Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka

setelah berliku jalan kulalui, akhirnya sampai gak la ke Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka. letaknya kat area Danau Maninjau.
adeh dehh jauh benar rumah kamu buya hamka?
memula tu pak zul cam dah tanya dah nak pegi ke? kalau tak larat takyah.
yang lelain tu tak kisah sangat.
saya yang beria nak pi sebab saya suka beliau.
i mean karya karya beliau ah.
walaupun saya tulis blog guna bahasa pasar tapi percayalah, saya pencinta puisi sajak dan sastera melayu. percayalahhhh.

korang kenal ke idak siapa hamka ni?
Hamka, atau nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 – 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.
info lanjut boleh ke SINI

_MG_7182

_MG_7187 : : masih miung miung akibat muntah dan sakit kepala. tapi pose tetap pose : :

_MG_7193 : : tandatangan buku pelawat dulu : :

_MG_7197 : : kakwan & lina taktau yang nama hamka tu adalah kependekan dari haji abdul malik karim amrullah. sabau je laaaa : :

_MG_7199 : : hamka satu ketika dahulu : :

_MG_7201 : : kamar tidur hamka : :

_MG_7203

_MG_7204 : : pantun karya hamka : :

museum rumah kelahiran buya hamka ini adalah rumah kelahiran dan di sini juga hamka dibesarkan.
dan sekarang dijadikan sebagai muzium untuk dilawati oleh orang luar.
tiada bayaran dikenakan tapi sumbangan dan derma amatlah dialu alukan.

_MG_7207

_MG_7209 : : buku buku hasil karya buya hamka dan hasil karya orang lain tetapi bercerita tentang hamka. saya beli 2 buah buku dengan harga RM50 : :

20140224_104939

_MG_7212

_MG_7214 : : : antara buku-buku karya buya hamka : :

_MG_7219

_MG_7220 : : : rumah depan ni pun ada jual buku-buku karya buya hamka : :

_MG_7223

_MG_7225

_MG_7226

kat depan belah bawah museum ni ada orang meniaga.
sorang pakcik sorang makcik.
eh rasa dah pangkat atok dengan nenek kot.
macam kesian & sedih je rasa tengok depa dah tua tua pun still meniaga.
barang pun tidaklah banyak dan masa kitorang pegi tu pun memang takde tourist lain.
saya paksa encik z beli 2 pasang kain pelikat.
kakwan pun beli 2 pasang tshirt.
semoga Allah murahkan rezeki atok & nenek ini.
Amin.

_MG_7229

20140224_112738

ok kena lalui hazab kelok 44 sekali lagi.
kali ni saya tak boleh tidur. rugi.
kena nikmati keindahan alam sepuas puasnya.
sebab kalau kata nak datang lagi lalu kelok ni, ku nggak mahu! fobia trauma!~

Hati Sanubari

Biarkanlah saya menyebut apa yang terasa;
Kemudian tuan bebas memberi saya nama dengan apa yang tuan sukai;

Saya adalah pemberi maaf, dan perangai saya adalah mudah, tidak sulit.

Cuma rasa hati sanubari itu
tidaklah dapat saya menjualnya;

Katakanlah kepadaku, demi Tuhan.
Adakah rasa hati sanubari itu bisa dijual?

-HAMKA