Blog Maya Dot Com

Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014

8 mac hari tu saya pi event Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB). majlis berlangsung di saloma bistro jalan ampang.
saya paksarela masy teman saya, dan beliau tanpa kompromi menurut perintah.

pukul 10 jemput masy kat putra sri rampai pastu terus la zass ke tempat kejadian.
sampai sampai tengok kitorang cam termangu mangu tersipu sipu.
cam eh kakak ostajah jalan la dulu, saya plak cam eh baby awak la jalan dulu. gitu.

tapi dalam tersipu sipu tu register apa semua gak la.
dapat doorgift berupa macam macam antaranya buku, tshirt, air kotak, air botol dan kalendar.
saya dapat air tembikai susu kot tak silap, saya takmo. lalu dengan muka tak malu mintak tukar chrysanthemum tea. heeee.

wpid-20140318_195955
: : doorgift : :

image  : suasana di tempat kejadian : :

patutnya event ni memang untuk blogger berkenal kenalan dan menambah networking. lebih 300 blogger ok ada kat event ni.
tapi saya dengan masy ni cam kera sumbang dok la kat tepi sudut. kita ni kira sombong kekwat ke kategori pemalu ni masy?
cam tak bermotip je kan attend event tapi tak bercampur gaul hihi!

wpid-img_20140308_232317
: : 2 orang manusia sumbang berselfie tanpa menghiraukan keadaan sekeliling : :

kata event start pukul 10 pagi tapi tak start start pun lalu kami orang pun bergambar lah dulu.
bergambar tak malu plak ek? eh sebenarnya malu gak tapi ku tahankan jebat :-p

image
: : perjumpaan mega blogger asia tenggara ok. don’t play play : :

image
: : soya bean. maskot Yeo’s pilihan semulajadi ::

dipendekkan cerita majlis pun bermula.
saya dengan masy dok setable. table 10.
kalau tak setable mau kitorang dua blah angkat kaki.
mengadanya nak berkepit je keje korang kan?

image

: : stage. dan hilal si pengacara majlis : :

image
: : sponsor 1 : :

image
: : sponsor 2 : :

image
: : sponsor 3 & 4 : :

event ni dari pukul 11 pagi sampai 4 petang.
macam macam lah aktiviti ada.
perkongsian maklumat, games, demo, lucky draw, eh macam macam lah!
penaja utama Yeo’s. penaja lain pun ramai macam epyhra, sendayu tinggi, lazada etc.
makan pun sodapp. lunch tu ada kambing bakar tau.
break kejap tengah hari, pastu sambung lagi.

image
: : along, blog reader saya. setelah bertahun tahun dok berkomen je kat alam maya, akhirnya bersua muka : :

image
: : inilah kerja orang pompuan. blogger. pantang nampak cermin : :

image
: : wartawan tengah interview norman & memey untuk produk ephyra : :

lawanya la haihh memey ni. sesebelum ni memang lawa pun kan, gamak lepas minum ephyra lagi double triple lawa. suka tengok dia. baik, cakap pun lemah lembut je suara.

teringat yang dulu kes dia dengan norman hakim tu, ramai orang kutuk dia kan, tapi dia relax je.
takde pun nak menjawab balik ke apa.

tengok sekarang dia bahagia dengan norman.
abby pun bahagia dah dengan farhan.
tu la kita ni tak boleh mengata orang gitu gini sebab kita taktau ke depan ke depan macam mana.
jodoh tu kan rahsia Allah.
yang dok laga laga kan memey dengan abby, sekarang hah.. kita pun tak sangka depa akan berbaik.
bukan takat berbaik tapi mesra lillahi Taala.

korang mampu nak berbaik dengan wife ex husband korang?
saya mampu. #ehtetiba

image

ada photobooth.
kitorang q nak bergambar.
biasala kalau photobooth gini memang boleh snap 3 kali, tapi kena pantas dan tuntas la.
tengok gambar last sekali tu masy baru nak sarung kepala beruang, tak sempat hikhik.

image

dalam tak bermotip tu kan kan kan…
saya nak menciwi ni.
saya menang lucky draw ok.
eh masy pun menang gak, dia menang telekung #sujudsyukur
hadiah saya tak seberapa, tak la setanding telekung yang masy menang tu. eh mekasih baby sebab bagi selai telekung kat kak ostajah.
saya menang iphone 5c je #iniserius

masa nama naik kat skrin saya cam aaaaaa saya menang iphone 5c? yang benarrr.
tapi geram tu kan, dak masy tu takde pun terpikir nak snap gambar saya naik stage ke.
dengki lettewwww.. so takdo la gambar naik stage ambik prezen.

