Hotel Kotak Kecik

ok nak cerita sikit pasal hotel yang saya sekeluarga stay masa kat singapore hari tu.
saya dah story kan yang sampai juling juling bijik mata google cari hotel yang dekat dengan stesen mrt bugis.
lalu terdamparlah kat website 85 beach garden hotel.
tengok dalam website macam ok je, macam just nice je.
so booking terus.

dalam masa nak cari hotel ni, kitorang dah termasuk kat salah hotel. hotel lain yang namanya beach garden hotel gak. tapi takde 85 kat depan tu.
85 tu tak silap saya cam nama jalan/lorong.
tapi orang yang kat hotel yang salah tu siap bawak kitorang naik tengok bilik apa semua.
besar gak ah bilik dia, harga pun sama.
mana la cek nak tau kan.
dah google google jumpa yang 85 tu je.

hotel ni memang belah belakang pun.
mengadap parking lot.
dalam bangunan kedai.
kurus je hotel ni ha. yang warna kuning ke atas.

IMG_2129

IMG_2207

IMG_2128

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : lorong nak ke hotel. tu yang belah kiri kuning kuning tu : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : laluan menuju ke bilik : :

reception nya pun kecik cenonit.
buat urusan check in apa semua, ambik kunci terus masuk bilik.
tanjat la kan tengok aduhai keciknya bilik ni!
tingkap takde.
so bila tingkap takde, pepaham je la pengudaraan pun sesak derrr.

IMG_2078 : : katil queen : :

IMG_2079 : : toilet sebelah katil tu je ha. katil belah kiri : :

toilet nya pun pakai cermin ala kabur kabur tapi nampak la bayangan umat manusia kat dalam.
boleh pulak encik z sakit perut, berejam rejam dalam toilet.
saya dengan yaya dok tutup mulut je tahan napas.
aserehe sungguh.

IMG_2080 : : tv dengan meja kecik. ada kettle dan mug di situ : :

IMG_2204 : : sinki di antara toilet dan almari : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : yaya dan selfie nya : :

_MG_6140

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : sebelah almari tu pintu keluar. dapat ke idok korang membayangkan betapa keciknya bilik ni? : :

IMG_2205 : : tempat tunggu lif : :

IMG_2127

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : selfie dalam lif : :

tak silap saya ada 7 tingkat kot hotel ni.
tak dapat saya nak ingatkan kesengsaraan stay kat hotel ni.
kekira memang tak direkemen kan ah.
spend je la duit lebih sikit, janji selesa huhuhu..
saya¬† bayar RM810 untuk 3 malam. mahal tapi hotelnya.. sedih…. ;-(

nah tengok keek ni.. kecik kan bilik ia?

Dec 4, 2013 | Meninggalkan kotak kecil by normaya11 on Keek.com

8 thoughts on “Hotel Kotak Kecik

    • kena kumpul duit bebanyakkkkkk dulu la pas2 ni i kalau nak pegi lagi.
      tak best berjalan dok tersekat sekat terikat ikat huhu

Comments are closed.