Selamat Datang ke Padang / Bukit Tinggi

jom baca cerita cuti cuti saya ke Padang / Bukit Tinggi Indonesia pula.
kejadian terjadi pada 23 – 26 februari 2014.

saya beli tiket ke padang ni tahun lepas. bulan julai 2013.
dapat harga tambang RM98 return sorang.
6 bulan lah menunggu nak fly nya.
saya ajak kak wan dengan lina sebab tau depa memang kaki menyoping.
ajak gak yang lelain tapi semua pun ada komitmen lain. sokayy.
so berempat lah kami pegi termasuk suami ku 😀

flight pukul 7.50 pagi.
so seawal pukul 4.30 pagi saya dah pungut kak wan kat tepi simpang kedai perabot nun kat setapak.
pastu pi pungut lina plak kat kampung baru sana.
encik z drive direct ke lcct.

sampai awal on time je. drop luggage.
pastu subuh. sempat minum kat old town.
tapi saya dengan encik z tak minum. mahal kot!
roti je sampai berbelas RM pa citaaa. so takyah.

20140223_071941

delayed 15 minit.
perjalanan katanya 1 jam 10 minit.
tapi ikutkan atas udara tu dalam 50 minit je pun.

20140223_073722

Assalammualaikum Padang, Indonesia!
bersua juga kita akhirnya ya 🙂

untuk percutian 4 hari 3 malam ke Padang / Bukit Tinggi ni, saya engaged Raun Sumatra Tours & Travel.
Bayaran RM695 per person.
ditanggung beres hotel, tour & makan.
kekira bawak duit shopping je lah.

actually ada pakej yang lagi murah tapi hotel 2 atau 3 star.
saya je mengada nak hotel 4 star.
kak wan & lina pun ok je, lagipun duit bonus banyak lagi kann. so zass je lah pakej hotel 4 star ni ha.

kedatangan kami disambut oleh pak supir yang bernama Pak Zul. supir merangkap tour guide.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : normaya mukhtar & party katanya : :

oleh sebab tak breakfast, so saya mintak pak zul bawak pi makan dulu.
kami ke rumah makan lamun ombak.

P2230763

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

P2230760 : : saya makan nasi goreng dan teh o. teh o dia manisssss melecas habaq hangggg : :

P2230761 : : yang lain makan roti canai ala indonesia : :

P2230762 : : dihidangkan juga betik muda bersama agar agar : :

total makan RP71,000.00

ok perut dah kenyang suka hati, moh la kita memulakan perjalanan ke bukit tinggi.
korang pun tau la kot kan kalau orang pegi padang takde nya pegi padang semata, wajibulghunnah ke bukit tinggi.
so memang nak tak nak kena sewa kenderaan gak lah.

dalam perjalanan ke padang tu, stop kat banyak tempat.
dan tempat yang pertama adalah Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur.
basically ia adalah air terjun yang letaknya di tepi jalan.

_MG_7537

_MG_7536

_MG_6929 : : kanan tu jalan, kiri tu air mancur nya : :

_MG_6919 : : laju airnya. kalau duduk bawah air tu mau tenggelam sampai ke dasar : :

20140223_110401

_MG_6925 : : nak mandi manda pun boleh jua : :

korang jangan pelik sangat baju saya bertukar tu.
hari lelain tu sebab hari pertama pegi tu lupa nak bergambar kat signboard he he he..

7 thoughts on “Selamat Datang ke Padang / Bukit Tinggi

Comments are closed.