Bukit Tinggi Yang Meriah!

lepak lepak kejap dalam bilik, solat jamak semua pastu terus ajak encik z keluar.
masa ni pun dah pukul 4 petang waktu sana dah.
mau ke Pasar Atas sebab katanya pasar atas tutup pukul 5 petang. so lets.
Pasar Atas ni korang wajib pegi kalau ke Bukit Tinggi tau. syurga kain sulam gitu.

_MG_7103 : : jam gadang. mercu tanda bukit tinggi : :

terus ke pasar atas.
memang lambakan kedai kedai jual kain pasang bersulam, telekung sulam, baju lelaki perempuan semua lah.
jalan berdua dengan encik z tetiba rasa macam tak reti nak pilih kain.
kakwan dengan lina taktau dah depa hilang ke mana. memang tak janji nak jalan sama pun.

_MG_7107 : : satu ni je la gambar dalam pasar atas : :

keluar dari building pasar atas tu, jalan kat belah bawah.
belah bawah tu macam ala ala pasar malam. meriah gak la.
memacam jualannya. saya beli baju yaya dan anak-anak sedara semua kat sini je.

_MG_7110

jumpa kedai jual stokin. sukaaaaaa…
cuma harga tak dapat macam kat pekanbaru hari tu ah.
kat pekanbaru hari tu kan saya beli RM1.70 je sepasang stokin muslimah.
kat sini dia boleh bagi last RM3 je.
yang syoknya sebab stokin tu yang jenis tapak warna hitam.
stokin skin colour, tapi tapak warna hitam.
so takde la kotor ke hapa tapak tu. dan takde la confuse nak tau ni belah kiri ke belah kanan punya kaki.
suka sangat! saya borong 20 pasang 😀

_MG_7112

pastu sambung bersiar siar kat area jam gadang tu.
taktau la ada event apa ke sebab cam ada maskot maskot kartun berkeliaran.
tengok orang dok snap gambar bagai.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

_MG_7116 : : ada show ular juga : :

_MG_7118 : : belakang tu plaza bukit tinggi. tapi tak sempat masuk pun : :

_MG_7120 : : istana bung hatta : :

_MG_7121 : : tengok belakang tu. meriah bukan? : :

pak zul kata nak datang ambik kitorang pukul 7 malam untuk dinner.
so by 6 petang tu balik bilik dah.

_MG_7130 : : orang dok question muka saya masam dalam facebook. heyy itu bukan muka masam lah. itu muka merajuk mihmihmih : :

_MG_7135 : : malam tu dinner di rumah makan gon raya lamo : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : masakan padang lah laie : :

orang kedai ni dengan happy nya nak serve kan jus avocado.
tapi terus cam semua pun serentak cakap ‘takmooo’.
tanjat orang restoran tu.
saya ni sebab dah penah minum jus avocado kat kl dan rasa cam tak masuk di tekak, tu yang takmo tu.

macam kecewa je muka pak zul dengan orang kedai tu.
aternyaa baru nak feel feel promote jus avocado versi bukit tinggi, tup tup semua pun takmo.
huhuhu.
sudahnya saya order jus tembikai.
tapi macam ada diletak susu dalam tu. rasa cam lain sikit tapi sokay je pun glup glup minum.

_MG_7133

lepas dinner balik bilik terus zzzz.
selamat malam bukit tinggi!

6 thoughts on “Bukit Tinggi Yang Meriah!

    • hah sila sila.. akak ni dok tanam azam nak pi banda aceh.
      tapi takat tanam azam je la baru huhu

Comments are closed.