Dari Perempuan Muslimah ke Perempuan Joget

rutin biasa lah, tiap kali hujung bulan mesti balik taiping.
korang yang selalu sangat tanya saya ‘tak balik taiping tengok anak ke???’.
saya balik sebulan sekali yer. hujung bulan, lepas dapat gaji. dah jangan tanya lagi. rengsa.

kebetulan minggu tu yaya ada pertandingan nasyid & persembahan action song.
sekalian lah pegi.

20140301_071952 : : sembab je muka hah pepagi : :

20140301_090147 : : 3 generasi dalam warna senada. satu lagi koleksi tudung koshiboparidah  yang saya beli dari ina : :

20140301_090205 : : muslimahnya anak mommy. sejuk perut tengok : :

20140301_091236 : : crowd : :

pertandingan majlis tilawah al-quran & mahrajan kesenian islam peringkat daerah ni diadakan di sekolah kebangsaan all saints kamunting.
selain nasyid ada gak pertandingan hafazan ayat al quran, tulisan khat, tilawah al quran.
semua pun berjalan serentak.

untuk pertandingan nasyid ni ada 6 group je.
semua lelaki kecuali group sekolah convent taiping.
yang ni satu je saya sempat snap sebab lepas yaya perform, saya balik tempat tengok seat dah kena hijack, so terpaksa duduk belakang, tak nampak sangat.

20140301_093305

depa perform 2 buah lagu.
satu lagu tu cam lagu wajib, satu lagi lagu pilihan.

20140301_094734

20140301_094744 : : penuh perasaan : :

20140301_094926

nah tengok video ni.
ada part yang solo ke 2 tu cam lupa lirik, pastu suara tak sampai.
dengar katanya depa dok pulun berlatih sampai takde suara.
farah ni dulu penah masuk nyanyi solo masa action song kat kuantan.

Mar 13, 2014 | Yaya bernasyid by normaya11 on Keek.com

20140301_095633 : : saya perasan solo pertama tu cam frust bila farah lupa lirik. yaya kata turun je dari stage budak tu nangis. alahai.. : :

IMG_2797 : : menunggu keputusan : :

seperti yang dijangka, depa tak menang.
takpelah, kalah menang kan adat pertandingan 🙂
dari sekolah all saints terus bergegas ke muzium taiping pulak.
yaya ada persembahan action song.
yang ni bukan pertandingan tapi ala ala artis jemputan gitu.
depa dijemput untuk perform sempena karnival bersama muzium perak.

20140301_134249 : : dari perempuan muslimah bertukar ke perempuan joget hehe. kekecik takpela yer yasmin. besau besau sok kalau boleh takmolah yer.. : :

sementara tunggu turn nak buat persembahan, ronda ronda dulu kat setiap booth.

20140301_134443 : : booth ular. hee tak la. booth bomba kot tak silap : :

20140301_134941 : : suka lah tengok budak budak ni gelak. gembira je kan, takde problem apa nak pikir : :

20140301_134605 : : booth mari melawat taiping : :

sementara nak tunggu turn yaya tu, saya ajak la encik z masuk dalam muzium sebab nak air cond.
tak sampai 10 minit jalan mama call kata dah start dah. aiyarkk.

20140301_141057 : : performance dari sekolah convent jugak tapi darjah 5 & 6 : :

walaupun korang dah banyak kali tengok gambar & show action song yaya ni, tatap gak saya nak letak gambar dan video. ku tak pedulikkk :-p

20140301_142516

20140301_142841

20140301_142858

dah habis show yaya, saya dengan encik z gerak pi makan.
yaya & mama nak stay lagi. ok sila lah.

20140301_143533 : : canting batik dengan farah : :

esoknya pulak keluar pi taiping sentral.
saya nak cari pakej broadband untuk yaya.
canggih yer zaman sekarang, bebudak sekolah rendah pun buat kerja sekolah guna internet bagai.
kesian pulak dia asyik pi rumah kengkawan je.
saya & mama share duit beli laptop untuk ia.

buat permulaan try test celcom broadband yang prepaid tu dulu.
tengok la kalau ok baru cam nak masukkan yang bayar bebulan.

demi anak, ku korbankan apa saja.
esok lusa bila anak tu dah besar, dia yang akan sayang kita. bukan ada anak lain pun kan.
dengan anak pun nak berkira, esok lusa besar anak tu tak sayang, nak salahkan sapa?
fikirlah sendiri.

20140302_170952 : : encik z install kan semua sesiap dalam laptop yaya : :

balik kl saya call la dia tanya ok ke tak pakai broadband tu? dia kata ok.
mama pun kata terror dia guna.

baca blog mommy tak?
mesti la baca!

so tak boleh emo amukan sangat dah entry pas ni.
anak dah baca blog mak kan.
assalammualaikum yasmin.. *lambai

10 thoughts on “Dari Perempuan Muslimah ke Perempuan Joget

  1. Demi mu anak!

    Betul tu Mya, kadang kalo utk anak pejam mata jer, kalo sendiri berkira2 sampai tak cukup jari kaki….

    Bab anak tuh, biarlah sampai bebila pun orang akan bercakap, depa lupa nak tengok cermin tuh sebenarnya 🙂

    • itu lah kan, selalu pun kalau pasal anak mesti cam kita ok je, tak berkira.
      ye la mak mana taknak bagi yang terbaik untuk anak2 kan..

  2. hahahah terus sopan santun laa lepas ni apdet blog. amuk2 simpan jelah dalam draft hehehe

  3. comellll ye yaya pakai tudung.. nyanyi dgn penuh perasaan yg sangat mendalam.. gittue.. hahaha
    yang ppuan joget tu pun cute.. mcm ah moi =)
    Babe, broadband prepaid ada yek?? how to buy? dulu i pakai broadband jg tapi yg byr bulanan pnya..

    pssstt.. nak gi redang tak? might be early June (1st week june)

    • menghayati bait bait lirik gituu..

      aha broadband celcom, prepaid. boleh beli kat celcom atau kedai2 handphone.
      beli dia punya dongle, pastu nanti tiap2 bulan top up macam biasa kita top up prepaid handphone tu.

      redang? menarik. tapi early june tu cuti sekolah kan?
      i cuti sekolah macam payah sikit sebab cuti sekolah anak i datang kl. huhu..

  4. kekekke comei je yaya masa action song tu..penuh perasaan
    alamak kalau akak buat protected entry pasni mesti yaya pun nak password

  5. seronok bila tgok anak2 punya aktiviti ni kan…tp macam my Yaya plak..kalau ada mama dia x leh buat…dia macam segan tau….pas tu suka nak salahkan mama dia kalau kalah…tu la…sapa suruh mama datang…herm…anak2…

    • woh macam gitu plak dania yer.
      yasmin ni cam tak pedulik. ada mommy lagi dia gedik berjoget atas stage hehe

Comments are closed.