Blog Maya Dot Com

Terkesan #MH370

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri…..

image

pertama kali saya dengan berita tentang kehilangan pesawat MH370 ni dari grup adik beradik tiri saya. payiet bagitau.
saya masa ni dalam kereta otw nak pegi event blogger.

oleh sebab memang tak tengok tv so saya tak berapa fokus sangatlah pasal kes ni.
sampailah saya scroll instagram masa kat event.
saya terus cam terkesima.
iyerlah selalu kita dengar kapalterbang terhempas.
ini hilang? hilang ke mana?

balik rumah barulah dapat tengok tv, encik z pun bercerita.
taktau kenapa rasa cam terkesan benar di hati saya ni.
satu mungkin sebab saya selalu travel.
kedua, kaklong saya kerja pramugari MAS.

so saya terbayang 2 kemungkinan.
kalau saya berada dalam plane yang hilang tu?
atau waktu tu kaklong tengah bertugas?

besoknya saya pegi rumah LEP, jumpa anak-anak saudara.
dan jumpa kaklong.
kaklong sekarang cuti lagi, tapi next week dah start fly balik.
tipulah kalau kata saya tak risau.
tapi tuntutan tugas kan. kaklong pun risau sebenarnya.

ada la kitorang borak pasal kes kehilangan MH370 ni.
tapi off record lah kan. takleh la nak tulis kat blog.
biar pihak berkuasa buat kerja depa.
kita yang taktau apa-apa ni takyah nak memacam itu ini.

wpid-20140309_1613101
: : nur aisya : :

20140309_172100
: : mommy kalau jumpa awak mesti ibu suruh mommy mandikan awak tau. tapi mommy suka je : :

beli satu slice kek kat giant.
1 mac hari tu birthday cici yang ke 3 tahun.
memang dah janji nak belikan dia kek.
suka dia dapat makan kek.
happy birthday sayang 😉
mommy love love awak sangat..

Mar 10, 2014 | Happy 3rd birthday Nur Balqis by normaya11 on Keek.com

 

image

image

image
: : kakak caca dok main game, ayah pun dok main game, mommy je la yang layan cici ek : :

hari ni dah masuk hari ke 7 kehilangan pesawat MH 370.
sesungguhnya penantian satu penyeksaan.
jangan berhenti berdoa ya kawan-kawan.
tapi takmo lah semata solat hajat, solat fardhu 5 waktu tu pun dah cukup sebenarnya, selagi kita ikhlas.

potongan ayat al-quran yang membuatkan saya terkesima.
betapa selama ni saya leka tak penah cuba untuk membaca tafsir.
semua telah tertulis.
berusaha. doa. tawakal. redha. itulah kita sebagai manusia.
selebihnya kita serah pada Dia.

image

image

Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Hidup bukan milik kita

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(Surah Al- Baqarah ayat 155 – 156)

PadaMu kami berserah ya Allah…..

Posted from WordPress for Android

    4 thoughts on “Terkesan #MH370

    1. Queen

      salam kak mya.
      mmg sgt terkesan MH370 itu.. 🙁
      keep pray for them.
      tp nak komen ni, cici tu makin sembuh..siyes makin comel kak!
      hehehehehe… salam sayang peluk cium tuk dia..muachsss

      1. Mya

        waalaikumsalam yang. lama tak nampak awak. sihat?
        itulah. doa doa dan terus doa.

        alhamdulillah cici dah sihat.
        dah ada adik kan, kena kuat dan sihat 🙂