapa la yang baik angat angat ni : :

IMG_2050 : : tunggu encik z tukar duit : :

check in bag apa semua, breakfast laju laju kat mcd, pastu terus la masuk boarding.
tak lama tunggu pun, sekejapan dah ada dalam perut kapalterbang.
seat kitorang satu row tapi yaya terpelanting ke seberang sana.
dia ok je duduk situ sensorang, tapi tak lama ada sorang auntie cina baik hati nak tukar seat dengan yaya.
mekasih auntie! satuuuuuu malaysia! *angkat jari telunjuk tinggi tinggi

IMG_2051 : : sebelum bertukar seat : :

IMG_2052 : : pandai pulak air asia letak kami laki bini sebelah menyebelah yer : :

IMG_2055 : : setelah bertukar seat : :

IMG_2054 : : selamat tinggal malaysia : :

IMG_2058 : : pose seround : :

IMG_2060 : : jangan lupa isi arrival card k : :

kurang lebih 45 minit gitu sampailah sudah kami ke tanah singapura.
saya dah pernah sampai kot singapore. encik z pun.
yaya of coz la first time. so excited lebih la ia.
urusan imigresen kastam semua pun berjalan lancar.
keluar dari airport terus naik skytrain pegi terminal 2.
kenapa pegi terminal 2? sebab nak naik mrt lorrr.
singapore inilah yang bagusnya. sistem pengangkutan very the number 1.

IMG_2063 : : skytrain ni free je takyah bayau apa apa. jangan korang baik hati nak pi bayau ke pulak : :

IMG_2065 : : dalam skytrain. 1 minit kot dah sampai hahaha : :

IMG_2067 : : selain jadi jurugambar, jua bertindak sebagai penarik beg : :

IMG_2068 : : beli tiket MRT untuk ke station bugis : :

IMG_2070 : : rupa paras tiket : :

IMG_2069 : : harga tiket dari station changi ke bugis untuk 3 orang SGD6.30 : :

IMG_2072 : : ecececeh berlakon sangat : :

IMG_2073 : : panduan laluan MRT : :

dari changi kena turun kat stesyen tanah merah.
kau ingat kelantan je ada tanah merah? kat singapore pun ada okk.
dari stesyen tanah merah tukar laluan naik MRT ke bugis pula.

IMG_2077 : : takde seat. sian anak mommy kena duduk kat lantai : :

dalam setengah jam gitu sampailah kat stesyen bugis.
dari stesyen bugis menapak ke hotel. dalam 10 minit kot menapak.
takde la dekat nau, takde la jauh nau. sedang sedang gitu.

encik z tidur. saya dengan yaya lepak lepak je.
lepak la sangat dalam bilik kotak tu tsktsktsk.
pastu bila lapau, bukak la bekalan.
saya sempat masak nasi, goreng ikan masin & telur dadar. bawak kicap sikit.
percutian bajet kata ko.

IMG_2082

8 thoughts on “Tragedi Ke Singapura

  1. mmg penyabar betul la en.Z ni, kalau laki ku mesti dah tarik muka kekeke
    you’re so lucky..memahami sungguh kwn akak tu..
    saya rasa cam boleh teka sapa dia? oppsss

    • akak ni ujian besar untuk encik Z tu.
      memacam kerenah peel huhu..

      tu la alhamdulillah dikelilingi kawan2 yg memahami 😀
      takyah nak teka sangat laaaa :-p

Comments are closed.