~0189985

iphone 5c yang saya menang ni ditaja oleh puan rozita ibrahim. korang kenal ke idok puan rozita ibrahim? sendayu tinggi tau?
haaa dia la tokey produk sendayu tinggi tu.
elok saya turun stage assistant dia panggil ajak bergambar dengan puan rozita.
tapi saya taktau nak korek mana gambar tu, so tak dapat la nak letak kat sini.

anyway tq puan rozita sebab sponsor lucky draw berupa iphone 5c ini.
rezeki saya, alhamdulillah.
terima kasih Allah!

sbb14-105
: : puan rozita ibrahim. gambar kredit AKUBIOMED : :

kakred!
kakred salah sorang panel dalam perkongsian info tentang dunia blogging.
lama tak jumpa kakred. gossip pun dah jarang kan kak?
tapi dari mula saya kenal kakred masuk 7 tahun ni, orangnya sama je camtu jugak.
takde la kalau nak kata dia kekwat ke sombong ke, memang itu dusta semata ah.
love u kak! #inibukanbodek

image

hilal si pengacara majlis.
kot korang ingat dulu yang saya masuk astro awani kena interview tu, haa si hilal ni gak la yang interviewnya.
sib baik dia ingat saya lagi, kalau tak harus sedih disitu :-p

image

nadia. saya pembaca blog dia.
selain suka tengok rumah ia yang lawa, saya suka baca entry dia jalan jalan. kaki jalan dia ni.
pastu kalau dia tulis memang details.
saya paling tertekan kalau baca blog orang yang pegi jalan jalan tapi tulis sekadar melepas batuk di tangga. grrrr..

image

inilah dia encik ilham @ denaihati.
beliau lah tulang belakang dan orang kuat event SBB ni.
mekasih encik ilham.
tahun depan buat lagi tau, walaupun saya cam malu malu kucing tapi saya sokong event ini 😀

image

abang zarul umbrella.
wah dan dan abang kan.
eh tapi memang pangkat abang apa?
yang memuda remaja tak kenal la kot no zarul ni?
yang sezaman saya mesti lah kenal.
ramalanku benar belaka kata ko kan..

waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama..
dan satu darinya engkau bersyahdu bahwa aku takkan kehilanganmu…

*terus bukak facebook skodeng gambar kekasih lama :-p

image

sepetang-bersama-blogger-2014 : : cer cari saya kat mana. gambar kredit ILUVTOUR : :

terima kasih pada EYRIQAZZ sebab sponsor yuran penyertaan saya ke Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014 ini.

Posted from WordPress for Android

    12 thoughts on “Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014

    1. Masy

      saya bukan dengki leww… saye pon terkesima tengok akak menang. lantas menghayati perjalanan kakak ostajah mengkutip hadiah di atas pentas. owhh betapa 50% perasaanku luluh kerana kakak ostajah bukan menang ipad, andaikata ipad.. haruslah saye cop nak beli half prize! hahahaha

      apepon tahniaaaah tahniaaaahhh.. cepat sket jual iphone tu.. bole buat duit blanjer berloba2 bulan januari sok kehkeh (Y)

      1. Mya Post author

        terkesima sebab tak caya kak ostajah menang kann. sebab kak ostajah sendiri pun tak caya.
        tu yang langsung lupa nak suh awak snap. tskkkk.. takpe ini dunia semata. iphone 5c tak boleh dibawak masuk kubur pon.

        iphone tu dah jual punnn hahhhahahaha.. kak ostajah kan mata duitan.
        tak sabau nak tunggu januari tahun depan walaupun lambat lagi :-p

    2. purpledi

      menang iphone 5c je..
      ciss mcm riak je hehehe

      tu akak atas stage belah kiri, sambil tangan melambai

      1. Mya Post author

        macam riak, tapi tak riak. so pls.
        awak memang pembaca blog tegar akak sebab boleh spot akak di mana.
        tahniah tahniah. teruskan membaca blogmayadotcom

    3. Alin Marlini

      Salam. Terlebih dahulu tahniah atas kebertuahan diri…hehehehe…

      napalah ostajah tak tegur kita….kita pun kategori malu2 kucing. Mau tapi maluuuu….

      InsyaAllah…ada rezeki kita jumpa lagi…Kalau jumpa kat mana2 pun sila tegur…

      1. Mya Post author

        Waalaikumsalam.

        Hee tq tq. tak sangka bertuah betul hari tu.
        kita nak tegur tapi tu la cam segann hihi..
        takpe ada rejeki sok sok kalau jumpa akan ditegur insya Allah 🙂

    4. nadia

      kak mayaaaaaa, tahu takkk terharuuuuuu! T____T nadia masa mula2 terpandang kak maya dekat sbb tu terus macam ehhh, kak mayaa! nadia kenal kak maya niiii. tapi alaa segannya nak tegurrrr. (-__-‘) akak kan dah otai dalam dunia blogging. lagi lama dari nadia. tapi lepas tu terharu gilee 4 malam tak tdo lena sebab akak ajak bergambar. HAHAHAH.

      1. Mya Post author

        eieieiei mengadanya budak kecik ni!
        akak otai blogging, tapi otai merepek je haaaaa hahaha.
        awak tu blogger penuh berinformasi. i like.
        lenkali jgn mengada nak tegurrr.
        akak yg segan nak tegur blogger lain sebab semua pun cam saling kenal mengenali. akak je yang tak kenal orang dan orang tak kenal akak.
        hahaha..